Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Rakyat Kemboja dipenjara sabit kesalahan perdagangkan manusia Posted: 11 Feb 2014 09:58 AM PST PHNOM PENH 12 Feb. - Seorang rakyat Kemboja yang terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun, semalam, selepas menghantar tiga orang gadis dari negara ini ke Malaysia untuk menjadi pelacur, dan berjanji menawarkan mereka pekerjaan di kilang pakaian dengan gaji yang lumayan, tahun lalu. Hakim Mahkamah Perbandaran, Keo Mony berkata, Sok Panha yang turut dikenali sebagai Voung, 36, didapati bersalah `menjual, membeli dan menukar manusia dengan mempunyai maksud di bawah undang-undang Penindasan Pemerdagangan Manusia dan Eksploitasi Seksual. Sementara itu, Ketua Penyeludupan Anti-Manusia dan Unit Perlindungan Juvana Kemboja, Kolonel So Mandy berkata, pihaknya berjaya menahan Panha pada 20 Ogos tahun lalu, selepas menerima maklumat daripada tiga mangsa berkenaan, yang berjaya meloloskan diri daripada rumah pelacuran di Malaysia. - AGENSI |
Pakistan: Serangan bom bunuh 10 pengunjung panggung wayang Posted: 11 Feb 2014 09:56 AM PST PESHAWAR, Pakistan 11 Feb. - Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan 16 yang lain cedera dalam satu serangan bom tangan di sebuah panggung wayang yang terletak di wilayah barat laut negara ini, semalam. Insiden di panggung wayang Shama, auditorium yang menayangkan filem pornografi itu berlaku selepas 11 hari serangan sama di beberapa panggung wayang di bandar yang sama. "Pada awalnya, kami dapati ada dua letupan iaitu di dalam dewan panggung wayang Sharma yang disebabkan oleh bom tangan," kata pegawai polis Najib-ur-Rehman. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |