Utusan Online - Johor
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Johor |
- Perlu pantau jualan murah
- Masalah 'simpang 4 keras kepala' selesai
- Mohon lebarkan susur keluar Flat Sri Stulang
Posted: 22 Jul 2013 10:35 AM PDT IBU YATI Saudara Pengarang, SETIAP kali menjelangnya perayaan Aidilfitri, sudah pastinya gedung beli belah terkemuka, premis perniagaan kecil sehinggalah ke bazar akan menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli barangan persiapan raya. Pelbagai jenis pakaian seperti baju kurung, baju Melayu, tudung hinggalah pakaian kanak-kanak menjadi pilihan pelanggan. Para peniaga pastinya menggunakan kesempatan ini dengan mengaut keuntungan dan saat inilah kita boleh melihat kain rentang tertera jualan murah, harga runtuh, jualan penghabisan stok, diskaun istimewa dan sebagainya. Namun, sebagai pelanggan saya kadangkala sangsi sama ada harga yang ditawarkan itu benar-benar 'harga runtuh' seperti yang didakwa atau hanyalah untuk memancing perhatian orang ramai semata-mata. Apa yang dikhuatiri adalah harga yang ditawarkan itu tidak jauh berbeza berbanding harga asal barangan tersebut kerana kadangkala kita sendiri tidak perasan dengan harga asal barangan tersebut sebelum ini. Sebagai pelanggan kita tidak mahu para peniaga ini mengaut keuntungan dengan cara mudah dan yang akan menanggung akibatnya adalah para pelanggan. Saya tidak mengatakan perkara ini dilakukan oleh semua peniaga, namun tidak mustahil ada segelintir daripadanya berbuat demikian kerana para pelanggan pasti akan membeli barangan tersebut sekiranya ia 'ditawarkan' dengan harga yang murah. Sehubungan itu, saya berharap pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini dapat memberi perhatian sewajarnya termasuk mengadakan tinjauan harga bagi memastikan para peniaga benar-benar menjalankan perniagaan dengan tulus sempena musim perayaan tidak lama lagi. Sebagai pengguna juga, kita harus mempunyai kesedaran yang tinggi dalam hal ini bagi mengelak menjadi mangsa keadaan. |
Masalah 'simpang 4 keras kepala' selesai Posted: 22 Jul 2013 10:35 AM PDT Pembinaan sebuah jejambat yang bakal mengatasi masalah kesesakan di simpang empat yang menyambungkan Jalan Tampoi, Jalan Kempas dan Jalan Petaling, Johor Bahru. Saudara Pengarang, SAYA adalah salah seorang pengguna jalan raya yang kerap menggunakan Jalan Tampoi sebagai laluan utama untuk ke tempat kerja atau urusan seharian kerana tinggal di kawasan perumahan berdekatan. Di sini saya ingin menyatakan penghargaan kepada pihak berwajib sama ada Jabatan Kerja Raya atau Majlis Bandaraya Johor Bahru kerana berusaha menyelesaikan simpang empat yang menghubungkan Jalan Tampoi dengan Jalan Kempas dan Jalan Petaling. Simpang empat tersebut sinonim dengan gelaran 'simpang empat keras kepala' kerana sebelum ini mempunyai masalah kesesakan yang memerlukan seorang pemandu berani meneruskan laluan dan seolah-olah menjadi medan menguji keberanian. Perkara ini sering berlaku ketika lampu isyarat rosak dan kenderaan dari empat arah yang bersilang perlu berhati-hati dan pada masa sama 'keras kepala' untuk melalui simpang empat tersebut. Namun, kini saya melihat projek pembinaan yang saya percaya merupakan sebuah jalan bertingkat sudah menampakkan bentuknya dan barangkali siap tahun depan. Proses menaik taraf prasarana ini amat penting dan dihargai pengguna jalan raya. Saya berharap pembinaan tersebut dapat melancarkan aliran trafik di kawasan itu. |
Mohon lebarkan susur keluar Flat Sri Stulang Posted: 22 Jul 2013 10:35 AM PDT SUBHI SAAD KENDERAAN dari kawasan Flat Sri Stulang terpaksa menunggu lama untuk memasuki Jalan Pantai menghala ke EDL kerana ketiadaan susur keluar yang efisyen di samping kenderaan yang banyak di EDL. Saudara Pengarang, Susur masuk ke dalam kawasan perumahan flat ini dibuat dengan baik, namun malangnya susur keluar boleh dikatakan seolah-olah tiada kerana terus bersambung dengan jalan besar dan menyukarkan kenderaan untuk keluar. Aliran trafik dari Jalan Pantai menghala ke EDL biasanya memang banyak dan kereta yang mahu keluar dari Flat Sri Stulang sering tersangkut lama sehingga membentuk dua barisan pada waktu puncak. Saya percaya masalah ini dapat diselesaikan sekiranya susur keluar yang lebih efisien dapat dibuat, sekali gus melancarkan perjalanan keluar dan masuk ke kawasan ini serta mengelakkan daripada berlaku kemalangan. Diharapkan agar cadangan ini diambil perhatian sewajarnya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku pada masa akan datang. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Johor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |