{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Rencana Utama


Israel padamkan sejarah Palestin

Posted:

Israel padamkan sejarah Palestin

Israel padamkan sejarah Palestin

"PENDUDUK Palestin menyerang pihak polis dengan batu dan kami perlu bertahan sebelum membalas serangan berkenaan dengan bom tangan pegun," kata jurucakap polis Israel Micky Rosenfeld.

Rosenfeld mendakwa dalam kejadian selepas solat Jumaat di Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis yang juga dianggap lokasi suci Yahudi, Temple Mount itu, penduduk Palestin bertindak melemparkan batu ke arah pihak polis.

Pasukan polis Israel yang ketika itu sedang berkawal di Mughrabi di pekarangan luar masjid, mengambil tindakan melepaskan bom tangan pegun untuk mempertahankan diri.

Selain itu, pihak polis bertindak ganas menyerbu ruangan masjid dengan alasan menyuraikan keganasan penduduk Palestin yang turut digelar sebagai perusuh.

Dalam kejadian itu seorang rakyat Palestin cedera akibat serangan bom polis Israel dan tindakan polis Israel itu dianggap mencemar kesucian Masjid al-Aqsa.

"Selepas solat Jumaat, penduduk Palestin mula melontar batu ke arah polis yang berada di kawasan Mughrabi di luar masjid.

"Unit polis kemudian bertindak balas menggunakan bom tangan pegun dan memasuki kawasan masjid bagi menyuraikan perusuh," kata Rosenfeld kepada media.


POLIS Israel menceroboh ruangan Masjid al-Aqsa dan menyerang penduduk Palestin dengan bom tangan pegun selain gas pemedih mata.


Batu-batu kecil

Dia menambah, operasi menyuraikan perusuh itu memakan masa dua jam dan polis menahan tujuh penduduk Palestin yang terlibat dalam serangan itu.

Difahamkan dalam pertempuran tersebut, berpuluh-puluh penduduk Palestin hanya berbekalkan batu-batu kecil selain laungan semangat demi mempertahankan masjid daripada diceroboh.

Imam masjid, Mohamed Hussain menempelak tindakan pihak berkuasa Israel yang bertindak di luar kawalan melepaskan bom tangan pegun selain menceroboh rumah suci Allah itu.

"Keganasan ini ditentang oleh semua agama termasuk undang-undang dunia.

"Ia adalah keganasan yang mencemarkan Masjid al-Aqsa dan pihak berkuasa Israel perlu bertanggungjawab kerana mereka yang mengarahkan tentera Israel untuk merampas masjid ini melalui keganasan. Apa saja yang terjadi di sini adalah kesilapan mereka," katanya.

Bagaimanapun satu laporan media mendedahkan sehari sebelum kejadian, kawasan Masjid al-Aqsa dikerumuni oleh peneroka Israel selain pihak berkuasa yang berulang kali menyerang pekarangan masjid tersebut.

Menurut laporan itu, terdapat peneroka Israel yang diketuai Rabbi Yehuda Glick yang juga bekas Ketua Institut Kuil, bertindak memanjat Kubah Emas.

Pertahankan masjid

Tindakan penduduk Palestin melemparkan batu adalah untuk mempertahankan masjid selain serangan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh pihak berkuasa Israel.

Ketua Pengarah Wakaf Islam dan Hal Ehwal Masjid al-Aqsa, Sheikh Azzam Al-Khatib, yakin tindakan itu sekadar bertujuan mempertahankan diri dan bukan serangan provokasi seperti kenyataan Rosenfeld.

"Sejarah lalu membuktikan pihak berkuasa Israel sentiasa menjengkelkan masyarakat Muslim dengan sengaja. Malah mereka membunuh ribuan rakyat Palestin tanpa belas kasihan," katanya.


SEORANG wanita menunjukkan tanda 'V' dengan jarinya bermaksud kemenangan di depan mercu tanda Kubah Emas dalam satu perbalahan antara rakyat Palestin dan polis Israel.


Sementara itu, di Hebron, Ramallah di Tebing Barat, masyarakat Muslim terpaksa berhadapan dengan isu kebebasan beragama berikutan larangan azan daripada pihak berkuasa Israel.

Masjid al-Ibrahimi yang berusia 1,000 tahun dilarang melaungkan azan sebanyak 49 kali pada bulan ini kerana didakwa mengganggu ketenteraman penduduk setempat terutama pada waktu Subuh.

Selain larangan melaungkan azan, penduduk Palestin terpaksa berdepan dengan tentera Israel yang berkawal di pintu masuk masjid melakukan pemeriksaan yang ketat terhadap masyarakat Muslim.

Pengarah Jabatan Wakaf di Hebron, Sheikh Yusoff Sunainah menyifatkan tindakan itu sebagai tidak adil kerana memihak kepada penduduk Yahudi di bandar lama Hebron.

"Penduduk Palestin yang ingin beribadat di sini terpaksa berhadapan dengan pemeriksaan ketat oleh pasukan keselamatan Israel. Walhal penduduk Yahudi dibenarkan memasuki masjid tersebut sewenang-wenangnya tanpa alasan yang kukuh.

"Masyarakat Yahudi juga mencemari kawasan masjid dan sering memalukan dan mengejek orang Islam yang sedang solat," katanya.

Tegasnya, tindakan tentera Israel itu merupakan ancaman besar terhadap agama Islam dan dilihat cuba menyekat kebebasan beragama di negara ini yang bertentangan dengan undang-undang Israel.


WARNA hijau menandakan kawasan penduduk Palestin manakala selebihnya penempatan haram Yahudi sejak tahun 1948.


Haramkan azan

Masjid al-Ibrahimi merupakan kawasan suci bagi penduduk Islam Palestin selepas Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis yang menempatkan makam Nabi Ibrahim dan ahli keluarga baginda.

Selepas tragedi tembakan rambang pada tahun 1994 oleh seorang Yahudi sehingga mengakibatkan 29 jemaah yang solat Subuh terbunuh dan 125 lagi cedera, Jawatankuasa khas pemerintah Israel membahagikan masjid itu kepada dua bahagian, satu bahagian untuk orang Islam dan satu bahagian lagi untuk penganut Yahudi.

Isu berhubung laungan azan di masjid itu telah berlarutan sejak tahun 2011 apabila seorang ahli politik Israel, Anastasia Michaeli mengusulkan satu rang undang-undang bagi mengharamkan azan di masjid-masjid dalam kawasan Israel menggunakan pembesar suara.

Dakwanya, azan mengganggu waktu tidur penduduk Israel. Namun, usul itu ditentang hebat oleh aktivis Islam yang mencadangkan penduduk Israel supaya keluar dari kawasan berkenaan sekiranya tidak tahan mendengar laungan azan.

Terbaharu, berselindung di sebalik penggalian arkeologi yang kononnya bertujuan mencari istana pertama milik Nabi Daud di Hebron dianggap salah satu daripada usaha mengusir rakyat Palestin.

Peneroka Yahudi yang memulakan proses menggali de ngan bantuan pihak berkuasa Antikuiti Israel berkata, mereka mahu menjadikan lokasi itu sebagai taman arkeologi bagi menyambut kepentingan sejarah di Tebing Barat.

Namun bagi penduduk Palestin mereka berharap suatu hari nanti Tebing Barat menjadi sebuah negara milik me reka.

Langkah ekskavasi itu adalah usaha merebut tanah dan kononnya sejarah mereka. Ia juga didakwa sebagai satu daripada cara Yahudi memadamkan sejarah rakyat Palestin dengan beranggapan mereka lebih berhak terhadap Tebing Barat.

Shuaib al-Tamimi, 22, seorang rakyat Palestin yang menyaksikan proses ekskavasi daripada pagar yang dibina mengelilingi kawasan tapak berdekatan dengan rumah ke luarganya menghina perancangan itu.

Konspirasi

"Sudah tentu terdapat barangan purba di sini, seperti kesusasteraan purba. Untuk mendakwa di sini terdapat istana Nabi Daud atau apa sahaja, ia adalah satu konspirasi dan penipuan yang besar.

"Masyarakat Yahudi datang ke sini dan menanam batu-bata di sini hanya untuk memenuhi hasrat mereka dan merampas hak kami," katanya.

Proses penggalian tersebut terletak di tanah milik Yahudi iaitu sebahagian daripada sebuah pulau melibatkan 500 peneroka Israel selain 250,000 penduduk Palestin.

Kediaman Palestin sentiasa di bawah pemerhatian tentera Israel yang sering membawa senjata automatik.

Kebanyakan negara menyifatkan penempatan Israel yang dibina pada tahun 1967 ketika perang di Asia Barat sebagai haram dan rakyat Palestin khuatir penutupan itu menafikan mereka sebagai negara maju merangkumi Baitulmuqaddis, Tebing Barat dan Gaza.

Dalam proses ekskavasi itu, kebanyakan kediaman Palestin menjadi subjek untuk dimusnahkan kerana dibina tanpa permit kerajaan Israel. Permit berkenaan amat mustahil untuk dimiliki oleh penduduk Palestin.

"Kami berpendapat, arkeologi adalah alasan untuk menutup polisi penempatan dan Israel kekurangan koordinasi dengan pihak berkuasa Palestin yang merupakan keputusan politik.

"Kami berhasrat untuk membentangkan sejarah kebudayaan Palestin sama ada Yahudi, Kristian atau Muslim sebagai sebuah sejarah penting berbanding ekskavasi berat sebelah di Hebron dan Baitulmuqaddis hanya meningkatkan konflik dan jalan penyelesaian yang sukar dicapai bersama," kata ketua di Jabatan Pihak Berkuasa Palestin Antikuiti di Ramallah.

Yahudi berniat runtuhkan Masjis al-Aqsa

Posted:

Yahudi berniat runtuhkan Masjis al-Aqsa

Yahudi berniat runtuhkan Masjis al-Aqsa


ROMBONGAN pelancong seliaan Barakah Umhaj ketika berkunjungdi Baitulmuqaddis.


YAHUDI dibawa ke masuk ke Baitulmuqaddis pada tahun 1920-an oleh British selepas kejatuhan kerajaan Khalifah Uthmaniyah.

Alasan utama mereka dibawa masuk adalah untuk beribadat. Namun, tahun demi tahun jumlah pendatang Yahudi bertambah sehingga memaksa mereka membuka penempatan baharu di Baitulmuqaddis.

Ia memberikan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk tempatan iaitu rakyat Palestin yang beragama Islam, namun ia tidak diendahkan oleh masyarakat Yahudi.

"Pada ketika itu, Yahudi menerima perlindungan daripada British. Jadi mereka berani untuk melakukan apa sahaja.

"Selepas sekian lama, kini kuasa besar iaitu Amerika Syarikat pula bersekongkol dengan mereka," kata Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Azmul Fahimi Kamaruzaman, ketika dihubungi Kosmo!.

Mengulas mengenai penggalian Istana Sulaiman oleh Israel, beliau berkata, istana tersebut wujud di bawah Masjid-al Aqsa.

Bagaimanapun jelasnya, Yahudi hanya berminat untuk meruntuhkan Masjid al-Aqsa dan Kubah Emas berbanding menghidupkan lokasi suci mereka.

"Baitulmuqaddis menjadi entiti terpenting bagi penganut agama Kristian, Islam dan Yahudi kerana ia mempunyai Baitul laham (tempat lahirnya Nabi Isa AS), Tembok Meratap (Yahudi) dan Masjid al-Aqsa serta Kubah Emas (Islam)," katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Barakah Umhaj Travel & Tours Sdn. Bhd., Zakaria Mat Ali menasihatkan umat Islam yang ingin berkunjung ke Baitulmuqaddis supaya tidak khuatir dengan keselamatan mereka sepanjang berkunjung ke sana.

Agensi pelancongannya yang aktif membawa pelancong melawat Baitulmuqaddis sejak tahun 2011 tidak pernah menghadapi sebarang masalah.

Katanya, kawalan dan rondaan daripada pihak berkuasa sememangnya wujud, bagaimanapun ia tidak mengganggu pelancong yang mengunjungi negara itu.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat