Utusan Online - Pemotoran
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pemotoran |
Honda buka pusat 4S bernilai RM13 juta Posted: 09 Jul 2013 11:30 AM PDT Yoichiro Ueno (kiri) bersama Pengarah Urusan HZN Cars, Datuk Mahpoz Hamid (dua dari kiri) mendengar penerangan mengenai pusat 4S terbaharu Honda Malaysia di Shah Alam, semalam. KUALA LUMPUR 9 Julai - Honda Malaysia hari ini membuka pusat jualan, servis, alat ganti dan pameran (4S) ke sembilan di Shah Alam dengan pelaburan mencecah RM13 juta. Pusat baharu berkeluasan 3,026 meter persegi yang terletak di Hicom Glenmarie Industrial Park berkenaan turut dilengkapi fasiliti baharu iaitu perkhidmatan badan dan cat (B&P). Pengarah Utusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yoichiro Ueno berkata, Honda merupakan syarikat pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi mesra alam berkenaan yang menggunakan air sebagai bahan asas utama. "Teknologi ini menghasilkan ketepatan warna yang lebih baik sebelum ini dan dalam masa yang sama mengurangkan sisa toksik serta mengurangkan risiko kebakaran. "Honda sentiasa menerokai teknologi baharu yang mampu mengurangkan kesan negatif ke atas alam sekitar," katanya. Pusat 4S HZN Cars merupakan pengedar pertama yang menggunakan identiti baharu korporat Honda yang diperkenalkan pada Februari lalu dengan rekaan, warna dan kemudahan tambahan baharu bagi meningkatkan kepuasan pelanggan. Honda Malaysia meletakkan sasaran menjual 60,000 buah kenderaan bersamaan sembilan peratus penguasaan kenderaan tempatan tahun ini dan meningkatkan jumlah pengedar kepada 90 menjelang 2016 Ketika ini, syarikat tersebut memiliki 64 pengedar dengan 52 daripadanya adalah pusat 3S, sembilan pusat 4S dan selebihnya 1S. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pemotoran To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |