Harian Metro: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Mutakhir |
Empat rumah musnah dalam kebakaran di Tawau Posted: 22 Jul 2013 10:53 PM PDT TAWAU: Empat buah rumah di Kampung Tanjung Batu Tengah dekat sini musnah dalam kebakaran lewat malam tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Rudy Fredzek berkata mereka menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira 11.05 malam dan tiga jentera bomba bersama 33 anggota digegaskan ke tempat kejadian.
"Semasa anggota bomba tiba api begitu marak dan merebak dengan cepat membakar empat buah rumah jenis kayu itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Menurut Rudy pihaknya dapat mengawal kebakaran daripada memusnahkan enam buah rumah berhampiran kira-kira 12.05 tengah malam dan api berjaya dipadam sepenuhnya pada 1.23 pagi.
|
Posted: 22 Jul 2013 10:31 PM PDT KUALA LUMPUR: Jaguh acara terjun Malaysia, Pandelela Rinong Pamg dan Leong Mun Yee meraih pingat gangsa dalam acara platform 10m sirama wanita di Kejohanan Dunia FINA ke-15 di Barcelona, Sepanyol, pada Isnin. Dalam acara final yang berlangsung di Montjuic Municipal Pool pada 5.30 petang waktu tempatan (12.30 tengah malam waktu Malaysia), gandingan itu mengumpul 331.14 mata untuk memenangi gangsa. Pasangan China, Chen Ruolin dan Liu Huixia, seperti dijangka, memenangi pingat emas setelah mengumpul 356.28 mata manakala pingat perak menjadi milik gandingan Kanada, Roseline Filion dan Meaghan Benfeito dengan jumlah 331.41 mata. Pandelela dan Mun Yee menyumbang kepada Malaysia pingat sulung mereka dalam kejohanan dunia dengan meraih gangsa dalam acara sama pada edisi 2009 di Rome, Itali.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |