{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Denggi: Melonjak lebih 100%

Posted: 11 Jul 2013 12:05 PM PDT

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
utusanjohor@utusan.com.my

Muji Salimon (tiga dari kiri) mengetuai Program Gotong-Royong Perdana Denggi Peringkat Daerah Pontian di Taman Kota Emas, Pontian, Johor, baru-baru ini. Turut kelihatan, Dr. Norashikin Mahadan (dua dari kiri).

PONTIAN 11 Julai - Sebanyak 44 kes penyakit denggi dilaporkan berlaku di daerah Pontian bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini berbanding 21 kes dalam tempoh sama pada 2012 lalu iaitu peningkatan sebanyak 105.6 peratus.

Pegawai Kesihatan Kanan Pejabat Kesihatan Pontian, Dr. Norashikin Mahadan berkata, sebanyak 85 peratus daripada kes tersebut berpunca daripada pembiakan nyamuk aedes di luar premis melibatkan beberapa lokasi seperti di Lorong Pisang, Lorong Nipah, Lorong Manggis, Lorong Kemang, Lorong Mengkudu, Lorong Ciku dan Lorong Kenanga.

"Beberapa tindakan diambil bagi membendung pembiakan aedes dengan mengedarkan risalah dan maklumat kepada penduduk, penyemburan asap dan lawatan susulan. Walaupun tiada kematian dilaporkan, peningkatan kes yang tinggi memerlukan langkah-langkah yang segera agar tidak menjadi ancaman kepada orang ramai.

"Unit Vektor dari Pejabat Kesihatan Pontian turut menganjurkan pelbagai program kesedaran dan bertemu penduduk dari semasa ke semasa. Kami berharap orang ramai mengambil langkah yang perlu bagi membantu mengurangkan kes jangkitan denggi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Program Gotong-Royong Perdana Denggi Peringkat Daerah di Taman Kota Emas, di sini baru-baru ini.

Program yang disempurnakan oleh Pegawai Daerah Pontian, Muji Salimon itu turut dihadiri Pentadbir Tanah Daerah Pontian, Abd. Rahman Salleh; Yang DiPertua Majlis Daerah Pontian, Miswan Yunos dan Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Deputi Supritendan, Jokhiri Abd. Aziz.

Gotong-royong tersebut mendapat kerjasama yang baik melalui penyertaan kira-kira 500 kakitangan jabatan-jabatan kerajaan, penghulu-penghulu mukim, ketua-ketua kampung, jawatankuasa penduduk, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan sukarelawan lain.

Menurut Norashikin, jabatan serta agensi kerajaan juga dapat memainkan peranan masing-masing dalam membendung pembiakan aedes dengan menggalakkan kakitangan mereka mengambil langkah pencegahan membunuh jentik-jentik di rumah dan menjaga kebersihan.

"Tanggungjawab bagi memerangi denggi adalah tanggungjawab semua pihak memandangkan statistik yang berlaku di setiap daerah akan menyumbang kepada laporan jumlah penyakit denggi di peringkat negeri," katanya.

12 premis dikompaunRM6,000'biak' aedes

Posted: 11 Jul 2013 12:05 PM PDT

JOHOR BAHRU 11 Julai - Sebanyak 12 kompaun berjumlah RM6,000 dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan negeri menerusi Ops Gempur di tiga kawasan tumpuan di sekitar bandar raya ini pada Isnin lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Fatimah Othman berkata, kompaun itu dikeluarkan selepas kediaman penghuni di lokasi operasi di Taman Cempaka dan Taman Melor serta Kota Masai, Pasir Gudang didapati positif pembiakan aedes.

"Sebanyak 3,615 rumah kediaman, premis perniagaan dan surau telah diperiksa dan 12 daripadanya yang didapati positif pembiakan aedes telah dikenakan tindakan kompaun RM500 bagi setiap kediaman.

"Sebanyak 19 penduduk yang demam turut dinasihat dan dirujuk ke klinik kesihatan berhampiran sebagai langkah pencegahan awal denggi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Fatimah, sebanyak 2,507 bekas takungan air yang didapati berpotensi menjadi tempat pembiakan aedes turut dimusnahkan.

"Operasi ini dilaksanakan berikutan kes denggi di Kelantan meningkat hampir 100 peratus tahun ini berbanding 2012.

"Ini bukan sekadar untuk mendenda mereka yang didapati tidak menjaga kebersihan sehingga kediaman atau premis perniagaan menjadi tempat pembiakan aedes, sebaliknya kita mahu mendidik dan menyedarkan mereka tentang bahaya denggi kepada diri serta keluarga mereka," katanya.

Umat Islam digesa kukuhkan permuafakatan

Posted: 11 Jul 2013 12:05 PM PDT

JOHOR BAHRU 11 Julai - Rakyat negeri ini khususnya umat Islam digesa mengukuhkan semangat permuafakatan sempena Ramadan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, semangat permuafakatan itu boleh disemarakkan menerusi program-program yang diadakan oleh pelbagai peringkat masyarakat dan komuniti.

"Majlis berbuka puasa, solat tarawih, tadarus al-Quran sudah pastinya merupakan suatu ibadah yang dapat menambahkan amalan di samping menguatkan lagi hubungan sesama kita.

"Saya juga ingin mengambil kesempatan sempena kedatangan Ramadan 1434 Hijrah mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua rakyat yang beragama Islam di negeri ini," kata beliau dalam akaun laman Facebooknya hari ini.

Beliau turut menggalakkan rakyat banyak bersedekah dan berzakat bagi mengejar ganjaran pahala dan memenuhi tuntutan agama kerana amalan itu mempunyai hikmah tersendiri.

Dalam masa sama katanya, umat Islam perlu memanfaatkan setiap detik dan hari dalam bulan yang mulia ini dengan amalan bermanfaat dan melakukannya dengan penuh keinsafan dan keikhlasan bagi mendapat keredaan Allah SWT.

"Semoga segala amalan dan usaha kita akan diterima dan dikurniakan ganjaran sewajarnya daripada Allah SWT. Saya mendoakan agar kita diberi kekuatan untuk meningkatkan ilmu, amal dan taqwa pada bulan Ramadan ini," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat