Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- 40 keluarga terima bantuan kewangan sebanyak RM500
- Petronita sumbang mesin bantu pesakit buah pinggang
- Pelajar SMK Pusa, SK Kalok terima bantuan khas awal persekolahan RM100
40 keluarga terima bantuan kewangan sebanyak RM500 Posted: 40 keluarga terima bantuan kewangan sebanyak RM500
AGIH. Seramai 40 keluarga menerima bantuan kewangan sebanyak RM500 setiap keluarga daripada Pusat Zakat Sabah melalui tabung Zakat Asnaf Fisabillillah di Dewan Serbaguna Likas, Sabah baru-baru ini. Mereka merupakan mangsa kebakaran di Kampung Cenderamata Likas yang memusnahkan 18 buah rumah, 30 Januari lalu. Sumbangan disampaikan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid. Menurut Jainab, sumbangan tersebut bagi membantu mereka meneruskan kehidupan seharian. | |
Petronita sumbang mesin bantu pesakit buah pinggang Posted: Petronita sumbang mesin bantu pesakit buah pinggangSHARIFAH SALWA (tengah) beramah mesra dengan pesakit buah pinggang ketika hadir ke program Sentuhan Kasih Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur baru-baru ini. SUMBANGAN. Persatuan Isteri-Isteri dan Kakitangan Wanita Petronas (Petronita) menyumbang empat buah mesin dialisis automatik dan dua buah mesin hemodialisis kepada Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) baru-baru ini. Peralatan itu disampaikan oleh Presiden Petronita, Datin Sharifah Salwa Syed Kamaruddin kepada Timbalan Presiden NKF, Goh Seng Chuan pada majlis Sentuhan Kasih Tahun Baru Cina di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Pada majlis itu, 35 pesakit buah pinggang menerima angpau masing-masing. Sharifah Salwa berkata, program yang dilaksanakan sejak tahun 2005 itu merupakan aktiviti tahunan bagi meraikan golongan anak yatim, miskin serta warga emas. Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Datuk Norani Mohd. Hashim dan Pengurus Besar Kanan, Bahagian Komunikasi Strategik Petronas, Norliza Kamaruddin. | |
Pelajar SMK Pusa, SK Kalok terima bantuan khas awal persekolahan RM100 Posted: Pelajar SMK Pusa, SK Kalok terima bantuan khas awal persekolahan RM100ROHANI (tengah) bergambar kenangan bersama pelajar selepas menyampaikan bantuan khas awal persekolahan RM100 kepada pelajar SMK Pusa dan SK Kalok, Beladin, Betong, Sarawak baru-baru ini. BANTUAN. Seramai 1,036 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusa dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kalok di Beladin, Betong, Sarawak menerima wang bantuan khas awal persekolahan baru-baru ini. Majlis penyerahan bantuan itu disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim. Rohani yang merupakan Ahli Parlimen Batang Lupar berkata, bantuan tersebut bertujuan meringankan beban para ibu bapa dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak mereka. "Setiap murid atau pelajar menerima bantuan sebanyak RM100," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |