{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda kahang - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda kahang - Google Blog Search


<b>felda kahang</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 02 Jan 2014 12:00 AM PST

Izwan, Anak FELDA Kahang Timur Wakil Tunggal TLDM Sertai Ekspedisi KE7BMG 2014

20130824_115724

MUNGKIN penyertaan anggota dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari sayap Tentera Darat telah biasa kita dengar menyertai ekspedisi berskala besar bukan anjuran ATM bagi mewakili negara.

Kali ini, Misi Ekspedisi Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia Greenland 2014 telah mendapat perhatian dari satu lagi sayap ATM iaitu Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).

Mohamad Izwan Bin Sumeri, 25, berasal dari FELDA Kahang Timur, Kluang, Johor dan kini menetap di Pengkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan, merupakan satu-satunya wakil tunggal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) didalam sesi pemilihan Ekspedisi KE7B Malaysia Greenland (KE7BMG) 2014.

Beliau yang lahir pada 21 January 1988, merupakan anak ke empat dari 5 adik-beradik dan telah pun mendirikan rumahtangga.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maritim dalam Pengajian Maritim dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (ATMA) ini telah mula berkhidmat dengan TLDM pada tahun 2010 sebaik tamat pengajiannya.

izwan felda kahang

Mula berkhidmat sebagai Kadet UPNM (dahulu dikenali sebagai ATMA), kemudian Pegawai Kadet Kanan (Midshipmen) dan telah ditauliahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah sebagai Leftenan TLDM.

Kini Izwan memegang jawatan sebagai Pegawai Tadbir KD PERDANA.

Minatnya yang mendalam terhadap sukan lasak bermula sejak zaman kampus lagi.

Corak budaya pembelajaran di UPNM berbeza dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.

Cuti semester yang diperuntukan dihabiskan dengan aktiviti ketenteraan seperti menembak senjata kecil M16, M4, GPMG , Glock 17 dan Pistol Vektor.

Selain itu aktiviti lain yang diceburi adalah seperti Kem Ikhtiar Hidup bersama anggota PASKAL yang terlatih, mendaki gunung, Jalan Lasak lebih dari 150km, berenang merentasi tasik,  Kompass Matching, Terjun kolam dari tingkat 5 dan juga asas penyelam bebas.

Antara kejayaan yang berjaya beliau perolehi antaranya mendapat tempat ketiga dalam jalan lasak 150km UPNM, Johan pertandingan menembak senjata kecil (pistol Glock 17, berjaya menawan puncak Gunung Tahan dan Gunung Kinabalu pada tahun 2007, meraih pingat gangsa dalam Silat 3 Perkhidmatan dan juga dalam Kejohanan Silat Antarabangsa (MMU), Johan Tinju LKTA (kategori middle) dan lulus dalam Survival Camp.

Menurut Izwan, dia sentiasa mengikuti perkembangan laman sosial KE7B selepas kejayaan KE7B menawan puncak Gunung Everest dalam Misi Ekspedisi KE7B Everest FELDA 2013.

"Sebagai anak jati FELDA, saya amat berbangga dengan kejayaan yang datangnya dari kalangan anak-anak "Settlers" (peneroka FELDA) ini dan amat mengagumi ketabahan dan kecekalan mereka dalam menjayakan misi mereka. Saya pun dapat tahu mengenai Ekspedisi KE7B Malaysia Greenland 2014 ini dari laman sosial KE7B," katanya kepada FeldaVoice.

Beliau menyertai sesi pemilihan ini untuk mengukur tahap kemampuan sendiri dan juga untuk mengetahui kelemahan diri.

"Saya rasa amat bertuah kerana dapat turut serta dalam sesi pemilihan kali ini. Dengan menyertai sesi pemilihan ini, saya dapat tahu sejauhmana kemampuan diri saya dan juga mengukur kelemahan diri supaya saya dapat memperbaikinya," katanya.

Ketika ditanya tentang reaksi pihak TLDM tentang Ekspedisi KE7BGM 2014, Izwan memberitahu dia mendapat galakan penuh dari Pegawai Atasannya.

"Pihak TLDM memberikan galakan penuh bila saya nyatakan hasrat untuk menyertai Ekspedisi KE7BGM 2014. Sebagai seorang Pegawai saya perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak buah saya. Mungkin selepas ini, akan ramai lagi penyertaan anggota TLDM dalam Ekspedisi berskala besar seperti ini," ujar Izwan.

Ketika ditanya reaksi beliau sekiranya tidak terpilih ke Ekspedisi KE7BGM 2014, beliau sempat tersenyum sebelum menjawap.

"Saya telah lakukan yang terbaik dalam semua ujian yang dijalan semasa sesi pemilihan. Sekiranya tidak terpilih, mungkin belum rezeki saya dan saya akan cuba lagi dan tidak akan berputus asa," akhiri beliau.

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada August 27, 2013 - 12:15 pm oleh Shazuein Azmaini

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar