Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Program tarik minat murid Orang Asli bersekolah
- 27 keluarga terima bantuan pemimpin turun padang
- Hasani Group hulur komputer kepada rumah kebajikan
Program tarik minat murid Orang Asli bersekolah Posted: Program tarik minat murid Orang Asli bersekolah
BERSEMANGAT. Seramai 125 murid-murid Orang Asli sekitar Daerah Jeli, Kelantan menghadiri program Jalinan Bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah (PIBG) Kebangsaan Sungai Rual, Jeli, Kelantan baru-baru ini. Program yang diadakan di pekarangan sekolah itu dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Empower Ecer bertujuan memupuk minat murid-murid Orang Asli ke sekolah. Guru besar sekolah itu, Baharuddin Daud berkata, program santai itu juga memberi penerangan kepada ibu bapa Orang Asli pentingnya persekolahan kepada anak-anak mereka serta bantuan yang diberikan kerajaan. | |
27 keluarga terima bantuan pemimpin turun padang Posted: 27 keluarga terima bantuan pemimpin turun padangCHE ZULKIFLY (depan empat dari kanan) dan Mohd. Jidin (depan tujuh dari kanan) bergambar bersama penduduk kampung ketika melawat keluarga miskin di Setiu, Terengganu baru-baru ini. ZIARAH. Sebanyak 27 keluarga miskin di Kampung Banggol, Bukit Kemudu dan Kampung Buruk menerima sumbangan pada program Pemimpin Turun Padang yang diadakan di Setiu, Terengganu baru-baru ini. Program itu diterajui gandingan dua wakil rakyat iaitu Ahli Parlimen Setiu, Che Zulkifly Jusoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri Permaisuri, Datuk Mohd. Jidin Shafee. Mohd. Jidin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri berkata, melalui program itu mereka dapat mendekati dan menghulurkan bantuan secara terus kepada golongan yang memerlukan. | |
Hasani Group hulur komputer kepada rumah kebajikan Posted: Hasani Group hulur komputer kepada rumah kebajikanFADZIL (dua kiri) bergambar kenangan setelah menyerahkan komputer kepada Sahodah (kanan) di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini. PRIHATIN. Sebuah syarikat swasta, Hasani Group Sdn. Bhd. menyumbangkan satu unit komputer kepada badan amal Persatuan Ibu Tunggal dan Anak-Anak Yatim Parlimen Sungai Petani (Jatiwaja) di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini. Majlis penyerahan itu disempurnakan oleh Pengarah Urusan Hasani Group, Fadzil Ismail kepada Pengerusi Jatiwaja, Sahodah Yusof di ibu pejabat pertubuhan bukan kerajaan itu. Menurut Fadzil, sumbangan itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikatnya bagi membantu badan amal dan rumah kebajikan. Sementara itu, Sahodah mengucapkan terima kasih kepada Hasani Group dan turut mengalu-alukan sekiranya ada pihak lain yang ingin menghulurkan sumbangan dengan menghubunginya di talian 017-5389 750. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |