{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Hiburan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Hiburan


Karyawan anjur majlis tahlil

Posted: 12 Feb 2014 12:09 AM PST

Oleh ABD. AZIZ ITAR

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) akan menganjurkan majlis tahlil buat ahli-ahlinya yang telah meninggal dunia di Dataran Karyawan Finas, Hulu Klang di sini pada 14 Februari ini mulai pukul 6.30 petang.

Menurut Setiausaha Karyawan, Datin Paduka Julie Sudiro, majlis itu juga terbuka kepada bukan ahli-ahli Karyawan dan orang ramai yang ingin menyertai aktiviti keagamaan anjuran persatuan tersebut.

"Orang ramai juga boleh menyertai majlis ini kerana selain majlis tahlil, bekas penyanyi kumpulan Wings, Mel juga akan menyampaikan ceramah motivasi.

"Kami juga menjemput para pelajar Tahfiz Maahad Al-Quran Al Imam Syafie bagi menjayakan program itu dan bekas finalis Akademi Fantasia iaitu Salima yang akan memperdengarkan bacaan al-Quran," katanya kepada Utusan Online semalam.

Tambah Julie lagi, solat Maghrib dan Isyak berjemaah akan diadakan di situ yang mana Karyawan mensasarkan lebih 200 ahli persatuan itu akan menjayakan aktiviti anjuran Biro agama di bawah kendaliannya. - UTUSAN ONLINE

LJ umum jantina anak 5 April ini

Posted: 12 Feb 2014 12:08 AM PST

Oleh ABD. AZIZ ITAR

PETALING JAYA 12 Feb. - Pelakon Liyana Jasmay atau lebih dikenali LJ yang kini sedang sarat mengandung anak pertamanya berusia 27 minggu, akan mengumumkan jantina anaknya pada majlis khas pada 5 April ini.

Menurut pelakon filem Papadom berusia 25 tahun ini, dia sengaja merahsiakan jantina itu sebagai suatu kejutan buat pihak media massa yang akan dijemput pada majlis itu meskipun difahamkan dia sudah tahu jantina anaknya itu.

"Pada majlis itu juga akan diadakan doa selamat. Saya akan umumkan jantina anak saya selepas majlis itu nanti. Cuma buat masa ini, saya sudah ada nama panggilan untuk bayi saya itu yang diberi nama Sofi sahaja sebagai panggilan manja.

"Kami sekeluarga memang macam itu, sebelum melahirkan anak kakak saya juga pernah memberi nama manja sebelum bayinya dilahirkan," katanya pada majlis pelancaran album duetnya dengan Shaheizy Sam di sini hari ini.

Menerusi duet dengan Sam itu, LJ menyanyikan lagu Bangun dalam sebuah album single hasil gubahan Audi Mok dan ia diterbitkan syarikat rakaman Warner Music Malaysia serta ditaja oleh Nescafe. - UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat