Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Posted: 05 Feb 2014 10:48 AM PST Gambar fail bertarikh 6 Mac tahun lalu, menunjukkan tentera Israel menahan seorang remaja Palestin selepas matanya disembur dengan penyembur lada di Kampung Qusin, berat Nablus, utara Tebing Barat. - AGENSI BAITULMAQDIS 5 Feb. - Palestin mendedahkan, lebih 4,800 rakyatnya termasuk kanak-kanak dan wanita masih ditahan di pusat-pusat tahanan rejim tersebut. Ketua Jabatan Bancian di Kementerian Tahanan Palestin, Abdul Nasser Ferwana semalam berkata, semua tahanan ditempatkan di 17 buah penjara, pusat tahanan dan pusat soal siasat. Kebanyakan mereka ditahan kerana terlibat menentang penjajahan Israel ke atas Palestin atau Intifada al-Aqsa pada bulan September tahun 2000," katanya. Abdul Nasser menjelaskan, sejak itu juga, tentera Israel telah menculik dan menahan lebih 10,000 kanak-kanak Palestin. Tambahnya, rejim Yahudi itu turut menahan kira-kira 11,034 rakyat Palestin termasuk 2,500 kanak-kanak sejak tiga tahun lalu. Abdul Nasser berkata, seramai 150 individu yang ditahan di penjara Israel, tidak diberi akses guaman atau dibicarakan, sementara sebanyak 12 Ahli Parlimen Palestin turut ditahan. Jelas beliau lagi, para tahanan bukan sahaja dilayan dengan teruk, malah terdapat kira-kira 1,500 daripada mereka kini menderita pelbagai penyakit serius termasuk kanser. Katanya, ada di antara tahanan turut hilang upaya dan sebanyak 250 tahanan dilaporkan maut akibat penyeksaan semasa soal siasat, kekurangan bekalan perubatan dan penggunaan kekerasan melampau oleh tentera sejak 1967. - AGENSI |
PBB bimbang kebuntuan politik Thailand Posted: 05 Feb 2014 10:48 AM PST Jalan Silom yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong, terpaksa ditutup berikutan tunjuk perasaan antikerajaan yang diadakan setiap hari di Bangkok, Thailand, semalam. - REUTERS BANGKOK 5 Feb. - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak akan membiarkan sebarang tindakan yang membelakangkan proses demokrasi di Thailand, berikutan kegagalan pilihan raya umum negara ini mencapai sebarang keputusan hujung minggu lalu. Setiausahanya, Ban Ki-moon berkata, beliau bimbang dengan tindakan menghalang pengundian pada Ahad lalu dan menggesa semua pihak terlibat menyelesaikan perselisihan menerusi dialog. "Sebarang tindakan membelakangkan demokrasi dan menghalang hak demokrasi rakyat Thai, tidak akan dibiarkan," katanya. Ahad lalu, ribuan penunjuk perasaan antikerajaan menghalang penyerahan kertas undi ke pusat-pusat pengundian, mengakibatkan pilihan raya terpaksa dibatalkan di hampir 10 peratus daripada 90,000 pusat pengundian di seluruh negara. PBB pula dalam satu kenyataan menjelaskan, Ki-moon memahami situasi sukar di Thailand, ditambah dengan tindakan sesetengah pihak yang memulaukan pilihan raya berkenaan. Bantahan antikerajaan dianjurkan Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat (PDRC) diadakan setiap hari di Bangkok sejak tiga bulan lepas bagi memaksa Perdana Menteri sementara, Yingluck Shinawatra dan Kabinetnya meletak jawatan. Kumpulan itu menggesa satu kerajaan baharu sementara dilantik sebelum pilihan raya baharu diadakan. Banyak pihak bimbang, kebuntuan politik tersebut bakal menyaksikan satu lagi rampasan kuasa oleh tentera yang sebelum ini pernah dilaksanakan sebanyak 18 kali. - DPA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |