{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Hiburan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Hiburan


Fathia, kontroversi dan kredibiliti

Posted:

Fathia, kontroversi dan kredibiliti

Fathia, kontroversi dan kredibiliti

MUDIK ke muara rasa empunya nama Nur Fathia Abdul Latiff terselindung empangan air mata yang diseka selama ini. Benar bagai ditelah, hati mana tidak terusik dengan jenaka liar menuduh diri bersikap keanak-anakan.

Fathia Latiff, kalau tidak terkait masalah disiplin pastinya kisah kontroversi dan seksi akan dicari gali sama ada pemuja mahupun pembenci dirinya.

"Hendak menangis bagaikan sudah kering air mata, jujur pada mulanya ketika awal-awal bertapak dalam dunia hiburan hati saya sensitif.

"Adakalanya saya sendiri bersikap defensif terhadap diri sendiri sampaikan pernah rasa paranoid terhadap persekitaran. Nak keluar rumah pun takut. Takut juga sekali buka mulut tersalah bicara, risau juga terlajak perbuatan orang tak suka. Tapi lama kelamaan, pengalaman banyak mendidik saya untuk peka terhadap segala segi," katanya membuka bicara.

Soal hati dan perancangan ke arah peringat lebih serius dengan kekasih hatinya, pelakon Aiman Hakim Ridza dibiar berlanjut dalam nada bercanda.

Selorohnya: "Biar masa menentukan segalanya. Kalau ada jodoh, adalah. Tunggu sahaja kad undangan perkahwinan."

Masalah disiplin

Fathia, 27, terbaharu tampil lagi bersama kisah sensasi masalah disiplin membabitkan pembatalan sesi fotografi bersama sebuah penerbitan pada saat-saat akhir sehingga menjejaskan pihak editorial yang terbabit.

Alasannya, diserang penyakit asma yang teruk sehingga memaksa diri terlantar di rumah. Bagaimanapun, cerita itu digembar-gemburkan menyebabkan tercetus suasana genting dan terbit pula salah faham.

"Semua sudah selesai, tidak perlu timbul sebarang cerita berbangkit memandangkan pihak tersebut juga sudah jelas dengan situasi yang berlaku.

"Saya malas untuk ambil tindakan atau memperbesar-besarkan perkara yang remeh-temeh. Kalau ada pihak mahu jatuhkan saya pun, saya tak kisah kerana masyarakat sendiri boleh menilai," kata Fathia.

FIGURA jelita ini ada jawapan tersendiri tentang sejauh mana hubungan cintanya dengan pelakon Aiman Hakim Ridza.


Serius

Sebelum itu, timbul juga cerita ketika penggambaran episod akhir drama rantaian popular, Ariana Rose di London yang menyifatkan Fathia gagal menepati masa dan tidak menghafal dialog hingga menyusahkan kru produksi terbabit.

Serius atau tidak berlakon? Fathia sengaja ditebak dengan persoalan memandangkan kredibiliti disiplinnya sering dipertikaikan selama lima tahun pembabitannya.

"Dunia seni adalah minat saya. Apabila sudah terbabit, saya rasakan rezeki ke arah ini dan ini adalah trek terbaik dan jalan pintas untuk memperoleh pendapatan.

"Pada mulanya saya tidak serius kerana saya anggap kerjaya lakonan sekadar mengisi masa terluang dan bukan dunia saya.

"Tapi akhirnya saya memilih untuk berjalan serentak, belajar dan bekerja pada suatu masa walaupun saya tahu susah tapi saya yakin akan berjaya," ujarnya yang bakal menamatkan pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Shah Alam menjelang penghujung tahun ini.

Mungkinkah juga nama Fathia Latiff suatu masa kelak akan malap atau terus padam dan mungkin juga waktu itu akan tiba dalam tempoh terdekat?

Figura jelita ini ada prinsip tersendiri dan dia berpegang teguh kepada prinsip tersebut.

Tegas Fathia, di sebalik glamor ruang lingkup kerjaya seninya, dia sebaliknya mempunyai segulung ijazah dalam bidang undang-undang yang boleh dibanggakan dan diguna pakai.

"Saya lebih melihat dunia seni sebagai satu platform untuk melangkah ke bidang yang lebih serius, contohnya bisnes suatu hari nanti."

"Tidak akan selama-lamanya saya akan menjadi pelakon dan peminat memuja saya. Suatu masa tak mustahil akan rebah," jelasnya.

Populariti

Akui Fathia, bekerja sambil belajar memang penat tetapi adrenalin untuk mengimbangi kedua-dua bidang itu tidak akan diperoleh tanpa menghadapinya.

Selain melengkapkan ilmu perundangan di dada, Fathia secara tak langsung terlatih membentuk keyakinan diri terutama berdepan dengan sepak terajang dunia hiburan mahupun masyarakat.

Anak sulung daripada empat beradik itu masih belum merasakan dirinya disimbah populariti sedangkan impak daripada drama lakonannya, Ariana Rose sebenarnya melonjakkan nama figura jelita itu secara mendadak.

"Saya popular? Tidak pernah saya terlintas untuk orang meletakkan diri saya dalam kelompok individu popular. Perasaan saya masih sama seperti orang biasa," tuturnya.

Percubaan pertama Fathia dalam drama rantaian Nur Kasih lima tahun lalu pula nyata membuahkan hasil apabila setahun kemudian dia disunting menjayakan peranan utama dalam drama Hani terbitan Layar Konsult Sdn. Bhd.


AKTRES popular ini bakal menghabiskan pengajiannya dalam bidang undang-undang di UiTM, Shah Alam menjelang penghujung tahun ini.


Berbekalkan wajah kacukan Arab-Melayu, Fathia terus melangkah bersama drama-drama seperti Stanza Cinta, Laila Asyikin dan Mahabbah.

Karya drama Dalam Setiap Sujud dan Diandra pula sukses dalam menobatkannya sebagai Pelakon Wanita Pilihan Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur tahun ini.

Baiki diri

Sedalam mana hipokrasi diri Fathia untuk menjadi individu lain di hadapan peminat? Sebolehnya gadis kelahiran Ayer Hitam, Pulau Pinang itu terus berkelana menjadi diri sendiri.

"Mudahnya adalah muhasabah diri, siapa suka kalau cerita masalah disiplin dan kontroversi saja menjadi isi bicara?

"Insya-Allah, saya akan tonjolkan sisi positif saya dan paling utama menjaga masa. Menjadi jujur dan diri sendiri adalah yang terbaik bukannya bermuka-muka di hadapan peminat," tegasnya.

Sepertimana manusia biasa, Fathia meletakkan limitasi sejauh mana dirinya bisa diusik dan senakal mana gurauan yang boleh diterima.

"Selagi sesuatu isu itu remeh-temeh dan tidak betul-betul menjejaskan diri ini atau keluarga saya, tidak perlu saya melenting atau melatah.

"Kalau saya di pihak yang benar, saya akan bela diri saya, kalau salah masyarakat boleh menegur saya," simpulnya.

Omar, Kurtwood teruja bintangi Resurrection

Posted:

Omar, Kurtwood teruja bintangi Resurrection

Omar, Kurtwood teruja bintangi Resurrection

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


LANDON GIMENEZ (depan, kiri) melakonkan karakter Jacob ketika kecil yang menjadi fokus utama drama bersiri, Resurrection.


APABILA anak yang disangka telah mati kira-kira 30 tahun lalu secara tiba-tiba muncul semula, sudah tentu ia merupakan suatu perkara yang cukup pelik dan menjadi misteri.

Itu antara intipati cerita dalam drama bersiri terbaharu berjudul Resurrection yang memulakan tayangan menerusi saluran Lifetime (709) pada hari ini, 12 Mei pada pukul 10 malam, setiap Isnin.

Resurrection mengisahkan tentang seorang budak lelaki berusia lapan tahun, Jacob dijumpai terdampar seorang diri di sawah padi di sebuah kampung di wilayah China tanpa mengetahui apa yang telah berlaku.

Mengingati dirinya berasal dari sebuah pekan iaitu Arcadia yang terletak di Missouri, Amerika Syarikat, Jacob telah dibawa oleh seorang pegawai imigresen, J. Martin Bellamy pulang ke kampung halamannya.

Dia kemudian dibawa ke sebuah rumah yang diduduki oleh pasangan warga emas berusia 60 tahun, Henry dan Lucille yang telah kehilangan anak mereka, Jacob, 30 tahun lalu akibat mati lemas.

Jacob mengenali pasangan warga emas itu sebagai ibu bapanya, biarpun sudah dimamah usia. Lucille ternyata gembira dengan kemunculan Jacob manakala Henry masih tidak dapat menerima hakikatnya.

Drama bersiri yang telah ditayangkan di Amerika Syarikat pada bulan Mac lalu dibintangi oleh beberapa pelakon popular seperti Omar Hashim Epps, Kurtwood Smith, Landon Gimenez, Matt Craven dan Devin Kelley.

Menariknya, dua bintang utama Ressurection iaitu Omar dan Kurtwood telah datang ke Malaysia yang menjadi salah sebuah lokasi selain Singapura dan Filipina untuk mempromosikan drama bersiri tersebut baru-baru ini.

Omar yang watak sebagai Martin, seorang pegawai imigresen dan bekas anggota polis berkata, dia melihat naskhah yang diadaptasi daripada sebuah novel berjudul The Return itu memiliki keunikan tersendiri.

"Watak saya dalam drama bersiri ini bukan sekadar seorang pegawai imigresen semata-mata tetapi saya turut bertindak sebagai seorang ejen yang cuba menyiasat mengenai sekumpulan penduduk di Arcadia yang tiba-tiba hidup semula setelah mati 30 tahun yang lalu.

"Tidak dinafikan ia sesuatu yang sangat teruja apabila diberi peluang berlakon dalam drama bersiri ini tetapi ia memberi cabaran tersendiri kerana fenomena dalam cerita Ressurection memang tidak pernah berlaku sebelum ini," ujarnya dalam sidang akhbar yang berlangsung.


OMAR HASHIM EPPS (kanan) dan Kurtwood Smith hadir bagi mempromosi drama bersiri, Resurrection di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Menceritakan tentang pengalamannya sepanjang terbabit dalam penggambaran drama bersiri itu, Omar mengakui amat gembira kerana digandingkan dengan ramai pelakon hebat.

"Setiap pelakon berhasil membawakan watak masing-masing dengan cukup berkesan dan ia turut memberi kepuasan kepada saya sebagai pelakon. Sudah tentu saya tidak sabar kembali berlakon dalam drama bersiri ini bagi musim kedua," luahnya.

Jumpa bapa

Kurtwood Smith pula menjelaskan, dia tertarik untuk berlakon dalam drama bersiri berkenaan kerana tertarik dengan jalan cerita dan watak yang ditawarkan kepadanya itu.

Jelasnya, memegang watak sebagai Henry yang kehilangan anak selama 30 tahun, dia benyak bermain dengan emosi memandangkan dirinya sebagai bapa yang sukar menerima hakikat apabila anak yang disangka mati telah muncul.

"Meskipun drama bersiri ini diadaptasi daripada sebuah novel, tetapi ia tidak semestinya perlu ikut 100 peratus. Malah, watak saya juga tidak sama dengan novel berkenaan.

"Mengenai sambutan penonton terhadap Ressurection pula, ia mendapat sambutan yang cukup menggalakkan terutama maklum balas yang diberikan di laman sosial.

"Jadi, ia akan diteruskan untuk musim kedua yang akan menjalani penggambaran pada bulan Julai ini," ujarnya yang popular menerusi watak ketua penjahat dalam filem Robocop.

Ketika ditanya tentang siapakah individu yang ingin ditemuinya andaikata fenomena dalam Ressurection itu berlaku, Kurtwood memberitahu, dia teringin untuk berjumpa dengan mendiang bapanya.

"Saya tidak sempat berjumpa dengan bapa yang bekerja sebagai askar dan terkorban semasa Perang Dunia Kedua dahulu.

"Kalau benar fenomena sebegitu terjadi, bapa merupakan individu yang ingin saya jumpa," jelas pelakon yang lahir pada 3 Julai 1943 itu.

Dituduh tak berdisipin, Elfira sedia dihukum

Posted:

Dituduh tak berdisipin, Elfira sedia dihukum

Dituduh tak berdisipin, Elfira sedia dihukum

ELFIRA menegaskan, andai benar dia tidak berdisiplin, dia rela digugurkan daripada teater Di Bawah Lindungan Kaabah.


FIGURA cantik, Elfira Loy kini sedang sibuk dengan pementasan teater Di Bawah Lindungan Kaabah yang sedang dipentaskan di Istana Budaya bermula 9 Mei sehingga 18 Mei ini.

Namun, nama pelakon yang sudah lapan tahun berkecimpung dalam dunia seni ini tiba-tiba menjadi panas. Ia ekoran muncul dakwaan Elfira seorang pelakon yang mempunyai masalah disiplin.

Puncanya, setiap kali sidang media teater itu diadakan, wajahnya tidak kelihatan, tambahan dia juga sering tidak hadir latihan teater yang berlangsung selama sebulan sebelum teater arahan Rosminah Tahir itu dipentaskan.

Apakah cerita di sebaliknya? Ikuti temu bual Kosmo! bersama Elfira yang ditemui usai pementasan pertama teater Di Bawah Lindungan Kabaah pada malam Jumaat lalu.

Kosmo!: Adakah Elfira sedar ada dakwaan mengatakan anda tidak berdisiplin sepanjang menjalani latihan teater Di Bawah Lindungan Kaabah?

ELFIRA: Saya tahu tentang isu tidak berdisiplin itu pun melalui akhbar. Pihak produksi teater, CTRA Production tidak pernah pula bercakap tentang hal itu kepada saya. Bahkan apabila saya datang ke set latihan, tiada apa yang berlaku. Selagi pihak produksi tidak berkata apa-apa tentang hal ini saya tidak mahu ambil peduli. Janji saya jalankan tugas saya mengikut kontrak yang telah ditandatangani.

Apabila isu tidak berdisiplin ini diperkatakan, apakah ia akan menjejaskan reputasi anda sebagai pelakon?

Saya bukan pertama kali berlakon, sudah lapan tahun dan saya juga bermula dengan teater sebelum drama. Saya tahu susah dan keseronokan bekerja dalam sebuah teater. Sepanjang lapan tahun bekerja saya tidak pernah mempunyai masalah disiplin. Rasanya siapa yang pernah bekerja dengan saya tahu komitmen yang saya berikan.

Adakah Elfira terasa hati apabila dikatakan tidak berdisplin sedangkan anda memberi komitmen terhadap teater ini?

Mulanya, memang terasa juga kerana jika benar tidak puas hati dengan saya kenapa tidak bercakap terus atau menegur saya. Hal dalam produksi tidak perlu diceritakan kepada pihak luar. Saya rela digugurkan daripada teater ini andai benar saya tidak berdisiplin, masalahnya tidak siapa daripada produksi yang bercakap hal ini dengan saya. Jadi, saya anggap ia hanya salah faham, tidak perlu diperbesarkan isu ini. Ibu saya banyak memberi kekuatan dan nasihat supaya bekerja secara profesional.

ELFIRA kini melebarkan sayap sebagai penyampai radio sambilan di Era FM.


Benarkah anda sering tidak menghadiri latihan teater?

Saya sangat suka terlibat dalam teater. Ketika tawaran ini diberikan, saya sudah terikat dengan kerja lain dan jadual saya agak padat. Saya juga persoalkan adakah saya boleh terlibat dengan teater ini kerana jadual saya yang banyak bertembung dengan waktu latihan. Mereka katakan okey dan saya hanya perlu datang latihan paling minima 10 kali sepanjang sebulan latihan diadakan. Namun, saya datang sebanyak 15 kali. Saya hanya berlakon dalam lima babak dan melontar satu dialog sahaja, jadi 15 kali latihan itu rasanya memadai. Persetujuan antara saya dan produksi telah dicapai sebelum latihan bermula, sepatutnya tidak perlu timbul isu ini. Mungkin sebab semua orang tertekan, banyak perkara tidak disiapkan menyebabkan salah faham ini timbul.

Selepas sedar hal anda tidak berdisiplin diperkatakan, bagaimana anda boleh mengawal emosi dan bekerja secara profesional?

Saya telah tandatangani kontrak. Sebagai pelakon saya harus menghormati kontrak dan bekerja secara profesional. Lagipun, saya menganggap seperti tiada apa berlaku dan bekerja dengan bersungguh-sungguh. Semua pelakon tahu apabila terlibat dalam teater bukanlah ganjaran wang yang dicari kerana bayarannya tidak sebanyak berlakon drama. Semua yang ada hari ini berlakon kerana minat dan kepuasan diri termasuk saya, sebab itu saya boleh ketepikan isu itu dan hanya memberi fokus kepada persembahan dalam teater ini.

Bagaimanakah perasaan anda apabila kali pertama teater ini dipentaskan di hadapan orang ramai?

Sejujurnya, malam ini (Jumaat) merupakan kali pertama kami dapat pentaskan teater ini sehingga habis. Sebelum ini, setiap kali latihan ada sahaja perkara yang harus diperbaiki dan terpaksa berhenti separuh jalan. Malam ini merupakan kali pertama barisan pelakon tahu bagaimana perjalanan keseluruhan teater ini. Selepas ini semua orang akan beri lakonan yang lebih baik kerana kami sudah dapat gambaran yang jelas.

Khabarnya, anda kini juga bertugas sebagai penyampai radio di Era FM, adakah anda begitu tamak melakukan semua kerja serentak?

Bukanlah tamak tetapi sudah rezeki datang dan kebetulan saya juga menyimpan impian untuk cuba menjadi penyampai radio. Selagi usia muda, apa salahnya mencuba pelbagai kerja dalam hidup.

Bermula April lalu, saya bersiaran setiap pagi Sabtu dan Ahad bersama Nabil. Sebelum ini saya hanya datang ke konti radio sebagai tetamu tetapi apabila saya duduk di tempat penyampai radio, tugas mereka bukanlah mudah.

Saya perlu banyak belajar dan buat kajian tentang penyanyi dan industri muzik. Kontrak saya bersama Era FM hingga bulan Jun depan, setakat ini tidak mengganggu kerja lakonan dan saya sendiri seronok bertugas sebagai penyampai radio. – HARYATI KARIM

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat