Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Letusan Gunung Kelud: 294 pelajar Malaysia di Jawa Timur selamat
- Tiga rumah teres di Guar Chempedak terbakar, kerugian cecah RM400,000
- Jangan samakan PRK Balingian dengan PRK Kajang - Adenan Satem
Letusan Gunung Kelud: 294 pelajar Malaysia di Jawa Timur selamat Posted: Letusan Gunung Kelud: 294 pelajar Malaysia di Jawa Timur selamat14/02/2014 10:36pm KUALA LUMPUR - Sebanyak 294 pelajar Malaysia di Malang, Surabaya, Solo dan Yogyakarta, kawasan yang terjejas akibat letusan Gunung Kelud di daerah Magelang, Jawa Timur, dilaporkan selamat. Wisma Putra dalam kenyataan malam ini menasihatkan pelajar berkenaan supaya tinggal di dalam rumah dan mengelak daripada melakukan aktiviti luaran. Kedutaan Malaysia di Jakarta akan terus memantau keadaan, menurut kenyataan itu. Berikutan letusan terbaharu itu, rakyat Malaysia dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan atau lawatan tidak penting ke kawasan terjejas di wilayah itu atas faktor keselamatan. Wisma Putra turut meminta rakyat Malaysia yang sudah berada di kawasan itu supaya memantau keadaan dan mematuhi arahan pihak berkuasa Indonesia. Semalam, Gunung Kelud yang terletak 90km di barat daya Surabaya dan 200km dari Yogyakarta meletus sebanyak dua kali dengan mengeluarkan abu setinggi 3,000m ke udara. Pihak berkuasa Indonesia telah mengeluarkan larangan zon keselamatan dalam lingkungan 10km dari gunung tersebut dan lapangan terbang di Yogyakarta, Solo dan Surabaya ditutup sementara. - Bernama |
Tiga rumah teres di Guar Chempedak terbakar, kerugian cecah RM400,000 Posted: Tiga rumah teres di Guar Chempedak terbakar, kerugian cecah RM400,00014/02/2014 10:11pm YAN - Tiga keluarga yang berjiran di Taman Lambaian Jerai, Guar Chempedak di sini kerugian kira-kira RM400,000 selepas rumah teres yang mereka diami musnah dalam kebakaran, hari ini. Kejadian pada kira-kira 8.40 pagi itu, ketiga-tiga rumah tersebut hangus kira-kira 80 peratus. Tiada kemalangan jiwa kerana penghuni rumah sempat menyelamatkan diri. Seorang saksi yang juga jiran belakang rumah mangsa, Asiah Teha, 46, berkata, ketika kejadian anaknya, Nor Asyirah Sharin, 9, terlihat asap dari dapur sebuah daripada rumah berkenaan. Katanya, beliau kemudian bergegas ke belakang rumah tersebut dan terdengar bunyi letupan di bahagian dapur lalu segera memaklumkan tentang kebakaran itu. "Saya panik dan ketuk pintu dapur rumah jiran tetapi tiada sebarang jawapan. "Bila jenguk melalui tingkap saya ternampak anak lelaki jiran saya sedang tidur nyenyak dan terus mengejutkannya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini. - Bernama |
Jangan samakan PRK Balingian dengan PRK Kajang - Adenan Satem Posted: Jangan samakan PRK Balingian dengan PRK Kajang - Adenan Satem14/02/2014 9:30pm KUCHING - Bakal Ketua Menteri Sarawak yang kelima, Tan Sri Adenan Satem mengatakan Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)Balingian tidak boleh disamakan dengan PRK DUN Kajang. Adenan berkata, senario dua pilihan raya kecil itu adalah berbeza dan adalah tidak wajar menyatakan PRK Balingian akan membazirkan wang rakyat. Menurut Adenan, pilihan raya kecil Kajang diadakan berikutan peletakan jawatan secara sengaja oleh penyandangnya, Lee Chin Cheh dari PKR pada 27 Januari lepas, untuk memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi itu. "Pilihan raya kecil kerusi Balingian berbeza sekali kerana ia akan diadakan sebab Ketua Menteri (Tan Sri Abdul Taib Mahmud) terpaksa meletakkan jawatan sekiranya beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri," jelas beliau pada sidang akhbar di sini, hari ini. Setakat ini, belum dipastikan sama ada PRK Balingian akan diadakan berikutan belum ada keputusan sama ada Taib bakal dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri bagi mengganti Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |