{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Nasib anak yatim piatu terbela

Posted: 02 Feb 2014 10:13 AM PST

Oleh ADNAN MOHAMAD
utusanterengganu@utusan.com.my

Sabri Mohd. Nor (tiga dari kanan) ketika melawat keluarga Mohd. Azmi Khairudin (dua dari kiri) yang kini menanggung tiga orang adiknya di Kampung Langkap Sungai Tong, Setiu, baru-baru ini. Turut kelihatan, Mohd. Azizi Khairudin (kanan).

SETIU 2 Feb. - Seorang anak yatim piatu yang tercicir dari alam persekolahan sejak empat tahun lalu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Datuk Sabri Mohd. Nor yang bersedia membantunya bersekolah semula.

Pelajar malang itu, Mohd. Azizi Khairudin, 15, tinggal di Kampung Langkap, Sungai Tong di sini bersama tiga lagi abangnya iaitu Mohd. Azmi, 29, Mohd. Azam, 26, dan Mohd. Azizul, 18.

Bapa mereka, Khairudin Mat Saman, seorang penoreh getah meninggal dunia 10 tahun lalu akibat penyakit paru-paru berair manakala ibu mereka, Rohana Awang, 46, meninggal dunia lebih sebulan lalu kerana kanser payu dara.

Mohd. Azizi yang pernah bersekolah setakat tahun lima di Sekolah Kebangsaan Merbau Menyusut dekat sini terpaksa berhenti sekolah kerana kemiskinan keluarga.

Dalam pada itu, Sabri berkata, pihaknya bersimpati dengan nasib Mohd. Azizi dan kerana itu, beliau akan berusaha bagi menempatkan semula remaja itu di sekolah.

"Saya akan jumpa dan berbincang dengan PPD mengenai masalah Mohd. Azizi ini dan jika dia diterima sekolah semula, saya akan sumbang pakaian seragam serta peralatan sekolah lain. Saya simpati dengan Mohd. Azizi kerana dia bukan setakat hilang ibu bapa malah juga terbantut dalam pelajaran dan tiada masa depan," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Baru-baru ini, Sabri yang juga Pengerusi Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) negeri bersama Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Langkap, A. Rahman Mamat mengunjungi keluarga berkenaan.

Dalam lawatan itu, Sabri turut menghulurkan RM1,500 untuk perbelanjaan harian termasuk bayaran bil elektrik dan air yang tertunggak sejak beberapa bulan lalu.

Pada masa ini, Mohd. Azmi yang masih bujang menjadi ketua keluarga dengan menyara tiga adiknya termasuk Mohd. Azizi hasil pendapatan mengambil upah menoreh getah.

Menurut Mohd. Azmi, adiknya, Mohd. Azizul tidak berupaya melakukan sebarang pekerjaan kerana kaki kanannya dipotong akibat kanser tulang sejak tiga tahun lalu.

"Saya dan adik-adik mengucapkan setinggi terima kasih kepada Datuk Sabri yang sedia bantu kami, sekurang-kurangnya sebagai pengubat segala kesengsaraan yang kami tanggung," katanya.

RM1.8j untuk Parlimen Kubang Kerian

Posted: 02 Feb 2014 10:13 AM PST

Mohamed Che Noh (kanan) mengagihkan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2014 kepada ibu bapa di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1, Kota Bharu, baru-baru ini.

KOTA BHARU 2 Feb. - Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM1.8 juta untuk Bantuan Khas Awal Persekolahan 2014 bagi kawasan Parlimen Kubang Kerian.

Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Bahagian Kubang Kerian, Mohamed Che Noh berkata, bantuan itu diagihkan secara berperingkat sejak dua minggu lalu.

"Di Parlimen Kubang Kerian terdapat 30 sekolah iaitu 22 sekolah rendah dan lapan sekolah menengah. Kita akan pastikan seramai 18,385 pelajar di 30 sekolah itu menerima bantuan ini mengikut jadual pengagihan," katanya selepas mengagihkan bantuan RM117,700 kepada 1,377 murid SK Kubang Kerian 1 di sini baru-baru ini.

Mohamed berkata, pengagihan bantuan itu diselesaikan dalam masa terdekat bagi membantu mengurangkan tanggungan ibu bapa.

"Setakat ini, bantuan tersebut diagih kepada lapan sekolah dan program ini boleh dikatakan berjalan setiap hari," katanya.

Beliau berkata, penerima paling ramai bantuan bagi kategori sekolah rendah di parlimen tersebut adalah Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3 iaitu 1,311 murid.

200 nelayan terjejas pasir timbun muara sungai

Posted: 02 Feb 2014 10:13 AM PST

ZALUZI Sulaiman (tiga dari kiri) meninjau kerja-kerja mengalihkan timbunan pasir di Kampung Kuala Pak Amat, Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

KOTA BHARU 2 Feb. - Lebih 200 nelayan kecil dari tujuh kampung di sini putus mata pencarian selepas muara sungai di Kampung Kuala Pak Amat yang menjadi laluan mereka ke laut sebelum ini ditimbun pasir akibat ombak kuat ketika musim tengkujuh baru-baru ini.

Antara nelayan yang terlibat dengan masalah tersebut adalah terdiri daripada mereka dari Kampung Baharu, Pulau Gorek, Pulau Panjang, Baung, Teluk Luas, Lepan Pari dan Tok Sadang.

Seorang nelayan dari Kampung Baharu, Abdullah Mohammad, 35, berkata, dia sudah tiga minggu tidak dapat turun ke laut kerana tidak mempunyai laluan selepas muara sepanjang 100 meter itu ditimbus dengan pasir sekali gus telah menjejaskan pendapatannya.

"Inilah satu-satunya sumber rezeki saya. Masalah ini sememangnya menjejaskan sumber pendapatan yang selama ini hanya bergantung harap kepada kerja menangkap ikan," katanya.

Sementara itu, masalah yang dihadapi nelayan berkenaan telah mendapat perhatian Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Zaluzi Sulaiman yang turun padang meninjau sendiri keadaan yang berlaku di kawasan terbabit.

"Sebagai langkah jangka pendek, saya telah menyewa dua buah jengkaut untuk mengalihkan timbunan pasir ini bagi membolehkan bot-bot nelayan melalui muara berkenaan.

"Saya akan berusaha dan bertemu dengan pihak yang bertanggungjawab bagi menyelesaikan masalah ini daripada terus berulang pada masa hadapan," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat