Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
Posted: Morsi tumbang selepas setahun
KAHERAH - Pihak tentera menggulingkan Presiden Mesir pertama yang dipilih melalui proses demokrasi, Mohammed Morsi kelmarin, setahun selepas beliau berkuasa. Tentera kemudian menubuhkan sebuah pentadbiran sementara yang diketuai oleh ketua hakim, Adly Mansour sebagai pemangku presiden Mesir. "Saya bersumpah akan memulihara sistem pentadbiran negara, menghormati perlembagaan dan undang-undang serta melindungi kepentingan rakyat," kata Mansour dalam majlis angkat sumpah di Mahkamah Agung Perlembagaan Mesir di sini semalam. Angkatan bersenjata Mesir turut menggantung perlembagaan dan membuat perancangan untuk mengadakan pilihan raya Presiden yang baharu. Morsi menyifatkan tindakan tentera itu sebagai rampasan kuasa sepenuhnya. Selepas pengumuman mengenai rampasan kuasa tersebut disiarkan di televisyen, berjuta-juta penunjuk perasaan anti-Morsi bersorak gembira. Mereka berpesta sambil menjerit "Tuhan Maha Besar" dan "Hidup Mesir". Di Dataran Tahrir di sini yang menjadi pusat kebangkitan rakyat menentang pemerintahan rejim Hosni Mubarak pada 2011, orang ramai menari sambil mengibarkan bendera Mesir. PASUKAN keselamatan cuba meleraikan pergaduhan antara penyokong dengan penentang Morsi di Kaherah kelmarin. Namun, gelombang kebangkitan rakyat kali ini lebih besar berbanding dua tahun lalu. Terdahulu, tentera Mesir yang terpanggil susulan demonstrasi anti-Morsi di seluruh negara memberi tempoh 48 jam kepada beliau meletak jawatan. Namun, Morsi, 61, tidak menghiraukan kata dua itu dengan alasan beliau adalah pemerintah Mesir yang dipilih oleh rakyat. Kedegilan Morsi mendorong pihak tentera merampas kuasa pada malam kelmarin. Presiden Mesir pertama yang dipilih menerusi proses pilihan raya bebas dan adil itu akhirnya tumbang di tangan rakyat. Beliau senasib dengan bekas presiden Mubarak yang digulingkan dalam gelombang kebangkitan rakyat pada 2011. Pada Februari 2011, Mubarak terpaksa berundur selepas tentera Mesir memihak kepada rakyat yang mahukan beliau berundur. Morsi yang sebelum ini merupakan penyokong pergerakan persaudaraan Islam Ikhwanul Muslimin kini dikenakan tahanan dalam rumah manakala beberapa penasihat kanan beliau turut ditahan. Perkembangan itu berlaku selepas seminggu Mesir dilanda keganasan yang meragut hampir 50 nyawa. Sepanjang tempoh tersebut, berjuta-juta orang membanjiri jalan raya dan dataran di Mesir untuk mendesak beliau meletak jawatan. Sementara itu, kuasa Barat meminta semua pihak agar bertenang dengan demokrasi segera dipulihkan di Mesir. - Agensi | |
Alga hijau penuhi pantai di China Posted: Alga hijau penuhi pantai di ChinaALGA berwarna hijau memenuhi pantai di Qingdao, wilayah Shandong, China semalam. BEIJING - Laut di sekitar China dipenuhi alga apabila tumbuhan tersebut memenuhi pantai selepas ia dibawa oleh ombak di perairan Laut Kuning, kata beberapa pegawai laut. Beberapa gambar menunjukkan pengunjung pantai berenang dan bermain dalam arus berwarna hijau di timur Qingdao, wilayah Shandong. Beberapa jentolak turut digunakan untuk memindahkan bertan-tan alga tersebut dari kawasan pantai. Pentadbiran Lautan China di laman webnya menyatakan bahawa alga yang dikenali sebagai enteromorpha prolifera itu muncul pada minggu lalu. Ia menular ke kawasan seluas 28,900 kilometer (km) persegi, sekali gus menjadi fenomena alga terbesar di negara itu setakat ini. Rekod tumbuhan alga terbesar sebelum ini dicatatkan pada tahun 2008 yang meliputi kawasan sekitar 13,000km persegi. Agensi berita Xinhua melaporkan, sejumlah pegawai di Qingdao telah memindahkan sekitar 7,335 tan alga. - AFP | |
Shah Rukh Khan dapat anak ketiga Posted: Shah Rukh Khan dapat anak ketigaSHAH Rukh Khan dan Gauri pada Anugerah Zee Cine di Macau tahun lalu. MUMBAI - Aktor popular Bollywood, Shah Rukh Khan dan isterinya, Gauri Khan menimang cahaya mata ketiga mereka dengan kelahiran seorang bayi lelaki menerusi ibu tumpang. Pesuruhjaya Perbandaran Tambahan badan sivik Mumbai (BMC), Mani- sha Mhaiskar mengesahkan laporan itu melalui sijil kelahiran bayi berkenaan. "BMC ada menerima sijil kelahiran bayi tersebut dengan nama Shah Rukh Khan dan Gauri Khan sebagai ibu bapa kepada bayi tumpang itu," katanya kepada portal berita The Indian Ex- press. Pelakon berusia 47 tahun itu dan isterinya sudah pun mempunyai dua cahaya mata iaitu Aryan, 15, dan Suhana, 13. Menurut satu laporan, bayi itu telah dilahirkan pada 27 Mei lalu oleh ibu tumpang yang merupakan kakak ipar kepada Gauri Khan, Namita Chibber. Bayi lelaki itu dilahirkan pramatang pada minggu ke-34 dengan berat 1.5 kilogram. Anak ketiga pasangan tersebut dibawa ke hospital Nanavati sebelum dipindahkan ke hospital Breach Candy di Mumbai, India. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |