Utusan Online - Feminin
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Feminin |
Posted: 05 Jul 2013 11:04 AM PDT SESUAI untuk remaja yang bergaya ranggi. JIKA berkunjung ke Sarawak, tidak lengkap rasanya jika tidak membawa pulang kain tenunan popular Bumi Kenyalang iaitu pua kumbu. Kain yang berasal daripada budaya kaum Iban itu kebiasaannya dibeli untuk dijadikan hiasan dinding, alas meja atau pun beg dan ia sangat popular untuk dijadikan cenderahati kepada rakan. Kini pelbagai rekaan lain telah dihasilkan menggunakan kain tradisional tersebut termasuk pakaian. Trend minggu ini memaparkan rekaan pakaian daripada kain pua kumbu ciptaan pereka muda berbakat, Asat Nawin dan Augtine Das dari M.O Couture. Rekaan unik dan cantik itu membolehkan kain tradisional tersebut digayakan ke majlis-majlis tertentu. Bagi koleksi ini, mereka ingin mengekalkan rekaan asli pua kumbu dengan menampilkan elemen warna merah, hitam dan putih yang menjadi trademark corak tersebut. Walaupun ia telah dimodenkan dengan rekaan busana seperti gaun dan sebagainya, namun elemen tradisional dalam rekaan pua kumbu tetap dikekalkan pada busana tersebut. Pua kumbu adalah sejenis kain tenun yang dihasilkan secara tradisional dengan menggunakan tangan. Bagi tujuan komersial, kain tersebut telah ditenun menggunakan mesin. Tenunan menggunakan tangan akan menghasilkan kain yang lebih tebal dan berat berbanding tenunan mesin yang lebih ringan dan nipis yang sesuai digunakan untuk rekaan pakaian. Walaupun tampil dalam bentuk moden, ia tampak indah dengan corak-corak asli pada setiap rekaan yang ditampilkan oleh M.O Couture. Bukan itu sahaja, rekaan baju daripada kain itu dilihat begitu indah dengan corak-corak kaum Iban yang membawa ceritanya sendiri dalam setiap rekaan. Gaun labuh untuk menghadiri majlis makan malam, blaus santai dan juga kemeja antara busana yang dihasilkan oleh M.0 Couture. Penggunaan kemeja dan blaus yang lebih santai amat bersesuaian jika dipadankan dengan seluar jean untuk tampak lebih ranggi oleh remaja ketika bersantai. Untuk koleksi akan datang, M.O Couture menampilkan warna-warna lain untuk rekaan terkini. Bagaimanapun, corak pua kumbu dikekalkan sebagai bahan asas rekaan mereka. - AMIRUL |
Posted: 05 Jul 2013 11:04 AM PDT PENUAAN pra matang biasanya berpunca daripada pendedahan kepada matahari. Pendedahan kepada sinaran lembayung ungu (UV) matahari yang berpanjangan tanpa perlindungan boleh merosakkan kulit. Jeragat, bintik-bintik gelap, kulit kasar, garis-garis penuaan, kulit kurang anjal, warna kulit tidak sekata, tompok-tompok merah dan kanser kulit adalah antara kesan akibat pendedahan kepada cahaya matahari. Photoaging adalah terma yang digunakan oleh dermatologi untuk menerangkan penuaan yang berlaku akibat pendedahan kepada UV matahari. Gejala ini berlaku dalam tempoh beberapa tahun. Pendedahan kepada UV matahari yang berterusan akan menyebabkan kulit hilang keupayaan pemulihan. Kajian saintifik menunjukkan bahawa pendedahan berulang kepada sinar UV akan merosakkan kolagen dan melemahkan sintesis kolagen baru. Matahari turut menyerang elastin yang menyebabkan kulit hilang keanjalan. Kulit juga lebih cepat berkedut dan kasar akibat pendedahan kepada UV matahari. Penuaan pra matang boleh dielak dengan melindungi kulit melalui penggunaan produk tabir matahari (sunblock) setiap hari. Sunplay, jenama pelindung UV memperkenalkan dua produk terbaru, Skin Aqua UV Silky Smooth Milk SPF 50 PA+++ dan Skin Aqua UV Whitening Moisture Milk SPF 50 PA+++ yang memberikan pengguna perlindungan UV 3-dalam-1 (anti-UV, anti-penuaan dan anti-kekeringan) untuk memastikan kulit kekal muda, halus dan berseri. Rangkaian pelindung UV Sunplay Skin Aqua ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif kerana ia bebas daripada pewangi, pewarna dan minyak mineral. Ia mempunyai rumusan kalis air dan sesuai digunakan sebagai asas mekap. Skin Aqua UV Silky Smooth Milk SPF 50 PA+++ ini mempunyai tekstur amat ringan dan halus. Ia juga diformulasi dengan bedak penyerap minyak yang menjadikan kulit kelihatan segar dan bebas kilauan. Manakala Skin Aqua UV Whitening Moisture Milk SPF 50 PA+++ dihasilkan dengan bahan pencerahan semula jadi untuk kulit lebih cerah dan tona kulit yang lebih sekata. Kedua-duanya boleh didapati di semua farmasi utama dan pasar raya besar pada harga RM35.90 setiap satu. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |