{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda lepar utara - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda lepar utara - Google Blog Search


PAIP SERBU TAPAK PEMBINAAN DI <b>FELDA LEPAR UTARA</b> 4 <b>...</b>

Posted: 13 May 2014 10:26 PM PDT

Keratan akhbar Sinar Harian 14 Mei 2014

Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) menyerbu sebuah tapak pembinaan di Felda Lepar Utara 4 selepas disyaki terlibat kejadian curi air di sini, kelmarin.

Pegawai Perhubungan Awam Paip Bhd, Datuk Jaafar Abdullah berkata, dalam serbuan itu, pihaknya mendapati kontraktor projek telah melakukan penyambungan tidak sah menggunakan paip High Density Polyethylene (HDPE) bersaiz 25 milimeter ke paip Paip Bhd.

Menurutnya, berdasarkan siasatan penguatkuasaan mendapati bekalan air dari penyambungan tersebut digunakan untuk proses membancuh simen dan lain-lain kerja ditapak projek."Atas maklumat orang awam, Paip ke lokasi untuk melakukan siasatan berhubung dakwaan berkenaan.

"Pegawai penguat kuasa telah menjalankan ujian klorin di lokasi dan terbukti bekalan air yg digunakan adalah air terawat milik Paip Bhd," katanya.Jaafar berkata, operasi selama tiga jam itu turut disertai Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang diketuai Pegawai Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Pengaduan dan Penguatkuasaan.

Katanya, SPAN telah menyita paip HDPE dan peralatan lain sebagai bahan bukti seterusnya mengeluarkan notis kesalahan kontraktor berkenaan."Selain maklumat orang ramai, kita juga melakukan risikan melalui penguat kuasa Paip Bhd.

"Kes disiasat di bawah Sesyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air Negara (AIPA) 2006 yang memperuntukkan denda sebanyak RM100,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Jaafar berkata, Paip akan terus mempertingkatkan pemantauan dan Penguatkuasaan ke atas kegiatan curi air di seluruh negeri Pahang tanpa mengira kes melibatkan pengguna komersial mahupun domestik.

Tambahnya, pengguna yang mempunyai maklumat atau ingin melaporkan sebarang kes curi air atau aduan kerosakan paip boleh menghubungi Pusat Aduan Pelanggan PAIP di talian 09-573 9999. Sumber : Sinar Harian Pahang

Moralnya buatlah penyambungan yang sah.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

<b>felda lepar utara</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 08 May 2014 12:02 AM PDT

Oleh HARIS FADILAH AHMADutusanktn@gmail.com

JERANTUT 8 Feb. Seramai 15,000 penduduk di Gugusan Felda Lepar Utara dekat sini mengalami kesukaran untuk memasak berikutan bekalan gas untuk tujuan itu terputus sejak tiga bulan lalu.

Masalah itu meliputi penduduk di penempatan Felda Lepar Utara 1, 2, 4, 8, 9, 11 dan 14 serta kakitangan kilang sawit Lepar Utara 4 dan 6.

Ia berpunca daripada kekurangan bekalan gas dari depot di Lembah Klang manakala pembekal di bandar lain enggan menghantar gas ke kawasan itu dengan jumlah kecil kerana terletak di luar operasi bekalan masing-masing.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kedai Felda DMart yang terletak di Felda Lepar Utara 3, 9, 11, 1, 2 dan 4 turut menerima tempias apabila masing-masing cuma menerima penghantaran 60 tong gas dalam tempoh seminggu.

Ketua Kampung Felda Lepar Utara 3, Osman Shaari, 46, berkata, senario yang dialami penduduk di situ bermula sejak tiga bulan lalu dan keadaan semakin kritikal pada Disember tahun lepas.

Bekalan gas dari pembekal di Bandar Tun Razak, Jengka yang terakhir ke kawasan ini adalah pada awal tahun ini dan sehingga kini kami terputus bekalan.

Kami memohon pembekal di bandar Jerantut menghantar bekalan gas memasak, tetapi mereka enggan kerana di luar kawasan operasi mereka, katanya kepada pemberita di sini semalam.

Seorang peneroka Felda Lepar Utara 8, Sulaiman Nayan, 62, berkata, keadaan semakin kritikal sejak awal Januari lalu dan ia menjejaskan pendapatan peniaga kedai makan di kawasan itu.

Peniaga terpaksa memberhentikan jualan berikutan ketiadaan gas memasak di pasaran, katanya.

Dia meminta kerajaan negeri memulihkan kemelut berkenaan dengan membenarkan ramai pembekal menghantar gas memasak ke kawasan berkenaan.

Seorang peniaga kedai makan, Fatimah Jaafar, 48, berkata, bekalan tiga tong gas masih tidak mencukupi dan terpaksa berbelanja lebih untuk memperoleh gas memasak di bandar Jerantut sejauh 80 kilometer dari Gugusan Felda Lepar Utara.

Harga setong gas seberat 12 kilogram adalah RM23.50 dan akan meningkat sebanyak RM24.70 apabila dijual di kawasan ini akibat ketidakcukupan bekalan dan ia menyusahkan penduduk, katanya.

Dia menambah, penduduk terpaksa memunggah menggunakan kereta dengan dikenakan caj sehingga RM80 untuk dua tong gas termasuk membayar sewa kereta untuk ke Bandar Tun Razak, Jengka dan Jerantut bagi mendapatkan bekalan.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat