{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda chini - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda chini - Google Blog Search


<b>felda chini</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 10 Feb 2014 12:00 AM PST

Siswa UUM Ke Felda Chini 1, Anjur Program Khidmat Masyarakat

UUM

SERAMAI 40 mahasiswa Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Proton Universiti Utara Malaysia (UUM) menganjurkan program khidmat masyarakat bersama penduduk Felda Chini 1, Pekan, Pahang baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Chini, Pekan Pahang Datuk Abu Bakar Harun ketika merasmikan majlis penutup program anjuran DPP Proton UUM ini berkata, kedatangan mahasiswa Universiti Pengurusan ini memberi pengiktirafan kepada penduduk Felda di Pekan kerana bukan sahaja memperlihatkan anak Felda yang menuntut di universiti ini membawa mahasiswa dari utara tanah air malah memperlihatkan hasil anak felda yang berjaya ke menara gading.

"Saya melihat ini merupakan usaha yang perlu dicontohi oleh golongan remaja sekarang kerana bukan sahaja berjaya ke menara gading malah membawa rakan mereka ke kampung halaman," katanya.

Dalam pada itu, pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam Nor Hidayah Hamzah 21, berkata, peluang bersama keluarga angkat felda ini merupakan langkah pendekatan awal bagi mengenali masyarakat felda dan usaha perlu dilakukan agar lebih banyak program yang berfaedah dibawa ke sini.

Manakala Mohd. Ahmad Irsyaduddin Mohammad 21, berkata pengalaman bersama keluarga angkat membolehkannya mempelajari cara menggunakan jala untuk menangkap ikan.

"Sesungguhnya teknik dan cara yang betul menebar jala membolehkan kita mendapatkan ikan sama ada untuk makanan keluarga mahupun untuk dijual," katanya.

Bagi Nurfarahin Mohamed Faisal 21, peluang untuk mempelajari cara membuat roti jala bersama keluarga angkat memberi keseronakan dan mengeratkan hubungan antara penduduk felda dan mahasiswa UUM.

"Selalunya kami terlibat dengan gotong-royong membersihkan kawasan tetapi program kali ini amat menyeronokkan kerana sesuatu yang baru kami pelajari iaitu mendekati kehidupan seharian masyarakat felda," katanya.

Keseronokkan bersama mahasiwa UUM pula memberi kepuasan kepada masyarakat felda terutama mereka yang diberi peluang untuk menjadi keluarga angkat kepada peserta kali ini.

Sementara itu salah seorang penduduk, Ismail Ishak, 65, ketika ditemui berkata, keinginan anak-anak dari UUM untuk mempelajari cara menangkap ikan dengan kail dan jala menyebabkan hatinya tersentuh.

"Saya merasakan anak-anak yang hadir ini akan lebih mengutamakan gotong-royong atau ceramah tetapi apabila keinginan mereka untuk mengetahui dan mempelajari kehidupan seharian kami menyebabkan hati kami tersentuh,"katanya ketika ditanya mengenai kehadiran anak-anak dari DPP Proton ini.

Bagi Pengarah Program, Muhammad Firdaus Abdul Rahman, pemilihan Felda Chini 1 ini memberi pengalaman dan kenangan manis bagi mahasiswa yang menyertainya. – Utusan Malaysia

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada February 10, 2014 - 6:14 pm oleh Nor Azlina Shaari

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat