Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Menteri Jerman rela letak jawatan ekoran bahan pornografi Posted: 14 Feb 2014 01:28 PM PST BERLIN 15 Feb. - Menteri Pertanian Jerman, Hans-Peter Friedrich mengumumkan, beliau rela meletak jawatannya hari ini ekoran pembocoran maklumat sulit tentang siasatan berkenaan pemilikan bahan pornografi kanak-kanak, menurut laporan media. Oktober tahun lalu, Friedrich bertindak memberitahu Pengerusi Parti Sosial Demokrat, Sigmar Gabriel tentang penyiasatan terhadap Ahli Parlimen, Sebastian Edathy kerana disyaki memiliki bahan pornografi berkenaan. Edathy yang baharu meletak jawatan minggu lalu menolak dakwaan tersebut, manakala Friedrich percaya tindakannya itu tidak melanggar undang-undang. Namun begitu, beliau bersedia meletak jawatan sekiranya pihak pendakwa tidak bersetuju dengan tindakannya. - REUTERS |
Ketua Menteri Delhi letak jawatan Posted: 14 Feb 2014 12:00 PM PST MUMBAI 15 Feb. - Ketua Menteri Delhi, Arvind Kejriwal mengumumkan peletakan jawatan semalam, bagi membantah sekatan yang dikenakan terhadap satu rang undang-undang anti rasuah. Kejriwal yang baharu sahaja mengambil alih jawatan itu 49 hari lalu mengumumkan perkara terbabit dalam satu perhimpunan bersama penyokongnya, di sini. Sebelum ini, beliau menggesa supaya rang undang-undang anti rasuah segera dibentangkan dan diluluskan, tetapi Parti Kongres dan parti pembangkang, Bharatiya Janata memberitahu, rang undang-undang itu mesti diluluskan oleh kerajaan pusat. - REUTERS |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |