Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Posted: 09 Jul 2013 11:30 AM PDT Oleh OPAT RATTANACHOT SUNGAI PETANI 9 Julai - Tiga buah kilang membuat kotak pembesar suara, peralatan dapur dan plastik musnah dalam kebakaran membabitkan kerugian melebihi RM30 juta di Taman Perindustrian Sungai Tukang di sini awal pagi ini. Kebakaran pukul 3 pagi itu dipercayai berpunca dari bahagian belakang salah sebuah premis membuat peralatan dapur tersebut. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. Penguasa Bomba dan Penyelamat Zon Sungai Petani, Nor Arifin Kamari berkata, pihaknya mengambil masa hampir tiga jam untuk mengawal api. Beliau berkata, kebakaran agak sukar dikawal berikutan bahan yang terdapat dalam kilang itu merupakan plastik dan kotak yang memudahkan api marak. "Selain itu, struktur premis dan juga bahan-bahan yang terdapat di dalam premis itu mudah terbakar. "Daripada kejadian ini tiga buah kilang hangus manakala satu lagi premis terbakar sebahagian dan pihak bomba dapat mengawal api daripada merebak ke premis lain," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian. Nor Ariffin berkata, punca kebakaran dan jumlah sebenar kerugian masih dalam siasatan. |
Guru ditembak bermotifkan dendam? Posted: 09 Jul 2013 11:30 AM PDT Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB Jalaluddin KOTA BHARU 9 Julai - Polis tidak menolak kemungkinan balas dendam adalah motif di sebalik kejadian seorang guru penolong kanan maut ditembak selepas bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Beris Panchor, di sini semalam. Hashim Mat Zain, 43, berkemungkinan ditembak oleh penjenayah yang diupah oleh mereka yang tidak berpuas hati dengannya. Sehubungan itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya sedang giat mengumpulkan maklumat mengenai kejadian itu dalam usaha mengesan penjenayah yang terlibat. "Berdasarkan maklumat awal, polis percaya motif pembunuhan guru ini ada kaitan dengan balas dendam. Siasatan awal juga mendapati mangsa menjalankan pelbagai perniagaan antaranya balak, jualan langsung dan kontrak kantin sekolah," katanya. Jalaluddin ditemui selepas majlis perjumpaan bulanan dan Penubuhan Jabatan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri hari ini. Allahyarham Hashim maut ditembak sebanyak tiga das dari jarak dekat ketika baru keluar selepas selesai bertugas di SK Beris Panchor kira-kira pukul 1.40 petang semalam, dipercayai kerana masalah hutang. Mangsa yang merupakan guru penolong kanan hal ehwal murid dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Tok Dosoh, Bachok ditembak seorang lelaki bermotosikal sebaik sahaja tiba di satu persimpangan kira-kira 50 meter dari pintu pagar sekolah. Menurut Jalaluddin, kebanyakan kes tembak yang berlaku di negeri itu sejak kebelakangan ini adalah bermotifkan dendam, tidak berpuas hati dan hutang. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |