Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- MBSB ceriakan anak yatim, kanak-kanak kurang bernasib baik
- TM bantu ibu tunggal di Kelantan
- Pusat Zakat Melaka, MAIM terima zakat perniagaan
MBSB ceriakan anak yatim, kanak-kanak kurang bernasib baik Posted: MBSB ceriakan anak yatim, kanak-kanak kurang bernasib baik
RAI. Malaysian Building Society Berhad (MBSB) meraikan seramai 91 orang kanak-kanak kurang bernasib baik termasuk anak yatim dalam majlis berbuka puasa di Hotel Aloft, Kuala Lumpur baru-baru ini. Anak-anak yatim yang menjadi tetamu mereka itu dibawa dari Rumah Bakti Al-Kausar, Bangi, Rumah Kasih Sayang, Rawang dan Rumah Positive Shelter Homes (Poshe), Kuala Lumpur. Terdahulu, mereka berpeluang membeli-belah pakaian dan keperluan sempena menyambut Aidilfitri di AEON Bandar Utama, Petaling Jaya. Turut hadir Ketua Pegawai Operasi MBSB, Clifford Anthony Clement dan Timbalan Naib Presiden Kanan Perancangan Korporat dan Komunikasi MBSB, Azlina Mohd. Rashad. | |
TM bantu ibu tunggal di Kelantan Posted: TM bantu ibu tunggal di KelantanAB. RASHID menyaksikan Naib Presiden Eksekutif TM Enterprise, Ghazali Omar menyampaikan sumbangan kepada peserta dan ahli keluarga Program Sejahtera 2013 di Kota Bharu baru-baru ini. BANTU. Telekom Malaysia Berhad (TM) memperuntukkan sebanyak RM20,000 setahun menerusi Program Sejahtera bagi membantu meningkatkan taraf ekonomi golongan ibu tunggal di Kelantan. Pengurus Besar TM negeri, Ab. Rashid Che Othman berkata, ia sebahagian daripada tanggungjawab sosial pihaknya untuk mengeluarkan golongan berkenaan daripada garis kemiskinan. "Seramai lima peserta telah dipilih untuk menyertai program ini membabitkan dua fasa yang bermula pada tahun lepas," katanya. Beliau berkata demikian selepas majlis berbuka puasa TM Kelantan bersama peserta dan ahli keluarga Program Sejahtera 2013 di Hotel Perdana, Kota Bharu baru-baru ini Selain itu, TM Kelantan turut meraikan 300 jemputan yang terdiri daripada pelanggan, badan bukan kerajaan dan sukarelawan yang aktif membantu membanteras kecurian Kabel TM. | |
Pusat Zakat Melaka, MAIM terima zakat perniagaan Posted: Pusat Zakat Melaka, MAIM terima zakat perniagaanIDRIS (tengah) bergambar bersama Badrul Sham (dua dari kiri), Mohamed Zaini (tiga dari kiri) Muhd. Ramadhan Fitri bersama replika zakat perniagaan selepas majlis penyerahan zakat itu di Melaka baru-baru ini. ZAKAT. Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menyerahkan zakat perniagaannya kepada Pusat Zakat Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi tahun 2012 berjumlah RM892,005.26 baru-baru ini. Penyerahan zakat itu disempurnakan oleh Pengurus Besar TNB Melaka, Badrul Sham Saad kepada Ketua Menteri yang juga Pengerusi Puzat Zakat Melaka, Datuk Idris Haron. Selain TNB, Maybank Islamic Berhad dan Selia Senggara Selatan Sdn. Bhd. turut menyerahkan zakat perniagaan masing-masing berjumlah RM500,000 dan RM200,000. Maybank Islamic diwakili Ketua Pengurusan Syariahnya, Muhd. Ramadhan Fitri Ellias manakala Selia Selanggara Selatan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Selia, Datuk Mohamed Zaini Amran. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |