{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


Harian Metro kekal nombor satu

Posted: 05 Jul 2013 05:50 AM PDT

Kuala Lumpur: Harian Metro terus mengekalkan kedudukannya sebagai akhbar harian bahasa Melayu nombor satu negara dengan purata naskhah dalam edaran sebanyak 394,025 sehari bagi tempoh separuh pertama 2012.

Berdasarkan perangkaan terbaru dikeluarkan Audit Bureau Circulation (ABC) semalam, Metro Ahad turut mengekalkan kedudukannya sebagai akhbar mingguan berbahasa Melayu nombor satu dengan purata naskhah dalam edaran sebanyak 434,988 bagi tempoh sama.

Bagi tempoh enam bulan kedua tahun dikaji iaitu dari Julai hingga Disember 2012, pertumbuhan naskhah dalam edaran didapati menurun dengan Harian Metro mencatatkan 379,169 naskhah sehari manakala Metro Ahad sebanyak 405,191 naskhah.

Bagaimanapun, penurunan itu turut membabitkan edaran bagi semua akhbar di seluruh negara bagi tempoh separuh kedua 2012 dengan Berita Harian mencatat purata naskhah dalam edaran 130,463 berbanding 144,955 pada separuh pertama tahun yang sama.

Akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo yang masing-masing mencatatkan purata naskhah dalam edaran 181,356 dan 224,518 bagi enam bulan pertama tahun lalu juga menurun kepada 178,211 (Utusan Malaysia) dan 218,251 (Kosmo) pada separuh kedua tahun yang sama.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/05

Rang Undang-Undang ditarik balik

Posted: 05 Jul 2013 03:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013 ditarik balik dari dibentangkan dalam Mesyuarat Dewan Rakyat yang sedang berlangsung pada masa ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Jemaah Menteri pada mesyuarat hari ini bersetuju untuk menarik balik Rang Undang-Undang terbabit.

Ia dibaca pada kali pertama di Dewan Rakyat pada 26 Jun 2013 yang lalu.

"Isu status agama anak dalam kes ibu atau bapa memeluk agama Islam sudah dibincangkan secara mendalam oleh Kabinet. Pandangan dari pelbagai sudut sudah diperhalusi dengan mengambil kira kebimbangan pelbagai pihak, termasuk parti-parti komponen Barisan Nasional," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/05

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat