{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Kesihatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Kesihatan


Kempen elak pneumokokal

Posted: 10 Jul 2013 10:19 PM PDT

Dari kiri, Chan Li Ji bersama pengerusi Pakatan Strategik Pencegahan Penyakit Pneumokokal Asia, Datuk Dr. Zulkifli Ismail dan Konsultan Pediatrik dan Pediatrik Kardiologi, Dr. Yong Junina Fadzil pada pelancaran kempen YA kepada Perlindungan daripada PnD di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

MENYEDARI kesan serius penyakit pneumokokal, iaitu sejenis penyakit berbahaya yang lazimnya membawa maut dan kehilangan upaya, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran terhadap penyakit ini.

Terbaru kempen YA kepada Perlindungan daripada PnD (YES to PnD Protection ), yang merupakan satu lagi langkah untuk membolehkan semua kanak-kanak mendapat vaksin pneumokokus supaya dapat menjalani kehidupan dengan sihat dan sejahtera.

Kempen tersebut merupakan inisiatif bersama Parenting2u, Pakatan Strategik Pencegahan Penyakit Pneumokokal Asia (ASAP) dan Persatuan Pediatrik Malaysian (MPA).

Kempen bertujuan menyatukan pakar penjagaan kesihatan profesional, ibu bapa dan individu yang prihatin dalam usaha menggesa kerajaan menggandakan usaha meningkatkan kesedaran tentang penyakit tersebut.

Pengasas Myhealth Outreach dan pengasas bersama Parenting2u.com., Chan Li Jin, berkata, negara perlu menjadikan kesihatan kanak-kanak satu keutamaan paling utama, terutama sekali berkaitan pemvaksinan penyakit pneumokokal.

Beliau berkata, melalui kempen ini seramai 100 pakar pediatrik dan pengamal perubatan am (GP) dari seluruh Malaysia telah dijemput untuk menyertai kempen dengan menjanjikan masa dan khidmat mereka untuk memperjuangkan usaha ini.

"Setiap doktor yang turut serta akan memberikan kad ikrar YA kepada Perlindungan daripada PnD kepada ibu bapa yang mengunjungi klinik mereka dan membincangkan tentang pentingnya vaksin pneumokokus.

"Ibu bapa kemudian diminta untuk mengisi sebahagian kad ikrar dan memasukkannya ke dalam kotak ikrar yang disediakan di klinik.

"Bahagian kad ikrar selebihnya hendaklah disimpan oleh ibu bapa sebagai satu bentuk rujukan kalendar pemvaksinan anak mereka," kata Li Jin.

Beliau berkata, kempen ini akan berlangsung selama enam bulan dari April hingga September 2013.

Selepas tempoh itu, kad ikrar akan dikutip untuk pengiraan sebelum dihantar ke Kementerian Kesihatan dengan permintaan untuk merangkumkan pemvaksinan pneumokokus ke dalam Program Pelalian Negara.

Setakat ini, seramai lebih 80 doktor dalam 47 hospital di seluruh negara menyertai kempen tersebut, dengan kira-kira 50,000 kad ikrar dikutip.

Menurut Li Jin lagi, inisiatif ini akan menyediakan saluran untuk doktor membabitkan penyertaan ibu bapa di samping menerap dan meningkatkan kesedaran terhadap penyakit pneumokokal.

Pada sama ia juga memperkasakan ibu bapa supaya mengambil tindakan untuk melindungi anak-anak mereka daripada penyakit tersebut dan untuk meminta semua kanak-kanak Malaysia diberi vaksin.

"Dengan langkah mudah menandatangani ikrar, ibu bapa memberikan sokongan mereka kepada usaha untuk memerangi penyakit ini.

"Penyakit pneumokokal terus tidak diberi perhatian di Malaysia. Ibu bapa perlu menyedari kesan penyakit dan keperluan untuk mendapatkan vaksin dalam usaha melindungi anak-anak mereka daripada bahayanya.

" Kami harap, dengan ini ibu bapa dapat berbincang dengan doktor mereka dan mengambil langkah yang perlu bagi meminta perlindungan untuk semua kanak-kanak Malaysia daripada penyakit ini. Kami mahu memastikan perlindungan ini boleh didapati oleh semua anggota masyarakat," kata Li Ji.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat