Utusan Online - Mahkamah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Mahkamah |
Rayuan kes Khir Toyo ditangguhkan Posted: 05 Feb 2014 06:18 PM PST PUTRAJAYA 6 Feb. - Rayuan terakhir bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo yang sepatutnya didengar hari ini oleh Mahkamah Persekutuan, ditangguhkan ke tarikh lain. Ketua Bahagian Komunikasi Korporat Mahkamah Persekutuan, Mohd. Aizuddin Zolkeply memaklumkan kepada pemberita bahawa kes itu ditangguh atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Katanya tarikh baharu bagi rayuan itu akan ditetapkan kemudian oleh mahkamah. Mohamad Khir merayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara setahun selepas didapati bersalah atas tuduhan mendapatkan untuk beliau dan isteri, dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai jutaan ringgit di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. - UTUSAN ONLINE |
Posted: 05 Feb 2014 10:48 AM PST Oleh SHAHRINNAHAR LATIB MOHD. Azreey Ramlan ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuantan, Pahang, semalam. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN KUANTAN 5 Feb. - Seorang anggota polis berpangkat lans koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan menerima rasuah daripada warga Indonesia bagi menyalurkan maklumat mengenai operasi Jabatan Imigresen, dua tahun lalu. Mohd. Azreey Ramlan, 27, yang bertugas di Pondok Polis Sri Makmur, Pekan mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Hakim Nik Nasimah Nik Mohammad. Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa memperoleh suapan wang tunai RM300 daripada Herman Sandika dan seorang lagi dikenali sebagai Wahyudi bagi memaklumkan maklumat awal operasi tangkapan tersebut kepada mereka dan lapan lagi rakan mereka yang dikatakan tidak mempunyai permit kerja yang sah. Kesalahan itu didakwa dilakukan oleh tertuduh kira-kira pukul 4 petang, 30 November 2012 di sebuah rumah kongsi tidak bernombor di Kampung Belimbing, Pekan. Bagi pertuduhan kedua, Mohd. Azreey didakwa memperoleh suapan wang tunai RM300 daripada Herman bagi tujuan serupa kira-kira pukul 7.50 malam pada tarikh dan tempat yang sama. Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi. Nik Nasimah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 berserta seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 19 Februari ini. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Syafinas Shabudin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Dalam kes berasingan, seorang kerani Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerima dan meminta rasuah daripada seorang lelaki warga Pakistan, tahun lalu. Syed Firman Mohsin Syed Affendy, 30, didakwa bersetuju untuk menerima rasuah wang tunai RM500 daripada Amir Naveed Muhammad Hussain sebagai dorongan supaya tertuduh tidak melakukan tangkapan terhadapnya pada pukul 2.30 petang, 27 April tahun lalu di Kampung Razali dekat sini. Tertuduh turut didakwa secara rasuah meminta RM6,000 daripada Amir Naveed menerusi panggilan telefon di sini supaya tidak menahan lelaki itu serta menguruskan pasport dan permit kerja Zaryab Rasyeed kira-kira pukul 5.15 petang, 23 April tahun lalu. Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi. Syed Firman Mohsin diwakili peguam Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 26 Februari ini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Mahkamah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |