Harian Metro: Setempat
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Setempat |
'Saya datang sini mahu belajar' Posted: 10 Jul 2013 03:09 PM PDT Shah Alam: "Saya tak lakukan kesalahan dan encik tidak boleh tahan saya. Saya datang ke Malaysia untuk belajar di kolej," kata seorang daripada awang hitam yang ditahan dalam Ops Kutip Jabatan Imigresen Selangor sekitar daerah Kajang, kelmarin. Namun helah lapuk itu sudah tidak mampu 'memancing' anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor yang menahan lelaki berusia 20-an itu kerana didapati tinggal di negara ini melebihi tempoh.
Timbalan Penolong Pengarah Operasi Jabatan Imigresen Selangor Othman Montil berkata, ada antara warga asing yang ditahan dalam operasi itu bermati-matian tidak mengaku mereka melakukan kesalahan imigresen kerana mendakwa memiliki pasport.
ANGGOTA penguat kuasa memeriksa dokumen perjalanan pembantu restoran yang ditahan. "Perlu diingatkan, warga asing yang mahu bekerja di negara ini perlu mendapatkan permit kerja terlebih dulu dan tidak hanya menggunakan pasport semata-mata sebagai 'tiket' untuk bekerja," katanya kepada Harian Metro.
Katanya, pihaknya akan terus menjalankan penguatkuasaan dan serbuan di sekitar negeri ini terutama di kawasan tumpuan warga asing serta tidak sesekali berkompromi.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |