{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Ratu

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Ratu


Derita Kyairiel Mikhail

Posted: 27 May 2014 02:03 PM PDT

Ibu mana yang tidak sedih melihat bayi dilahirkan menderita tidak mampu bergerak.

Tiada kata-kata mampu menggambarkan perasaan sebenar Yusnurlina Mohd Yusoff, 25, setiap kali melihat anak bongsunya, Kyairiel Mikhail, 15 bulan, yang mempunyai berat badan 17.6 kilogram (kg) hanya mampu terbaring.

Dengan berat badan yang melebihi abang dan kakaknya, masing-masing berusia tujuh dan lima tahun, Kyairiel Mikhail bukan saja tidak boleh bergerak, malah matanya juga tidak dapat melihat dengan jelas, walaupun botol diletakkan di depan mukanya.

Menambah keperitan Yusnurlina dan suaminya, Khairul Shafiq Nor Azmi, 27, perkembangan otak anak mereka yang mengalami masalah kegemukan tanpa diketahui puncanya sehingga kini turut terjejas setiap kali diserang sawan.

Berikutan itu, walaupun usianya sudah melebihi setahun, Kyairiel Mikhail belum mampu bergerak sendiri, walaupun untuk pergerakan asas termasuk mengiring, meniarap atau mengangkat kepala.

"Dia terlantar sepanjang masa seperti bayi baru lahir. Bayangkan, dia hanya terbaring kerana tidak boleh berbuat apa-apa. Hanya tangan dan kakinya bergerak sedikit. Saya tidak dapat bayangkan deritanya mengharungi keadaan itu.

"Kyairiel Mikhail juga tidak mampu menangis kuat dan lama kerana itu akan meletihkan dirinya. Dia akan menangis sedikit jika terlalu lama terbaring atau ketika mahu susu. Kami akan memangkunya untuk duduk dari semasa ke semasa," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Gunung Mas, Tampin, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat