Utusan Online - Hiburan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Hiburan |
Prism Berhad mula kutip royalti 1 Julai Posted: 11 Jul 2013 01:31 AM PDT Oleh AZIZ ITTAR KUALA LUMPUR 11 Julai - Badan Pengutip Royalti Hak Pelaku dan Persembahan Artis (Prism Berhad) kesal apabila ada ahli-ahli badan itu yang masih keliru dan menyamakannya dengan Prism Sdn. Bhd. yang telah dibubarkan baru-baru ini. Menurut Pengerusi Prism Berhad, Anuar Dahlan, tambah mengelirukan apabila badan yang ditubuhkan pada 15 Mei tahun lalu di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia itu dikatakan tidak membayar royalti kepada ahli-ahlinya. "Ramai yang keliru dengan Prism Sdn. Bhd. yang telah dibubarkan yang mana badan itu telah membayar royalti buat ahli-ahli pada 2011 sebelum ia dibubarkan. "Sedangkan Prism Berhad pula baru mendapat lesen kutipan royalti mulai 1 Julai lepas. Jadi bagaimana kami hendak bayar royalti sedangkan kami baru hendak kutip royalti?" ujarnya. Anuar menjelaskan, perkara itu sewaktu menjawab isu yang ditimbulkan oleh pemuzik Aznan Alias seperti yang disiarkan dalam Utusan Malaysia semalam, berhubung dakwaan itu. Tambahnya, isu itu sepatutnya diselesaikan oleh pihak pengurusan Prism Sdn. Bhd. dan perkara itu tiada kena mengena dengan Prism Berhad yang kini dipengerusikannya. - UTUSAN ONLINE |
Posted: 10 Jul 2013 11:46 PM PDT Oleh GARRET DAWUM FIZA ELITE...batalkan pernikahan yang sepatutnya Jun lalu. KUALA LUMPUR 11 Julai - Pelakon Fiza Halim, 32, terpaksa membatalkan pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada Jun lalu, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Menurut Fiza, persiapan dan persediaan untuk perkahwinannya telah dibuat beberapa bulan lalu tetapi apakan daya, mereka tiada jodoh dan tidak dapat meneruskan perkahwinan itu pada bulan lalu. "Saya akui sangat kecewa kerana banyak persiapan sudah dibuat. Sepatutnya saya menjadi seorang isteri semula pada Ramadan kali ini, tetapi tidak berlaku," kata ibu tunggal beranak dua ini kepada Utusan Online di sini hari ini. Bagaimanapun, Fiza enggan mendedahkan identiti lelaki yang melamar dirinya itu, memandangkan kisah itu tidak lagi perlu untuk dibicarakan. "Siapa dia, tidak perlulah saya beritahu kerana perkahwinan itu tidak menjadi pun. Bila tidak jadi berkahwin, saya sudah reda. "Sebagai insan, kita tidak tahu apa akan jadi pada masa depan. Mungkin akan datang jodoh baru, saya terima apa saja daripada Yang Maha Esa," kata bekas anggota kumpulan Elite yang baru tampil dengan imej bertudung ini. Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim telah bercerai dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, 33, pada 4 November 2010. Pendedahan Fiza secara eksklusif mengenai isu perkahwinan tidak menjadi ini boleh dibaca dalam sisipan Mega, Utusan Malaysia esok. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |