Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Skandal ibu bukan lagi rahsia
- Dua remaja mangsa pertama meriam buluh
- Polis cari tiga lelaki bantu siasat kes tipu
Posted: Skandal ibu bukan lagi rahsiaOleh MULLER ASEN
KUCHING – Tindakan seorang lelaki yang menyimbah cuka getah ke badan isterinya hingga menyebabkan wanita itu kritikal selepas melecur teruk dalam kejadian di Kampung Pejiru di sini kelmarin mungkin didorong oleh perasaan marah yang sudah lama dipendam. Anak sulung pasangan itu, Edy Jiriem, 27, mendakwa, ia kerana kelakukan ibunya, Christina Nyoeh, 43, yang mengadakan hubungan sulit dengan seorang lelaki Afrika sejak 2007 bukan rahsia lagi buat mereka sekeluarga. Menurut Edy, walaupun kecewa dengan perbuatan ibunya, namun kini dia merasa sedih selepas melihat wanita itu yang sedang bertarung nyawa di Hospital Umum Sarawak (HUS) angkara perbuatan suami sendiri. "Saya sedih setiap kali memandang wajah ibu yang melecur teruk itu dan saya harap ia dapat dipulihkan segera walaupun ia sesuatu yang mustahil. "Saya pasrah dengan kejadian itu dan mula belajar hakikat yang ibu tidak akan boleh menjalani kehidupan seperti orang lain selepas ini," katanya ketika ditemui di HUS. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Dua remaja mangsa pertama meriam buluh Posted: Dua remaja mangsa pertama meriam buluhOleh NORLIDA AKMAR IDROS dan NORLIA RAMLI ISMAIL ZOAWE menunjukkan meriam buatan sendiri yang digunakan mangsa di Baling semalam. ALOR SETAR - Keseronokan sekumpulan remaja lelaki bermain meriam buatan sendiri di Taman Bersatu, Baling dekat sini malam kelmarin membawa padah apabila dua daripada mereka melecur teruk di muka dan tangan selepas meriam tersebut tiba-tiba meletup. Dua mangsa terbabit ialah Mohd. Aiman Amzar Jamsari, 13, dan rakannya, Mohamad Hanif Mohd. Nawi, 14. Mohd. Aiman Amzar yang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini melecur di muka dan tiga jari kanan, manakala Mohamad Hanif yang dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani dekat sini melecur di muka. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Polis cari tiga lelaki bantu siasat kes tipu Posted: Polis cari tiga lelaki bantu siasat kes tipuKUALA LUMPUR - Polis mencari tiga lelaki termasuk dua beranak bagi membantu siasatan berhubung 70 kes penipuan pindah milik kenderaan mewah yang dicuri di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka sejak 2011. Mereka ialah Thong Nai Khuen @ Terry, 53, Thong Cheong Kat @ Calvin, 32, dan Lee Kean Tat, 30. Nai Khuen merupakan tauke sebuah syarikat tunda kereta dan merupakan bapa Cheong Kat manakala Kean Tat pula ialah pekerja Nai Khuen. Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf berkata, tiga lelaki itu merupakan ketua sindiket yang aktif melakukan penipuan membabitkan proses pindah milik kenderaan mewah yang dicuri sejak 2011 di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka. Katanya, antara kereta yang sering dicuri termasuk jenis Honda, Toyota dan Naza. "Mereka disyaki telah terlibat sekurang-kurangnya dalam 70 kes," katanya ketika dihubungi. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |