{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


PBB tidak akan berpecah - Fatimah

Posted: 10 Feb 2014 10:55 PM PST

KUCHING 11 Feb. - Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB) tidak akan berpecah setelah Presidennya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud meletak jawatan sebagai Ketua Menteri, kata Timbalan Ketua Wanita PBB, Datuk Fatimah Abdullah.

Beliau berkata, keharmonian di dalam parti itu akan kekal stabil walaupun Sabtu lepas Taib mengumumkan akan meletakkan jawatannya pada akhir bulan ini.

Fatimah yang juga Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga negeri berkata, parti tunjang BN di peringkat negeri itu akan terus bersatu dan kuat walau siapa pun dipilih menjadi ketua menteri yang baharu.

"Di dalam PBB wujud semangat yang kuat untuk kami bersatu mempertahankan keharmonian dan kekuatan parti bagi memastikan ia terus menjadi parti tunjang BN di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sentuhan Kasih Tahun Baharu Cina Petronas di sini hari ini.

Mengulas penolakan terhadap cadangan UMNO dikembangkan ke negeri ini, beliau menegaskan pendirian PBB ialah peranan yang dimainkan UMNO di Semenanjung sama dengan peranan yang dimainkan PBB di Sarawak.

Fatimah berkata, selama ini PBB telah membuktikan keupayaannya dalam memelihara kepentingan kaum Bumiputera di negeri ini serta dapat bekerjasama dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri.

"Malah PBB sebuah parti politik yang sangat dihormati parti komponen BN yang lain kerana ia diterima dengan baik oleh rakyat di negeri ini dan bukti itu dapat dilihat dengan bilangan kerusi yang dimenanginya pada setiap pilihan raya," katanya.

Menurutnya, PBB bersama-sama dengan parti komponen BN yang lain, iaitu Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berjaya berfungsi sebagai sebuah pasukan yang mantap dalam mentadbir negeri ini.

"Oleh sebab itu tidak perlu bagi UMNO mengembangkan sayapnya ke negeri ini," katanya.

Sementara itu, mengulas spekulasi yang menyatakan Menteri Tugas-tugas Khas di Pejabat Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem bakal dilantik sebagai Ketua Menteri yang baharu, Fatimah meminta rakyat negeri ini bersabar menunggu pengumuman daripada Taib sendiri mengenai perkara itu. - BERNAMA

Pengganti Taib diumum Sabtu?

Posted: 10 Feb 2014 10:44 AM PST

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my

Ahmad Zahid Hamidi bersama Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Datuk Mustafa Ibrahim (kanan) menyemat Pingat Timbalan Ketua Kehormat kepada Abdul Taib Mahmud ketika sambutan Hari Ulang Tahun Rela ke- 42 Peringkat Negeri Sarawak di Kuching semalam. - UTUSAN/MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA

KUCHING 10 Feb. - Tanda tanya siapakah yang bakal dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu masih belum berakhir apabila Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak membuat sebarang pengumuman walaupun beliau dikatakan akan berbuat demikian hari ini.

Sebaliknya, Abdul Taib memberikan 'petunjuk' baharu iaitu nama penggantinya akan diumumkan selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng pada Sabtu ini.

Beliau memberikan alasan perlu mematuhi protokol dengan memohon perkenan nama calon pilihan terlebih dahulu.

Sambil memberi bayangan bahawa beliau sendiri sebenarnya sudah tidak sabar untuk menyumbang kepada negara secara lebih santai, Ketua Menteri selama 33 tahun itu menegaskan pengumuman nama pengganti tidak perlu dibuat secara tergesa-gesa.

"Tidak..tidak (tiada pengumuman calon), saya perlu masa dan mematuhi protokol. Saya akan jumpa TYT (Yang Dipertua Negeri Sarawak) pada 15 Februari ini.

"Pada masa sama, saya juga tidak sabar untuk melakukan perkara bermanfaat kepada negara dalam keadaan lebih santai pada masa hadapan. Tidak perlu tergesa-gesa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Ulang Tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Ke-42 Peringkat Negeri Sarawak di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pembangunan Industri negeri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Dalam majlis itu, Ahmad Zahid menganugerahkan pingat Timbalan Ketua Kehormat Rela kepada Abdul Taib.

Sementara itu, petugas media mula berkampung di Wisma Bapa Malaysia yang menempatkan pejabat Ketua Menteri sejak pukul 9.30 pagi selepas menerima maklumat Abdul Taib mengadakan pertemuan bersama Ahmad Zahid dan Khalid bagi membincangkan soal pilihan raya negeri.

Namun, Ahmad Zahid dalam sidang akhbar selepas itu menafikan pertemuan dengan Abdul Taib membincangkan soal pilihan raya sebaliknya berkisar kepada isu keselamatan di negeri ini.

Kenyataan itu disokong oleh Awang Tengah yang menjelaskan, pertemuan antara kerajaan negeri dan Ahmad Zahid adalah pertemuan yang biasa diadakan dari semasa ke semasa bagi membincangkan isu keselamatan.

Terdahulu, Ahmad Zahid menganugerahkan pingat Timbalan Ketua Kehormat Rela kepada Abdul Taib.

Abdul Taib dalam ucapan pula memberitahu, kerajaan negeri bersetuju meluluskan tapak yang sesuai untuk membina Ibu Pejabat Rela di negeri ini.

Beliau juga bersetuju memberi peruntukan berjumlah RM250,000 kepada Rela untuk membeli uniform digital bagi 90 peratus daripada 290,000 anggota Rela yang belum menerimanya di negeri ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat