{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


KKKT bantu pemandu teksi

Posted: 04 Feb 2014 11:29 AM PST

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 4 Feb. - Sejajar dengan namanya, Kolej Komuniti Kuala Terengganu (KKKT) terus memainkan peranan lebih meluas dalam masyarakat termasuk membantu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pemandu teksi di daerah ini.

Langkah itu bagi membolehkan pemandu teksi selaku kalangan mereka yang berada di 'barisan hadapan' dalam industri pelancongan berupaya berinteraksi dengan baik dan memahami keperluan pelancong.

Ini akan memberi lebih keselesaan kepada pelancong, sekali gus membantu meningkatkan imej negeri ini dengan layanan menggembirakan.

KKKT dalam kenyataannya memberitahu, pihak kolej telah memulakan langkah awal dengan mengadakan kursus asas Bahasa Inggeris Komunikasi kepada 45 orang pemandu teksi.

"Ini melibatkan kursus hujung minggu dan sesi pertama pada 17 dan 18 Januari lalu, diikuti sesi kedua pada 24 dan 25 Januari.

"Penyampaian sijil buat para peserta akan diadakan esok di Stesen Teksi Tanjung Dataran Shahbandar, disempurnakan Pengerusi KKKT, Datuk Mohd. Sabri Alwi," kata kenyataan itu.

Majlis itu sempena dengan Upacara Perasmian Kolaborasi Persatuan Pemandu Teksi Kuala Terengganu dengan KKKT.

Menurut kenyataan itu lagi, walaupun dalam tempoh yang singkat, para peserta menunjukkan keyakinan untuk berbahasa Inggeris bagi memberi penjelasan mudah mengenai soal pengangkutan dan tempat yang dituju oleh pelancong asing.

"Langkah awal telah menunjukkan impak yang baik dan ini mendorong pihak kolej untuk memperluaskan kursus ini dengan melibatkan mereka yang berada di daerah lain.

"Di samping itu juga pihak kolej akan turut mengadakan kursus yang serupa kepada para pemandu dan pengusaha bot pelancongan di Kuala Besut tidak lama lagi," ujar kenyataan itu.

MAIK agih zakat RM3.28 juta dalam tempoh sebulan

Posted: 04 Feb 2014 11:29 AM PST

KOTA BHARU 4 Feb. - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengagihkan zakat sebanyak RM3.28 juta kepada golongan asnaf yang layak menerima bantuan itu.

Timbalan Yang Dipertua MAIK, Datuk Kamarudin Mohd. Zain berkata, jumlah tersebut melibatkan agihan yang dijalankan oleh pihaknya kepada golongan berkenaan sepanjang bulan lalu.

Beliau berkata, ia diagihkan secara terus kepada penerima menerusi 17 program yang dikendalikan oleh MAIK antaranya bantuan kesihatan, bantuan kecemasan dan bencana alam dan bantuan baik pulih rumah.

"Langkah berkenaan memudahkan pihak kami untuk membuat agihan kepada mereka yang layak menerima bantuan ini selaras dengan tuntutan agihan zakat itu sendiri.

"Jadi pembayar zakat tidak perlu khuatir kerana wang yang dikeluarkan oleh mereka diuruskan oleh pihak MAIK dengan sebaik mungkin bagi memastikan ia sampai kepada golongan yang layak untuk menerima bantuan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kecemasan kepada mangsa kebakaran Aminudin Mohd. Fauzi di rumahnya di Lorong Tok Kenali, Kubang Kerian, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Baitulmal dan Pembangunan MAIK, Nik Mohamed Noor Nik Ishak.

Kamarudin berkata, sumbangan kecemasan kepada keluarga Aminudin adalah sebahagian daripada kecaknaan Yang Dipertua MAIK, Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fai-iz Petra.

Polis buru kumpulan penjenayah rompak bank, pecah mesin ATM

Posted: 04 Feb 2014 11:29 AM PST

KOTA BHARU 4 Feb. - Polis sedang memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai terlibat dalam beberapa kejadian memecah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan rompakan di sekitar bandar ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, berdasarkan siasatan, kumpulan penjenayah itu turut terlibat dalam rompakan sebuah bank di Kubang kerian dan pecah mesin ATM di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail (KUIS) di Nilam Puri, baru-baru ini.

"Bagaimanapun penjenayah terbabit gagal dalam kedua-dua kes tersebut selepas aktiviti mereka dikesan oleh pihak polis.

"Bagaimanapun, pada Jumaat lalu, kumpulan terbabit berjaya memecah masuk ke dalam Pejabat Pos Mulong dekat sini dan melarikan wang tunai sebanyak RM11,000 dalam peti besi di premis itu," katanya selepas melawat pejabat pos itu, di sini hari ini.

Azham berkata, dalam kejadian itu, penjenayah terbabit dikatakan memecah masuk ke dalam pejabat pos berkenaan ketika cuti umum yang panjang sempena Tahun Baharu Cina.

"Mereka dikatakan masuk ke dalam premis ini kira-kira pukul 1.45 pagi. Kegiatan mereka pada mulanya disedari oleh pihak polis 15 minit selepas itu apabila alat penggera berbunyi.

"Anggota yang memeriksa pejabat pos ketika itu tidak mengambil sebarang tindakan kerana mereka mendapati tidak ada aktiviti mencurigakan," katanya.

Menurut Azham, kehilangan wang hanya di sedari oleh Ketua Pejabat Pos Mulong pada pagi semalam selepas mendapati peti besi yang terdapat dalam premis telah dipecahkan.

Ujarnya, siasatan awal mendapati penjenayah tersebut telah memotong jeriji besi menggunakan gas oxy dan pihaknya mengesan 19 kesan cap jari yang dipercayai milik suspek.

Tambahnya, serentak dengan itu operasi untuk mengesan penjenayah terbabit sedang giat dijalankan oleh pihak polis.

Azham juga menyeru orang ramai yang melihat sebarang aktiviti meragukan di sekitar pejabat pos tersebut dan kes sebelum ini supaya tampil memberi maklumat.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat