{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Negara

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Negara


Atlet Sukma didakwa merogol

Posted:

Atlet Sukma didakwa merogol

Atlet Sukma didakwa merogol

Oleh NOR SHAFAWATI YUP
shafawati.yup@kosmo.com.my

REAKSI Megat Farzeril (kiri) dan Mohammad Shaizzad ketika berjalan keluar dari Mahkamah Sesyen Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Kejadian rogol melibatkan seorang pegawai pengiring pasukan bola baling Wilayah Persekutuan ketika temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2013 berlangsung di Kuala Lumpur memasuki episod baharu apabila tiga atlet lelaki pasukan itu didakwa di tiga Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Bagaimanapun, Adib Adha Ismail, 18, Megat Farzeril Megat Razali, 19, dan Mohammad Shaizzad Md. Shafie, 19, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di hadapan Hakim Yasmin Abdul Razak, Abu Bakar Manat dan Rozina Ayob.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa merogol wanita berusia 20 tahun itu di sebuah bilik di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang antara pukul 4 pagi hingga 4.10 pagi 4 Julai lalu.

Megat Farzeril Faiz didakwa merogol wanita itu pukul 4 pagi, Mohammad Shaizzad pada 4.05 pagi dan Adib Adha pula 4.10 pagi.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Putri Salbiah didakwa menipu

Posted:

Putri Salbiah didakwa menipu

Putri Salbiah didakwa menipu

Oleh WAZIHA WAHID
Waziha@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Pelakon filem terkenal era 1980-an, Putri Salbiah Megat Razalli mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas enam pertuduhan menipu seorang peguam berhubung pembelian empat lot tanah dan memalsukan dokumen pengenalan diri tiga tahun lalu.

Putri Salbiah, 49, (gambar) didakwa atas empat pertuduhan menipu Ng Miow Hia, 47, dengan memperkenalkan orang bersamanya ketika itu, iaitu Maajis Senan, 69, dan Yang Azizah Mohamed Yaacob, 72, sebagai Ahmad SK Duis dan Sipah Binte Duis @ Sipak Binte Duez.

Ahmad dan Sipah ialah pemilik tanah di Lot 1230, 1231, 1232 dan 1233 di Mukim Rim, Jasin, Melaka.

Putri Salbiah didakwa melakukan kesalahan itu dalam dua kejadian berasingan di Restoran Burger King, Tingkat Bawah Bangunan Kuala Lumpur City Centre di sini, masing-masing pada pukul 10.45 pagi 1 April 2010 dan pukul 11 pagi 23 Jun 2010.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pelajar Malaysia di Mesir diminta tidak sertai perhimpunan

Posted:

Pelajar Malaysia di Mesir diminta tidak sertai perhimpunan

Pelajar Malaysia di Mesir diminta tidak sertai perhimpunan

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHD. NOR
luqman.ridhwan@kosmo.com.my


SEBAHAGIAN penyokong Morsi melakukan perarakan aman selepas solat tarawih berhampiran kediaman pelajar Malaysia di Hayyau Sabi', Kaherah, Mesir kelmarin.


KUALA LUMPUR – Pelajar Malaysia di Mesir dinasihatkan supaya tidak menyertai perhimpunan yang dijangka disertai kira-kira 10 juta penyokong bekas Presiden Mesir, Mohammed Morsi yang digulingkan di empat lokasi sekitar Kaherah hari ini.

Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Abdul Aziz Ali (gambar kecil) berkata, walaupun perhimpunan tersebut dijangka berlangsung dalam keadaan aman, namun arahan yang diterima sebelum ini agar pelajar Malaysia tidak melibatkan diri dalam pergolakan politik di negara itu perlu dipatuhi.

"Empat lokasi utama yang bakal menjadi kawasan perhimpunan penyokong Morsi ialah kawasan di sekitar Kaherah iaitu Medan Raabah Al-Adawiyah, Medan Nahdah, Masbero dan 6th October City selepas solat Jumaat sehingga ke waktu sahur.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat