{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda ijok - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda ijok - Google Blog Search


<b>felda ijok</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 04 Apr 2014 12:00 AM PDT

alhmdulillah dah selamat Balqis jadi isteri.. guwa dengan member guwa Lyn & Sha terjah wedding member kamiorang kat Felda Ijok- Perak.. Boni ade tanye guwa pasal Felda Ijok kat selangor ke? 

memang kat Hulu Selangor ada nama tempat tu Ijok jugak.. tapi yang guwa pegi tu Felda Ijok kat Selama Perak sana..hehe... 

guwa memang duduk dekat dengan area Hulu Selangor dah pon.. tapi bukan Felda Ijok la.. guwa duduk kat Felda Gunung Besout.. dalam mukim Sungkai, Perak.. ha kira memang jiran sebelah gak la kot dengan Boni.. kan? kan? =P

sementara nak mencari Felda Ijok tu bleh tahan gak adventure dia.. sampai terlajak lagi tu ! sipbaik la ada Abg Rahim (partner keje Balqis) jadi tour guide.. guide through phone je la pon.. sampaikan guwa yang orang Bagan Serai pon, tak pernah tau pasal nama tempat Redang Panjang.. Jelai lah.. siap lalu kat hutan-hutan pulak tu.. sipbekla kamiorang menaiki Suzuki Swift putih yang dipandu oleh Lyn.. 

Terase konfiden je la guwa sebagai co-pilot yang tak bape tahu jalan nih.. hahaha ! memang berterima kasih sangat pada Abg Rahim.. kalo tak disebabkan beliau, tak sampai rasenye kami ni.. hang arrr Balqis buat map kat card tu simple sangat.. tak cukup landmark arrr weyhh ! =P

sampai je kat umah Balqis memang ngam-ngam dia tengah makan beradab.. ape lagi, kamiorang yang memang tekad kosongkan perot sehidong-hidong semata-semata nak makan nasik minyak dia, pakat cantekkkk je beratur p amek nasik.. guwa memang tak kasi chance kalo bab makan nih ! nasik memang dua jenis guwa amek.. kurma daging + gulai nenas ikan masin ditambah pulak dengan ayaQ asam perghhh ! memang guwa makan tak toleh kiri kanan dah habaq hang ! sampaikan sorang lagi member kamiorang (Ali) yang sampai, pon guwa tak perasan =P

pastu ada pulak cuci-cuci mulut.. ada bubur gandum mix dengan jagung + ada cendol + ada jeruk !! fuhhhhh memang takkan guwa lepaskan begitu saje la semua nih ! Terima kaseh skali lagi sebab Abg Rahim la jadi pelayan kami.. tolong amekkan semua desert ni untuk kami yang mai jauh ni..hehe

kawan-kawan kerje yang sempat mai =P

Balqis & suami dah selamat.. kamiorang stay sampai setel pengantin sanding.. tapi Ali dengan Abg Rahim gerak awal la sebab ada hal.. standard arrrr kalo pompuan pegi majlis kawen.. konfem tak puasnye kalo mai sekejap.. mane dan nak gosip weyhh ! hahaha

-Tahniah Is & suami.. jaga hasben leklok.. takmo garang-garang k ;)

-Terima Kaseh Abg Rahim sebab tolong guide kami ke jln yg benar.. 

  pastu tolong layankan makan pulak lagi =P

*countdown for wedding  my ofismate = Cik Ida on this 9 June.. horeyy !


<b>felda ijok</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 02 Apr 2014 12:00 AM PDT

SEBAHAGIAN daripada mahasiswa yang menyertai Program Khidmat Masyarakat Program Siswa @ Kampung di Felda Ijok, Selama, Perak baru-baru ini.

Seramai 57 pelajar Kursus Bakti Siswa (QKK 2101) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengadakan Program Khidmat Masyarakat Program Siswa @ Kampung baru-baru ini di Felda Ijok, Selama, Perak.

Program usaha sama antara UPM dan KPDNKK untuk menjayakan pembangunan modal insan serta menghebahkan aspek pembangunan pengguna dan masyarakat kepada pelajar UPM dan penduduk kawasan Felda Ijok.

Ketua Peneroka Felda Ijok, Ramli Mahmud menyambut baik usaha murni yang diusahakan oleh pelajar UPM memilih Felda Ijok sebagai kampung perintis untuk program tersebut.

"Program ini secara tidak langsung telah mengetengahkan UPM dimata masyarakat desa dan telah memberikan impak yang positif kepada pelajar serta peluang kepada mereka untuk merasai corak kehidupan masyarakat desa jauh dari kepesatan pembangunan bandar,” katanya.

Beliau turut menyambut baik program sebegini dan menggalakkan dilakukan kerap ke kawasan luar bandar bagi mengisi masa belia di kampung berikutan daripada masalah sosial yang semakin terjadi akhir-akhir ini.

Turut hadir ke program ini sebagai tetamu kehormat dan perasmi program Penasihat Agama kepada Menteri Besar Perak, Datuk Najmuddin Elias Al-Hafiz.

Sementara itu Ketua program, Muhamad Hasyim Ibrahim berkata, fokus utama adalah untuk memberikan pendidikan, pendedahan, dan pengetahuan bagi memberi kesedaran tentang tanggungjawab dan hak sebagai pengguna kepada penduduk kampung.

"Peranan terhadap tanggungjawab dan hak harus dimainkan oleh semua pihak bagi menjamin satu bentuk masyarakat yang boleh mendukung wadah dan perjuangan bangsa di masa akan datang,” katanya.

Salah seorang peserta, Nur Hidayati Jamil, 19, berkata program sebegini wajar diwajibkan kepada semua pelajar tahun pertama di peringkat Ijazah Sarjana Muda agar pelajar dapat didedahkan dengan realiti kehidupan sebenar.

"Pada masa yang sama program ini mampu untuk mengasah kemahiran insaniah pelajar untuk berkomunikasi dengan masyarakat luar dengan lebih baik. Saya berharap program outreach sebegini berterusan bukan sahaja kepada kelompok warga tua dan dewasa sahaja, malah melibatkan semua peringkat umur dan bangsa,"katanya.

Program tiga hari dua malam ini dijalankan secara 'Keluarga Angkat" dimana seramai tiga hingga enam orang pelajar ditempatkan bersama sebuah keluarga yang sama.

Selain itu, program lain yang dijalankan iaitu program Cilik Yang Celik, Pengguna Bijak, Pengurusan Kewangan Keluarga (gores dan menang), Hak-Hak dan Tanggungjawab Pengguna dan Sukaneka.


Sumber: Utusan Malaysia

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat