felda lok heng - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda lok heng - Google Blog Search |
<b>felda lok heng</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA Posted: 24 Apr 2014 09:38 PM PDT Pada 03 November 2013 yang lepas, Felda Lok Heng Barat telah menerima kunjungan dari sekumpulan pelajar USM Pulau Pinang, kedatangan mereka adalah berkaitan kajian kesan sebelum dan selepas menjuarai AKKF 2013 terhadap masyarakat warga Felda Lok Heng Barat. Kajian lapangan yang dianggotai 4 orang mahasiswi cantik USM ini diketuai oleh Saudari Syarifah, Saudari As, Saudari Ain & Saudari Fathia berlangsung seperti yang dirancang mengikut agenda mereka setelah tiba di Felda Lok Heng Barat. Sessi wawancara pelajar USM dan Tuan Pengurus Felda Lok Heng Barat Sessi pemberian cenderahati kepada Pengurus Felda Lok Heng Barat, Tuan Mahmud Kajian mereka dimulai dengan mewawancara warga ibu yang mengusahakan projek IKS di bangunan UMNO Felda Lok Heng Barat Pelajar USM bergambar bersama para wargawati IKS Felda Lok Heng Barat Agenda seterusnya, mereka dibawa menemuramah salah satu warga peneroka Encik Saat yang kreatif dengan laman rumah berkonsepkan kolam air terjun yang cantik Gambar kenangan di laman berkonsepkan kolam air terjun Saudari Syarifah dan Saudari As bergambar bersama adik-adik yang sedang membuat 'study group' Turut tidak ketinggalan, Saudari Ain bergambar bersama kumpulan adik-adik Felda Rumah seterusnya adalah milik Encik Supan Bin Kembang, dengan laman konsep botanical garden yang cantik dan ceria. Malahan, seisi keluarga ini turut ceria menerima kunjungan kami Kunjungan seterusnya adalah menemuramah para belia Felda Lok Heng Barat, kajian tertumpu disekitar kawasan belia yang menjadi tumpuan belia bersukan & beriadah di waktu petang. Pada malam harinya, para pelajar mewawancara Saudara Muzaidee selaku Presiden Belia Felda Wilayah Selatan yang juga merupakan Pengerusi Belia Felda Lok Heng Barat. Aktiviti malam berakhir sekitar jam 11:30 malam. Kajian hari kedua diteruskan di rumah cantik yang dimiliki Haji Karno (panggilan masyarakat felda) Konsep laman rumah yang cantik dan bersih, berkonsepkan ala 'British Design' dengan penuh hiasan bonsai dan kolam teratai menghiasi laman rumah. Sessi wawancara dan perkongsian ilmu oleh Haji Karno tentang pengalaman berniaga beliau, serta banyak ilmu bermanfaat yang dikongsi bersama pelajar USM. Aktiviti kajian yang dijangka selama 3 hari telah selesai dalam masa 2 hari sahaja, komitmen dan kerjasama seluruh warga Felda Lok Heng Barat sangat diluar jangkaan mereka. Syukur alhamduillah ~ Bergambar bersama admin sebelum berangkat pulang, semoga kunjungan mahasiswi USM ini membuahkan kejayaan dan turut menumpang bangga kerana saya juga adalah merupakan bekas pelajar Sarjana Muda USM & Sarjana UTM. Terima Kasih diucapkan kepada Universiti Sains Malaysia..! |
<b>felda lok heng</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA Posted: 04 Apr 2014 12:00 AM PDT Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia Felda Lok Heng Barat telah merasmikan pembukaan Homestay terbaru kepada semua pengunjung dan pelawat yang bertandang dan ingin menginap di Felda Lok Heng Barat, Kota Tinggi, Johor. Homestay yang juga merupakan bangunan GPW ini baru siap dibina dengan memiliki 2 ruang bilik yang sangat luas, ruang bilik solat, ruang mesyuarat, ruang dapur dan bilik air. Dengan hiasan yang cantik dan menarik pasti memberi keselesaan dan kepuasan kepada pengunjung yang menginap di sini. Ruang tamu ini sesuai untuk majlis mesyuarat, taklimat, majlis makan dan pelbagai Bangunan homestay ini memiliki 2 ruang bilik tidur yang mana setiap satu bilik berkeluasan anggaran 10 kaki X 20 kaki Homestay Felda Lok Heng Barat ini bukan saja merupakan bangunan baru, malahan lengkap dengan kemudahan seperti dapur, televisyen, peti sejuk dan meja mesyuarat. Rekabentuk tandas yang cantik dan sentiasa bersih Keselesaan dan keselamatan pengunjung adalah terjamin disini, dengan anggaran kapasiti pengunjung dalam satu-satu masa sekitar 30 orang. Ianya amat berbaloi bagi anda yang bermalam disini di mana lokasi homestay yang sangat dekat dengan masjid, kedai makan, kedai runcit, perkhidmatan teksi, pasar malam, serta merupakan lokasi paling strategik di dalam Felda Lok Heng Barat. Para pelajar USM bergambar dihadapan Homestay Felda Lok Heng Barat Homestay Felda Lok Heng Barat ini dijangka bakal dikunjungi oleh ramai pengunjung luar samada pelancong asing, felda-felda luar, individu persendirian, mahupun pelajar-pelajar universiti. Admin sempat merakamkan gambar kenangan para pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) semasa kajian lapangan mereka di Felda Lok Heng Barat berkaitan Kajian Kemenangan AKKF Felda Lok Heng Barat. Apa yang menariknya, mereka amat berpuas hati dengan layanan dan komitmen yang diberikan oleh pihak pengurusan malahan seluruh warga Felda Lok Heng Barat dalam menjayakan misi kajian AKKF mereka sepanjang berada di sini. Sebarang Tempahan / Pertanyaan Boleh Hubungi : |
You are subscribed to email updates from felda lok heng - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |