Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
50 maut kerana hujan lebat dan tanah runtuh Posted: 10 Feb 2014 10:14 AM PST BUJUMBURA, Burundi 11 Feb. - Sekurang-kurangnya 50 orang maut ekoran hujan lebat dan tanah runtuh yang melanda Burundi, kata seorang pegawai semalam. Menurut pegawai itu lagi, angka kematian dijangka akan meningkat. Hujan yang bermula sejak malam kelmarin dan menyebabkan banjir di beberapa kawasan utara ibu kota Bujumbura itu turut mencederakan beberapa orang penduduk negara tersebut. - REUTERS |
Presiden Romania didenda kerana burukkan rakyat sendiri Posted: 10 Feb 2014 10:10 AM PST BUCHAREST, Romania 11 Feb. - Sebuah agensi di Romania mendenda Presiden negara tersebut sebanyak AS$185 (RM616) semalam kerana didakwa mengatakan rakyatnya malas bekerja dan menyara hidup dengan mencuri. Bagaimanapun Majlis Kebangsaan Memerangi Diskriminasi enggan mengambil tindakan kerana Presiden Traian Basescu didakwa membuat kenyataan tersebut di luar negara, semasa satu sidang akhbar di Slovenia pada 2010. Namun, Mahkamah Tinggi telah mengarahkan sebuah badan bebas dibawah kawalan Parlimen untuk mengambil kes tersebut dan beliau didenda atas tuduhan memburukkan rakyat Romania. - AP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |