{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


Universiade 2013: Harimau Muda A baham Itali

Posted: 05 Jul 2013 10:56 PM PDT

KAZAN: Harimau Muda A membuat kejutan apabila meraih kemenangan pertama menundukkan Itali 2-0 pada perlawanan pertama peringkat kumpulan di temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) ke-27, di sini malam tadi.

Pemain Harimau Muda, A Thamil Arasu membuka tirai jaringan apabila melepasi dua pemain pertahanan Itali untuk meletakkan skuad negara di hadapan dengan 1-0, pada minit ke-20 perlawanan yang berlangsung di Stadium Raketa, 8 malam waktu tempatan (12 tengah malam waktu Malaysia).

Pada babak kedua perlawanan, lima pemain negara dilayangkan kad kuning sekaligus menambah ketegangan kedua-dua pasukan sehingga kad merah pertama dilayang kepada pemain Itali, Andrea Settembrini kerana mengasari pemain negara D.Saarvindran pada minit ke-67.

Tujuh minit kemudian skuad negara dikejutkan dengan tindakan pengadil melayangkan kad merah kepada penjaga gol utama negara, Mohd Izham Tarmizi Roslan kerana kesalahan menarik pemain lawan ketika mahu menyelamatkan bola dalam kotak penalti.


Pengendali Harimau Muda Ong Kim Swee terpaksa mengeluarkan pemainnya Ahmad Hazwan Bakri dengan memasukkan penjaga gol kedua negara Mohd Farhan Abu Bakar bagi mengantikan Mohd Izham.


Kemasukan Mohd Farhan nyata tidak mengecewakan apabila menyelamatkan gawang pintu gol negara daripada dibolosi sepakan penalti pemain Itali, Manuel Ricci.

Lima minit kemudian skuad negara sekali lagi menerima cabaran hebat apabila pemain mereka, Syahrul Azwari Ibrahim dilayangkan kad merah kedua pada minit ke-78 sekaligus menghadiahkan sepakan penalti buat lawan.

Mohd Farhan sekali lagi bertindak cemerlang menafikan sepakan pemain Itali, Andrea Burato.

Meskipun terpaksa beraksi dengan sembilan pemain, benteng pertahanan skuad negara tetap kukuh apabila menggagalkan beberapa peluang percubaan lawan membuat jaringan.

Pasukan Itali yang berkelebihan satu pemain menjadi lebih tertekan untuk mencari gol penyamaan dengan bertindak mengasari pemain lincah negara Wan Zaharulnizam Wan Zakaria di hadapan pintu gol mereka sekaligus menghadiahkan sepakan penalti buat skuad negara disempurnakan Saarvindran pada minit ke-86 yang menyumbang gol kedua bagi Malaysia.

Malaysia disenaraikan dalam kumpulan C bersama Itali, Great Britain dan Algeria.

Perlawanan kedua menentang Great Britain dijadual berlangsung Isnin ini (8 Julai). - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/06

'Tak perlu bawa pulang'

Posted: 05 Jul 2013 11:39 AM PDT

Ipoh: "Buat masa ini, belum ada keperluan untuk membawa mereka pulang ke tanah air berikutan keadaan di Mesir dilaporkan masih dalam keadaan selamat dan berada di luar zon konflik," kata Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Dr Muhammad Amin Zakaria, ketika dihubungi, di sini, semalam.

Menurutnya, 1,032 pelajar tajaan Yayasan Perak yang melanjutkan pelajaran di Mesir dilaporkan dalam keadaan selamat ketika ini.


"Kami ada menghubungi pegawai Kedutaan Malaysia di Mesir. Mereka memberi jaminan semua pelajar kita termasuk dari Perak berada dalam situasi selamat.

"Buat masa ini, mereka selamat, namun jika berlaku sebaliknya mereka akan dibawa pulang sekiranya keselamatan di negara itu menjadi semakin buruk," katanya.


Dr Muhammad Amin berkata, sehingga kini, pihaknya juga belum menerima sebarang laporan insiden tidak diingini membabitkan pelajar Perak di negara itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/06

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat