Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Pesawat ringan jalani latihan terhempas
- Lapor kepada kerajaan negeri jika ada tanah terbiar - Mohamad Hasan
- Patuhi arahan polis dan undang-undang pilihan raya - Ketua Polis Negara
Pesawat ringan jalani latihan terhempas Posted: Pesawat ringan jalani latihan terhempas23/07/2013 10:05pm MELAKA - Sebuah pesawat ringan yang sedang menjalani latihan terhempas di perairan Selat Melaka berdekatan Masjid Selat Pulau Melaka di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu pesawat tersebut membawa tiga orang. Satu jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu serta dua van Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dikejarkan ke tempat kejadian berhampiran Masjid Selat di Pulau Melaka itu. Setakat ini laporan awal daripada komander operasi menyatakan terdapat tiga mangsa dengan dua daripadanya berjaya diselamatkan. Pihak bomba kini sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa ketiga. - KOSMO! |
Lapor kepada kerajaan negeri jika ada tanah terbiar - Mohamad Hasan Posted: Lapor kepada kerajaan negeri jika ada tanah terbiar - Mohamad Hasan23/07/2013 9:04pm SEREMBAN - Semua pemimpin masyarakat terutama ketua-ketua kampung di negeri ini disaran melaporkan kepada agensi-agensi kerajaan berkaitan sekiranya ada tanah-tanah terbiar di kawasan mereka. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia bagi membolehkan pihak berkuasa seperti Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaaan Getah (Risda) atau Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengusahakan tanah-tanah itu yang memberi keuntungan kepada pemiliknya. "Jika ada tanah-tanah terbiar segera laporkan kepada Risda atau Felcra untuk diusahakan, supaya tanah-tanah ini tidak menjadi semak samun atau sarang haiwan liar sehingga membahayakan kawasan itu," katanya dalam sidang media selepas majlis penyampaian dividen Risda di sini hari ini. Katanya, langkah itu juga selaras dengan usaha kerajaan negeri yang mahu mengurangkan dan menghapuskan tanah-tanah terbiar dengan cara mengusahakannya yang secara tidak langsung akan memberi pulangan kepada negeri dan negara. Katanya, di negeri ini terdapat dua kategori tanah terbiar yang kebanyakannya dapat diusahakan hasil kerjasama dengan kementerian berkaitan. - Bernama |
Patuhi arahan polis dan undang-undang pilihan raya - Ketua Polis Negara Posted: Patuhi arahan polis dan undang-undang pilihan raya - Ketua Polis Negara23/07/2013 9:03pm KUALA BESUT - Pengundi bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut diminta mematuhi arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tidak melanggar undang-undang pilihan raya bagi memastikan proses pengundian esok berjalan lancar, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. "Saya harap pengundi berdaftar keluar awal untuk tunaikan tanggungjawab. Kita jamin keselamatan dalam keadaan terbaik dan terkawal dan tiada sebab untuk untuk tidak keluar mengundi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di Markas Taktikal Polis (MARTEK) di sini hari ini. Katanya, PDRM juga telah bersiap sedia dan menjangka ramai penyokong kedua-dua parti yang bertanding dari luar datang ke Kuala Besut. Pilihan raya kecil Kuala Besut menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon Pas, Endot@Azlan Yusof. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |