{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Pertandingan terbuka satu transformasi politik

Posted: 28 Jul 2013 11:05 AM PDT

JOHOR BAHRU 28 Julai - Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 5 Oktober ini yang dilaksana berdasarkan perlembagaan baharu parti merupakan satu transformasi politik sekali gus menggalakkan persaingan sihat dan terbuka antara pemimpin yang bertanding.

Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, pemilihan secara terbuka itu juga bukti bahawa UMNO sememangnya sebuah parti yang berlandaskan demokrasi dan bukan sekadar cakap kosong.

Tetapi kalau UMNO cakap soal demokrasi, sekurang-kurangnya kita buat dan kita buktikan melalui tindakan kita. Bukan macam segelintir parti yang tahu bercakap, namun tidak diaplikasikan, nak kira undi pun boleh silap, nak bertanding pun tak digalakkan dan tak panggil ahli pergi mesyuarat.

Bagi ahli UMNO, saya rasa semua sudah cukup matang dalam membuat keputusan dan yang penting siapa kalah terima kekalahan dengan terbuka dan siapa menang jangan pula menindas yang kalah," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam laman Facebooknya yang menyatakan pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang berdasarkan perlembagaan baharu parti bakal menjadikan UMNO lebih terbuka, demokratik dan inklusif.

Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru ditemui selepas menyampaikan bantuan Ramadan Parlimen Johor Bahru di sini hari ini.

Pindaan perlembagaan UMNO yang diluluskan pada 2009 antara lain meningkatkan jumlah perwakilan untuk pemilihan jawatan tertinggi parti dan jawatan di peringkat bahagian, selain menghapuskan sistem kuota dalam pemilihan parti.

Lebih 150,000 perwakilan UMNO daripada 191 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pimpinan parti tahun ini, berbanding hanya 2,500 sebelum ini.

Shahrir berkata, pemilihan tersebut juga akan mengubah persepsi segelintir masyarakat terutama golongan muda tentang parti yang seringkali dilabelkan oleh pihak pembangkang sebagai sebuah parti yang diktator dan jahat.

Ditanya sama ada beliau berhasrat bertanding merebut sebarang jawatan tertinggi parti, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) itu mengakui tidak berminat untuk bertanding dan lebih suka memberi tumpuan sepenuhnya kawasan Parlimen Johor Bahru.

PM ucap terima kasih kepada pengundi Sabah

Posted: 28 Jul 2013 11:05 AM PDT

KUALA LUMPUR 28 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan terima kasih kepada pengundi Sabah kerana telah memberi sumbangan besar terhadap pembentukan kerajaan Barisan Nasional (BN) di peringkat Persekutuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Perdana Menteri berkata, semasa berada di Kota Kinabalu semalam, beliau telah memberitahu terdapat tiga teras utama kerajaan Persekutuan, dalam usaha membangun dan memakmurkan Sabah untuk lima tahun akan datang iaitu keselamatan, pembangunan dan kebajikan.

"Aspek keselamatan, kedaulatan dan keamanan seluruh negeri Sabah juga akan diberi perhatian lebih mendalam agar peristiwa seperti pencerobohan Lahad Datu tidak berulang lagi.

"Di kesempatan ini juga saya merakamkan rasa terima kasih kepada pengundi-pengundi Sabah yang telah memberi sumbangan besar terhadap pembentukan kerajaan BN di peringkat Persekutuan pada PRU-13 baru-baru ini," katanya menerusi akaun Facebook milik beliau hari ini.

Pada pilihan raya umum lalu, BN Sabah telah menang besar dengan memperoleh 22 kerusi Parlimen daripada 25 kerusi keseluruhan di negeri itu.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat