Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- Thailand usir 1,300 etnik Rohingnya
- Putin harap El-Sissi menang presiden
- Clark didenda RM53,208 kerana bunuh anak ikan jerung
Thailand usir 1,300 etnik Rohingnya Posted: Thailand usir 1,300 etnik RohingnyaREUTERS BANGKOK - Kerajaan Thailand mengusir 1,300 orang pelarian Rohingnya kembali ke Myanmar, kata seorang pegawai tinggi negara ini semalam. Tindakan itu sekali gus mengabaikan amaran yang dilancarkan aktivis-aktivis kemanusiaan di dunia bahawa etnik Rohingya ditindas di Myanmar. Ribuan etnik Rohingya yang dilabelkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai antara penduduk minoriti yang paling ditindas di dunia telah melarikan diri dari barat Myanmar dengan menaiki bot sejak tahun 2012. Kebanyakan etnik Myanmar yang beragama Islam itu menuju ke Malaysia. Kira-kira 2,000 orang pelarian Rohingya yang tiba di Thailand dikurung di dalam penjara imigresen yang sesak. Terdapat juga pelarian itu ditempatkan di pusat-pusat perlindungan wanita dan kanak-kanak. Ketua Imigresen Thailand, Leftenan Jeneral Pharnu Kerdlarpphon berkata kepada agensi berita AFP, Thailand mula mengusir pelarian itu sejak September tahun lalu dengan menggunakan pintu pemeriksaan sempadan di wilayah Ranong. Bagaimanapun, tindakan itu diselar para aktivis kerana etnik Rohingnya akan menghadapi sekatan perjalanan, menjadi buruh paksa dan tidak menerima kemudahan akses pendidikan serta kesihatan. Seorang penyelidik kanan sebuah pertubuhan hak asasi manusia, Sunai Phasuk dari Human Right Watch berkata, pengusiran pulang itu melanggar undang-undang antarabangsa kerana ia akan menyebabkan etnik Rohingya berdepan dengan bahaya dan penindasan. Lebih 200 orang terbunuh dan 140,000 orang lagi hilang tempat tinggal ekoran rusuhan agama berlaku melibatkan etnik Rohingya di negeri Rakhine, Myanmar. - Agensi | |
Putin harap El-Sissi menang presiden Posted: Putin harap El-Sissi menang presiden
MOSCOW - Presiden Rusia, Vladimir Putin berharap Ketua Tentera Mesir, Abdel-Fattah El-Sissi akan menjadi presiden Mesir menerusi pilihan raya, lapor agensi berita AP semalam. Menurut beberapa laporan berita, Putin mengetahui keputusannya untuk bertanding pada pilihan raya presiden Mesir. El-Sissi menjadi terkenal selepas Mohamed Morsi digulingkan tentera menerusi rampasan kuasa pada Julai tahun lalu. Beliau dijangka mengumumkan penyertaannya sebagai calon pilihan raya presiden. Pilihan raya itu akan diadakan pada April depan. Ek-Sissi kini berada di Moscow untuk melakukan lawatan pertama selepas Morsi digulingkan tentera. - AP | |
Clark didenda RM53,208 kerana bunuh anak ikan jerung Posted: Clark didenda RM53,208 kerana bunuh anak ikan jerungAFP SYDNEY - Seorang lelaki, Justin Clark didenda sebanyak AS$16,000 (RM53,208) kerana membunuh seekor anak ikan jerung putih pada Januari 2012, kata beberapa pegawai semalam. Dia membunuh haiwan itu apabila botnya melanggar ikan tersebut. Anak ikan jerung itu kemudian dipukul dengan menggunakan tiang logam di sebuah kawasan air laut cetek di Sussex Inlet, selatan Sydney. Jerung putih merupakan spesies yang dilindungi dan kerajaan mengharamkan sama ada menangkap, menyimpan, membeli, menjual, memiliki atau menyeksa haiwan itu. - AFP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |