Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Shafee ketua rayuan kes liwat Anwar
- Amah warga Indonesia lari daripada majikan ditahan bersama 'tomboy'
- Siti tak izin Datuk K naik motor
Shafee ketua rayuan kes liwat Anwar Posted: Shafee ketua rayuan kes liwat AnwarOleh WAZIHA WAHID
PUTRAJAYA – Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang lebih dikenali sebagai peguam berprofil tinggi dilantik mengetuai barisan pendakwaan di Mahkamah Rayuan dalam rayuan terhadap kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Muhammad Shafee akan mengemudi pihak pendakwaan selaku perayu dalam kes itu bersama-sama Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria dan Noorin Badaruddin. Terdahulu, Muhammad Shafee memaklumkan kepada panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Ramly Ali, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh bahawa pelantikan beliau secara kontrak itu dibuat berdasarkan Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah. Seksyen itu memperuntukkan kuasa kepada Peguam Negara di Jabatan Peguam Negara melantik pendakwa raya bagi mengendalikan sesuatu kes mahkamah. Muhammad Shafee sejurus selepas prosiding itu berkata, surat pelantikan tersebut telah ditandatangani pada 2 Julai lalu oleh Peguam Negara dan diterimanya pada 11 Julai tanpa sebarang alasan dikemukakan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Amah warga Indonesia lari daripada majikan ditahan bersama 'tomboy' Posted: Amah warga Indonesia lari daripada majikan ditahan bersama 'tomboy'SEORANG pembantu rumah (duduk) ditahan bersama kekasihnya seorang 'tomboy' (kanan) di sebuah premis perjudian di Petaling Jaya semalam. SEREMBAN - Tindakan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang lari dari rumah majikannya di sini semata-mata untuk bersama seorang 'tomboy' akhirnya membawa padah apabila pasangan itu ditahan pihak imigresen di sebuah premis perjudian di Petaling Jaya, Selangor semalam. Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Othman berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang kakitangan awam yang bertugas di sini bahawa pembantu rumahnya yang berusia 26 tahun tidak pulang selepas bercuti sejak Jumaat lalu. Katanya, pembantu rumah itu yang sudah enam bulan bekerja pada mulanya mahu bercuti selama tiga hari dengan alasan mahu membeli kelengkapan hari raya. "Pada petang semalam (kelmarin) majikan pembantu rumah itu ada menghubungi wanita tersebut tetapi panggilannya dijawab oleh wanita lain yang memberitahu bahawa pembantu rumahnya tidak mahu pulang kerana sakit. "Kerana curiga dengan alasan pembantu rumah tersebut, majikan wanita itu telah membuat aduan kepada pihak imigresen untuk tindakan lanjut," katanya di sini semalam. Ujarnya, susulan daripada laporan itu, pihaknya telah membuat siasatan lanjut sebelum hasil risikan berjaya mengesan wanita berkenaan bekerja di sebuah pusat perjudian di Petaling Jaya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Siti tak izin Datuk K naik motor Posted: Siti tak izin Datuk K naik motorOleh SALEHUDIN MAT RASAD SITI NURHALIZA (empat dari kiri) dan Datuk K (enam dari kiri) bersama ahli Kelab Bikers Pahang selepas program majlis berbuka puasa bersama anak yatim di Temerloh semalam. TEMERLOH - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengakui masih fobia dan tidak akan mengizinkan Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa menunggang motosikal berkuasa tinggi bagi mengelak berulangnya kemalangan yang menimpa suaminya di New Zealand pada 13 Disember lalu. Menurut Siti Nurhaliza, suaminya yang juga dikenali sebagai Datuk K sebenarnya masih berminat untuk menunggang motosikal berkuasa besar tetapi beliau masih trauma dengan kemalangan tersebut. "Selepas kemalangan di Queenstown, New Zealand tujuh bulan lalu, Datuk K telah beri beberapa buah motosikal berkuasa besar miliknya kepada saudara-mara terdekat sebab dia tidak mahu lagi menunggang kerana fobia. "Dalam hati kecil ini, saya tidak izinkan suami saya tunggang motosikal lagi," katanya. Siti Nurhaliza berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Gabungan Kelab Bikers Pahang bersama 360 orang anak yatim di Padang Awam Kubang Gajah di sini malam kelmarin. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |