{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda jengka - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda jengka - Google Blog Search


Blog Jengka: di <b>felda jengka</b> 6 - Google Blog Search - Laman utama

Posted: 01 Feb 2014 01:09 AM PST

URL Sumber Asal :-

ahmadyaakob.com: SEJARAH <b>FELDA JENGKA 6</b>

Posted: 24 Jan 2014 05:32 AM PST

 SELAMAT DATANG KE JENGKA 6
PINTU GERBANG DAN  JALAN MASUK KE FELDA JENGKA 6
      Felda Jengka 6 merupakan salah sebuah Felda yang terdapat  di dalam daerah Maran. Tanah Rancangan Felda Jengka 6 diberi nama Felda Keembung. Felda Jengka enam mula ditubuhkan pada tahun  1968. Felda ini mempunyai kawasan tanaman seluas 430.87 hektar manakala kawasan kampung pula seluas 125.58 hektar.  Felda ini dibangunkan pada 1970 dan pada 1972 para peneroka mula membina penempatan sendiri.
       Felda Jengka 6 mempunyai lima peringkat iaitu peringkat satu mempunyai 107 buah keluarga, peringkat dua mempunyai 80 buah keluarga, peringkat  tiga mempunyai 106 buah keluarga,peringkat empat 74 buah keluarga. Peringkat kelima pula telah diusahakan pada tahun 1977 yang merangkumi tanah seluas 108.41 hektar.  Peringkat kelima ditempatkan 14 buah keluarga. Jadi kesemua jumlah keluarga yang ada di Felda Sri Keembung ialah 367 buah keluarga. Berdasar data jumlah kesemua penduduk ialah 3022 orang dan kesemuanya adalah kaum Melayu. 
       Felda Sri Keembung mempunyai penduduk yang berasal dari pelbagai negeri di seluruh Malaysia. Contohnya terdapat penduduk asal Negeri Pahang iaitu sebanyak 20 peratus dan daripada negeri lain seperti Terengganu sebanyak 33 peratus, negeri Kedah 16 peratus,  negeri Kelantan 29 peratus,dan selebihnya daripada  negeri-negeri lain. Jarak Felda Sri Keembung dari Bandar Kuantan 110 kilometer, Bandar Maran 30  kilometer ke Barat, Kuantan.
       Rancangan Jengka Enam telah ditempatkan dengan seramai 367 orang keluarga peneroka. Seramai 381 keluarga terdiri daripada peneroka berketurunan Melayu telah ditempatkan di sini pada tahun 1972 . Felda Jengka Enam dibangunkan secara berperingkat-peringkat iaitu sebanyak limat peringkat. Pada tahun 1970 seramai 107 keluarga telah ditempatkan di peringkat pertama,80 orang peneroka di peringkat kedua, 106 keluarga peneroka di peringkat ketiga dan 74 buah keluarga peneroka di peringkat keempat serta 14 buah keluarga di peringkat lima.
       Peneroka yang masuk ke Felda Jengka 6 dalam Fasa kedua seramai 367 keluarga ini tidak perlu lagi bersusah-payah membersih dan membina rumah sendiri seperti peneroka Lurah Bilut dalam tahun 1959. Mereka menyertai tanah rancangan selepas anak pokok ditanam dan rumah-rumah dibina. Tugas mereka hanyalah menjaga anak-anak pokok. Disebabkan mereka tidak terlibat dengan kerja-kerja berat seperti peneroka-peneroka terawal, ikatan mereka dengan tempat baru ini agak longgar sama ada sesama peneroka atau dengan tanah  yang diberi.

      Felda melalui kerajaan negeri telah mengeluarkan surat hak milik tanah kepada peneroka setelah menyelesaikan bayaran kembali serta cukai tanah.  Kini semua peneroka Felda Jengka 6 telah menerima surat milik tanah secara berperingkat-peringkat. Menurut Saharudin Bin Lela, Penghulu Felda Jengka 6, peneroka Peringkat 1 seramai 101 orang menerima hak milik pada 2 Januari 1993. Peneroka peringkat 2 dan Peringkat 3 pula  menerima Geran Hak Milik tanah pada 14 Januari 1995 daripada Datok Mohd Khalil Yaakob.  

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat