{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Manfaatkan kemuliaan Ramadan

Posted: 25 Jul 2013 12:06 PM PDT

Oleh Haniza Hassan
editor.johor@utusan.com.my

Pengurus Besar Hotel Renaissance Johor Bahru, Marc Cosyns melayan tetamu dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Kota Tinggi pada majlis berbuka puasa di The Renaissance Johor Bahru, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 25 Julai - Ramadan bukan sekadar bulan untuk berpuasa, menahan lapar dan dahaga pada waktu siang, tetapi di sebaliknya tersembunyi 1001 hikmah.

Masakan tidak, bulan mulia yang hadir setahun sekali itu membuka ruang kepada umat Islam di seluruh dunia untuk melakukan amal kebajikan dengan memperbanyakkan ibadah dan sedekah serta amal jariah.

Malah, dalam bulan penuh keberkatan ini nasib golongan yang kurang berkemampuan seperti ibu tunggal, anak yatim dan warga emas tidak pernah diabaikan.

Golongan berkenaan biasanya menjadi tetamu istimewa pada majlis-majlis berbuka puasa selain menerima sumbangan berupa barangan keperluan Aidilfitri termasuk duit raya.

Selain itu, antara yang sering dikaitkan dengan bulan Ramadan adalah bubur lambuk. Sepanjang bulan ini, bubur lambuk bagaikan pesta apabila pelbagai pihak tampil memberikan secara percuma sebagai amalan sedekah.

Inilah yang dikatakan rahmat Ramadan. Maka Ahlan wa Sahlan Ya Ramadan! yang bererti 'Selamat datang Ramadan! sering meniti di bibir umat Islam tatkala menyambut bulan penuh keberkatan ini setiap tahun.

Bagi anak-anak Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Princess Elizabeth di sini, kedatangan Ramadan disambut dengan penuh kesyukuran dan rasa bahagia apatah lagi sekali lagi diberi keizinan untuk menjalani ibadah puasa bersama rakan-rakan biarpun diri masing-masing terselit kekurangan.

Kegembiraan jelas terpancar pada wajah comel masing-masing apabila diajak berbicara perihal pengalaman berbuka puasa di hotel-hotel di bandar raya ini dan mendapat duit raya awal sebelum tibanya hari raya.

Bagi Mohd. Nazrul Naim Aswad Siah Abdullah, 12, setiap tahun dia diberi peluang untuk berbuka puasa di hotel sekurang-sekurangnya sekali sepanjang tempoh berpuasa.

"Seronok setiap kali Ramadan datang. Saya dan rakan-rakan sering kali diundang dan diraikan dalam majlis buka puasa oleh pihak-pihak tertentu.

"Saya suka semua makanan di hotel yang saya pergi. Makanan sedap dan banyak pilihan. Kadang-kadang sampai tak tahu nak pilih yang mana," katanya yang mampu melihat pada kadar penglihatan tertentu.

Mohd. Irfan Imanullah, 11, yang sudah lima tahun belajar di sekolah berkenaan pula berkata, dirai dan diberikan sumbangan duit raya merupakan kenangan indah ketika tibanya bulan Ramadan.

Dalam reaksi malu-malu, dia memberitahu bahawa duit raya yang dikumpul itu disimpan dan digunakan untuk masa depan jika ingin membeli sesuatu bagi kegunaan hariannya.

Namun, apabila ditanya jumlah yang sudah dikumpul, dia hanya tersenyum menampak barisan gigi putihnya sebelum tunduk malu menyembunyikan wajah.

Sementara itu seorang lagi rakan mereka, Mohd. Rifaa Hamzi, 10, berkata, berjauhan daripada keluarga tidak sedikit pun menjejaskan ibadah puasanya kerana dia bersama rakan yang lain sering diundang menghadiri majlis berbuka puasa baik di hotel mahupun majlis-majlis persendirian.

"Dalam riuh rendah itu, hilanglah sedikit rasa rindu pada kampung tambahan pula apabila ada orang meraikan kita, jamu makanan yang sedap-sedap dan dapat duit raya. Memang gembira dan bersyukur," katanya.

Ada yang tidak ikut syarak - JAIJ

Posted: 25 Jul 2013 12:06 PM PDT

Oleh AZIZI MAJID
editor.johor@utusan.com.my

RAMLY Jusoh (tengah) memeriksa keadaan ayam yang disembelih untuk memastikan ia benar-benar disembelih mengikut syarak di sebuah pusat penyembelihan ayam di Jalan Tampoi, Johor Bahru, kelmarin.

JOHOR BAHRU 25 Julai - Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) menasihatkan peruncit dan pembeli supaya mendapatkan bekalan ayam daripada pusat penyembelihan yang disahkan halal dan mengikut hukum syarak.

Penolong Pengarah Operasinya, Ramly Jusoh berkata, tindakan itu bagi menggelakkan keraguan kerana terdapat pusat penyembelihan yang tidak menepati hukum syarak.

"Kita terima aduan daripada orang ramai terdapat beberapa pusat sembelihan di Johor Bahru ini yang penyembelihannya tidak menepati syarat, antaranya tiada jurusembelih bertauliah, premis kotor dan menggunakan pekerja asing serta orang bukan Islam.

"Justeru, kita nasihatkan pusat penyembelihan agar menghantar pekerja mereka menghadiri kursus bagi mendapat tauliah sembelihan yang sah," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Lebih 30 anggota dari Jabatan Imigresen negeri, polis, JAIJ, Jabatan Kesihatan, Jabatan Veterinar dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) terlibat dalam operasi di empat lokasi berasingan selama kira-kira empat jam bermula pukul 11 malam itu.

Ramly berkata, negeri ini mempunyai 248 jurusembelih diiktiraf yang bekerja di 16 premis dan 11 pusat penyembelihan yang disahkan halal.

Sementara itu, Pegawai Penguat Kuasa Imigresen negeri, Muhammad Acil berkata, sebanyak 50 lelaki warganegara Indonesia yang bekerja di sebuah pusat penyembelihan ayam di Jalan Cenderai 28, Taman Kota Puteri, Masai turut ditahan dalam operasi berkenaan.

Beliau berkata, kesemua mereka berusia antara 18 hingga 44 tahun itu yang didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan menyalahgunakan pas lawatan sosial dihantar ke depoh tahanan Imigresen untuk siasatan lanjut.

Kluang catat keuntungan

Posted: 25 Jul 2013 12:06 PM PDT

Abdullah Shukor Kemat (kiri) menyampaikan zakat perniagaan kepada Mohd. Fauzi Bachok di Pontian, kelmarin.

PONTIAN 25 Julai - Enam Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di daerah Pontian dan Kluang mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM2.824 juta pada tahun lalu melalui pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan.

Pegawai Peladang Daerah Pontian dan Kluang, Nor Fadzil Hassan berkata, PPK Benut mencatat keuntungan tertinggi sebanyak RM890,719 hasil daripada aktiviti pemasaran kelapa sawit, kerja kontrak, bahan input pertanian dan pengangkutan.

Kedua tertinggi ialah PPK Simpang Renggam yang mencatatkan keuntungan sebanyak RM805,722 menerusi usaha pemasaran ubi kayu dan kelapa sawit.

"Kesemua PPK di bawah penyeliaan Pejabat Peladang Pontian dan Kluang mencatatkan keuntungan dalam aktiviti mereka pada tahun lalu walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu," katanya pada majlis penyampaian zakat perniagaan kepada Majlis Agama Islam Daerah Pontian di PPK Pontian Selatan di sini semalam.

Pada majlis tersebut, PPK Pontian Selatan yang diwakili oleh Pengerusi Ahli Jemaahnya, Abdullah Shukor Kemat menyampaikan zakat perniagaan berjumlah RM29,172.11 kepada Pegawai Tadbir Agama Daerah Pontian, Mohd. Fauzi Bachok.

Pada majlis itu, turut diadakan bacaan Yasin dan tahlil sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan yang akan disambut pada 6 Ogos ini dan jamuan berbuka puasa.

Nor Fadzil berkata, pemasaran kelapa sawit merupakan aktiviti utama PPK dan pihaknya telah mempunyai pusat timbang sendiri bagi memudahkan ahli-ahli memasarkan hasil masing-masing.

"Pemasaran kelapa sawit berjumlah 66,454,89 tan metrik yang melibatkan seramai 4,247 ahli yang mengusahakan tanaman komoditi tersebut," katanya.

Beliau berkata, sebanyak 130 unit peladang telah ditubuhkan di bawah PPK masing-masing dengan keahlian setakat ini seramai 16,891 dengan PPK Pontian Selatan mempunyai ahli paling ramai iaitu 3,727 orang.

"Pegangan saham ahli pula ialah RM3,642,238.31 yang menunjukkan peladang dan petani di bawah Peladang Pontian dan Kluang sentiasa menunjukkan prestasi yang baik," katanya.

Pada tahun lalu, enam PPK turut menerima peruntukan daripada kerajaan serta Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) berjumlah RM1.115 juta bagi menjalankan pelbagai aktiviti untuk manfaat ahli-ahlinya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat