{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Mahkamah

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Mahkamah


Bertembung dengan penceroboh bukan langkah bijak - Saksi

Posted: 14 Feb 2014 11:13 AM PST

KOTA KINABALU 14 Feb. — Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bertembung dengan penceroboh dalam serangan di Kampung Tanduo, Lahad Datu semasa Operasi Tinjau Rapat pada 1 Mac tahun lalu bukan merupakan langkah bijak untuk dilakukan oleh anggota komando VAT69.

Semasa ditanya oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sama ada adakah bijak untuk berbuat demikian berdasarkan pengalamannya dan melihat kepada situasi semasa menjalankan operasi di kampung itu, Deputi Supritendan Hakemal Hawari menjawab: Tidak.

Hakemal, yang mengetuai satu daripada lima pasukan untuk menjalankan tinjau rapat di sektor A di Kampung Tanduo menjelaskan, menjalankan operasi merupakan satu-satunya arahan diberikan Komander Operasi Taktikal, Datuk Abdul Rashid Harun.

''Kami tidak membuat membuat persiapan untuk bertembung dengan penceroboh,'' katanya.

ABDUL GANI: Adakah Datuk Abdul Rashid katakan secara spesifik syarat pertembungan sekiranya anda bertemu dengan penceroboh?

HAKEMAL: Ya.

ABDUL GANI: Apakah syaratnya?

HAKEMAL: Kami diarahkan untuk tidak bertembung dengan pihak penceroboh dengan melepaskan sebarang tembakan kecuali pihak kami diserang.

Hakemal, yang mengetuai 33 anggota dan pegawai termasuk dirinya memberitahu mahkamah bahawa pasukannya turut membawa alat pandang malam atau 'night vision goggles' dan alat pengimbas ringan atau 'thermal imagers' semasa mereka meninjau di kawasan ditetapkan di Kampung Tanduo pada kira-kira 1.30 pagi, 1 Mac.

Katanya, kedua-dua alat itu penting dalam menjalankan Operasi Tinjau Rapat pada waktu malam.

Terdahulu, Hakemal berkata, beliau turut mengambil gambar-gambar kawasan Kampung Tanduo dari pelbagai sudut melalui udara dan laut pada 16 Februari tahun lalu.

Katanya, beliau turut menjalankan tinjauan di Kampung Tanduo lima hari kemudiannya dengan Abdul Rashid, Komander Briged Pasukan Gerakan Am Sabah, Datuk Ahmad Marzuki Mohd. Saad dan beberapa pegawai dan anggota.

Sebanyak 30 tertuduh terdiri 27 warga Filipina dan tiga penduduk tempatan dibicarakan dalam kes ini.

Mereka berdepan pelbagai tuduhan iaitu menjadi anggota kumpulan pengganas atau melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, merekrut anggota untuk kumpulan pengganas atau melindungi individu yang mereka tahu adalah anggota kumpulan pengganas.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 12 Februari dan 10 April 2013.

Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung, yang diadakan di Jabatan Penjara Sabah, bersambung 17 Februari ini. — BERNAMA

Hakim lain kendali kes Raja Nong Chik saman Nurul Izzah

Posted: 14 Feb 2014 11:13 AM PST

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan bekas menteri, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin supaya kes saman fitnahnya terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, didengar di hadapan hakim lain.

Permohonan melucutkan kelayakan Hakim Datin Yeoh Wee Siam itu dibuat secara lisan melalui peguam Ellia Zuraini Mat Zain yang mewakili Raja Nong Chik setelah hakim itu sebelum ini mendedahkan bahawa beliau merupakan pengundi berdaftar di Lembah Pantai.

Ekoran perkembangan tersebut, kes itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Rosnaini Saub pada suatu tarikh yang akan ditentukan kemudian.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu memfailkan saman pada 17 Julai tahun lalu terhadap Nurul Izzah berhubung dakwaan urus niaga pembelian 4.85 hektar tanah bernilai tinggi di Bukit Kiara.

Selain Nurul Izzah, 34, Raja Nong Chik, 61, menamakan syarikat Mkini Dotcom Sdn. Bhd. selaku pemilik portal berita Malaysiakini, dan wartawannya, Lu Wei Hoong masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Nong Chik menyatakan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pada 4 Mei 2013 telah mendakwa kononnya beliau terlibat dengan urusan pindah milik tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Bukit Kiara yang telah diberikan kepada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

Beliau mendakwa, pernyataan fitnah kedua dan ketiga kemudian telah dibuat serta diterbitkan di laman web www.malaysiakini.com pada tarikh yang sama bertajuk, Nurul persoal RNC dalam urus niaga RM475 juta dan Nurul queries Nong Chik's role in RM475mil deal.

Menurut plaintif, pihak defendan menyatakan, perkataan-perkataan itu membawa maksud antaranya, beliau tidak jujur, terlibat dalam kegiatan rasuah dan tidak boleh dipercayai.

Justeru itu, Raja Nong Chik menuntut ganti rugi teruk dan teladan serta memohon perintah injunksi agar pihak defendan tidak menerbitkan sebarang perkataan fitnah serta perintah memaksa mereka membuat permohonan maaf berdasarkan terma yang dipersetujui oleh beliau.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat