Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- SPR bersedia untuk PRK Dun Balingan
- Hina Sultan Selangor, seorang wanita ditahan
- Mahkamah Perlembagaan Thailand tolak petisyen batalkan pilihan raya
SPR bersedia untuk PRK Dun Balingan Posted: SPR bersedia untuk PRK Dun Balingan12/02/2014 10:09pm PUTRAJAYA - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian akan diadakan jika penyandangnya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menggosongkan kerusi itu sebelum 21 Jun ini. Bagaimanapun jika Taib menggosongkan kerusi itu selepas tarikh berkenaan, SPR tidak lagi perlu mengadakan sebarang pilihan raya kecil bukan sahaja di kawasan berkenaan tetapi di seluruh Sarawak. Mengikut Undang-undang Tubuh negeri pilihan raya kecil tidak akan diadakan jika terdapat sebarang kekosongan dalam tempoh dua tahun Dewan Undangan Negeri tamat tempoh. Tempoh Dewan Undangan Negeri Sarawak tamat adalah pada 20 Jun 2016 dan tempoh dua tahun bermula pada 21 Jun 2014. Abdul Aziz berkata, SPR sentiasa bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan PRK di DUN Balingian. - Bernama |
Hina Sultan Selangor, seorang wanita ditahan Posted: Hina Sultan Selangor, seorang wanita ditahan12/02/2014 9:02pm KUALA LUMPUR - Seorang wanita berusia 27 tahun ditahan baru-baru ini bagi membantu siasatan berhubung sebuah blog yang menyiarkan pautan Facebook yang didakwa mengandungi kenyataan melampau terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Penahanan wanita itu disahkan polis Selangor menerusi status akaun Facebook yang baru dimuat naik sejam yang lalu dengan mengatakan wanita itu ditahan di Sungai Jelok, Kajang. Menurut laman FB polis itu, semasa tangkapan beberapa peralatan turut dirampas bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948. Dalam blog berkenaan sebelum ini, wanita terbabit secara terbuka menghina Sultan Selangor dengan mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya. Tindakan wanita itu kemudian menyebabkan Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan satu laporan polis dibuat. - Bernama |
Mahkamah Perlembagaan Thailand tolak petisyen batalkan pilihan raya Posted: Mahkamah Perlembagaan Thailand tolak petisyen batalkan pilihan raya12/02/2014 8:54pm BANGKOK - Mahkamah Perlembagaan Thailand pada Rabu menolak petisyen untuk memutuskan mengenai kesahihan pilihan raya umum yang dibantah kumpulan-kumpulan antikerajaan. Petisyen itu dikemukakan bekas ahli parlimen Demokrat, Wirat Kalayasiri minggu lepas. Beliau juga mendesak supaya Parti Pheu Thai yang memerintah dibubarkan dan para eksekutif parti dilarang daripada menyertai politik selama lima tahun. Parti Demokrat, parti pembangkang terbesar dalam parlimen yang lalu, memulaukan pilihan raya umum 2 Febuari lepas yang dijangka dimenangi sekali lagi oleh Pheu Thai. Bagaimanapun, percubaan untuk membatalkan pilihan raya mungkin diteruskan dan lebih banyak petisyen dijangka dikemukakan pada masa akan datang. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |