{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Felda kepis - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

Felda kepis - Google Blog Search


Blog Felda: <b>Felda kepis</b> - Google Blog Search - Blogger

Posted: 04 Jan 2014 12:00 AM PST

Majeran Lop (kanan) bersama anggota JPAM menunjukkan ular sawa yang ditangkap di Felda Kepis, Kuala Pilah, semalam.

KUALA PILAH 29 Okt. - Seekor ular sawa sepanjang 6.5 meter ditemukan oleh seorang pekebun sedang melingkar dalam sebatang parit dekat kawasan paya di kebunnya di Felda Kepis di sini semalam.

Leman Jamal, 64, berkata, ketika ditemukan reptilia berkenaan dipercayai baru menelan seekor babi hutan berdasarkan keadaan perut yang membulat dan saiz yang luar biasa.

"Saya sedang membersihkan ladang untuk menanam kelapa sawit dan apabila tiba di sebatang parit, saya terkejut ternampak seekor ular sawa yang besar sedang melingkar di situ.

"Saya menghubungi penyelia ladang yang datang bersama beberapa orang peneroka sebelum memberitahu pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Operasi JPAM, Sarjan Majeran Lop, 52, berkata, empat anggotanya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan pada pukul 12.15 tengah hari.

"Anggota JPAM menggunakan tali untuk menarik keluar ular sawa berkenaan. Ketika hendak menangkapnya reptilia itu bertindak agresif menyebabkan dua anggota terpaksa meloncat keluar dari kenderaan," ujarnya.

Tambah Majeran, ular itu dianggarkan seberat 120 kilogram (kg) dan akan ditempatkan buat sementara waktu di kawasan transit ular di pejabat JPAM Kuala Pilah sebelum diserahkan kepada pihak berkaitan.

"Ini merupakan kali kedua kami menangkap ular sawa yang digelar 'sawa rendam' di Felda Kepis.

" Tahun lalu, spesies yang sama sepanjang hampir 7.4 meter dan berat 140 kg berjaya ditangkap kemudian diserahkan kepada pihak pengurusan Taman Ular Sawa Ulu Bendul," katanya.

Majeran turut mengingatkan orang ramai agar tidak menangkap ular bersendirian kerana boleh mendatangkan bahaya dan dinasihatkan untuk menghubungi pihak JPAM bagi tindakan selanjutnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat