Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- JAS Perlis anjur kempen lupus barangan elektrik terpakai
- MAIWP agih makanan kepada 4 badan kebajikan
- MBSA serah sumbangan sempena Ramadan
JAS Perlis anjur kempen lupus barangan elektrik terpakai Posted: JAS Perlis anjur kempen lupus barangan elektrik terpakaiPARA peserta bergambar ketika menyertai kempen pelupusan barangan elektrik terpakai di Kangar baru-baru ini. KESEDARAN. Kira-kira 150 penduduk menyertai kempen 'e-waste' iaitu kaedah pelupusan barangan elektrik terpakai anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perlis di Kampung Wang Besar, Bintong, Kangar, baru-baru ini. Kempen yang digerakkan oleh 10 pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Kangar itu bertujuan mendedahkan penduduk kampung kaedah melupuskan barangan elektrik terpakai dengan cara selamat di kawasan kampung agar tidak mencemarkan alam sekitar. Turut hadir pada kempen itu iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Bintong, Rela Ahmad dan Naib Canselor, Universiti Malaysia Perlis, Prof. Datuk Kamarudin Hussin. | ||
MAIWP agih makanan kepada 4 badan kebajikan Posted: MAIWP agih makanan kepada 4 badan kebajikanOTHMAN (kanan) menyampaikan makanan untuk berbuka puasa kepada golongan fakir dan miskin di Kuala Lumpur baru-baru ini. AGIH. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerusi Baitumal mengagihkan 400 bungkus makanan berbuka puasa kepada golongan fakir dan miskin kepada empat badan kebajikan di sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, empat badan kebajikan tersebut ialah Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia, Persatuan Warga Emas Permata Iman, Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia dan Persatuan Ibu Tunggal Mawar Titiwangsa. "Pada tahun ini Baitulmal MAIWP telah memperuntukkan sebanyak RM376,200 wang zakat bagi edaran makanan berbungkus sepanjang tahun termasuklah RM69,000 bagi edaran pada bulan Ramadan," katanya. | ||
MBSA serah sumbangan sempena Ramadan Posted: MBSA serah sumbangan sempena Ramadan
SUMBANGAN. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyerahkan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan kepada 120 individu kurang bernasib baik di Batu Tiga, Paya Jaras, Kampung Subang di Shah Alam baru-baru ini. Penerima terdiri daripada golongan kelainan upaya, ibu tunggal, anak yatim dan warga emas. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd. Jaafar Mohd. Atan. Timbalan Pengarah Komunikasi dan Korporat MBSA, Shahrin Ahmad berkata, penyerahan sumbangan menerusi program Ziarah Ramadan itu adalah sebahagian daripada Program Local Agenda 21 Shah Alam. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |