Utusan Online - Mahkamah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Mahkamah |
Curi toto, warga Thailand dijel 20 hari, denda RM500 Posted: 14 Jul 2013 11:10 AM PDT YAHYA VATAE KOTA BHARU 14 Julai - Seorang lelaki Thailand dipenjara selama 20 hari dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencuri toto bernilai RM325 di Pasar Siti Khadijah pada 24 Jun lalu. Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu terhadap Yahya Vatae, 28, dan turut memerintahkan tertuduh dipenjara selama dua bulan lagi sekiranya gagal membayar denda yang ditetapkan. Berdasarkan pertuduhan, Yahya yang berasal dari Narathiwat didakwa mencuri tiga beg selimut toto berjenama Narita dan dua beg selimut toto berjenama Good Morning bernilai RM325 milik seorang peniaga di tingkat dua pasar berkenaan antara pukul 1.50 hingga 2.05 petang, 24 Jun lalu. Dakwaan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau dengan didenda atau kedua-duanya. Menurut fakta kes, semasa peniaga tersebut berada di kedainya, dia diberitahu rakannya yang ternampak seorang lelaki iaitu tertuduh mencuri lima beg selimut toto miliknya yang diletakkan di luar kedai lalu dibawa turun ke tingkat bawah. Peniaga tersebut kemudian bersama ibu dan rakannya itu telah mencari lelaki itu dan menjumpai tertuduh sedang berada di atas sebuah motosikal di sebelah surau pasar tersebut bersama lima beg selimut toto berkenaan. Peniaga terbabit kemudiannya meminta bantuan orang ramai untuk menangkap tertuduh lalu membawanya ke balai polis berhampiran. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Mahkamah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |