Kosmo Online - Hiburan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Izzue, Awin hargai teguran"APA yang berlaku antara kami dan Anzalna Nasir tidak perlu dipanjangkan. Semuanya telah selesai," tutur Izzue Islam sewaktu diminta untuk memberikan penjelasan terhadap sengketa yang tercetus antara dia, isterinya dan pelakon itu sewaktu dia sedang menjalani penggambaran untuk drama bersiri Aku Isterinya beberapa bulan lalu. Ketika berkesempatan bertemu dengannya usai persembahan pentas bersama kumpulan Forteen di Life Center, Kuala Lumpur baru-baru ini, Izzue atau nama sebenarnya, Muhammad Izzul Islam Mazlan menjelaskan, sikap profesionalisme perlu ada bagi menjamin kelangsungannya sebagai seorang pelakon dalam bidang yang mula diceburinya sejak tahun 2011 itu. "Sebagai seorang pelakon, saya perlu profesional dalam mendukung tanggungjawab yang telah diberikan. Tidak molek rasanya jika kami berdua dilihat terus memanjangkan perselisihan ini. "Lebih-lebih lagi apabila kami berdua mungkin akan bekerjasama dalam satu penerbitan drama atau filem lain pada masa akan datang," ujarnya. Menyorot kembali kisah tersebut, Izzue dan Anzalna dikatakan bermasam muka ketika berada di lokasi penggambaran akibat sifat cemburu isterinya, Nurinafilah Waharudin, 32, yang melarang dia melakonkan adegan intim bersama. Malah, kelibat Nurinafilah atau lebih mesra dipanggil Awin Nurin yang sering berada di lokasi penggambaran bersama Izzue juga turut menyebabkan suasana pada waktu itu bertambah canggung. Tidak mudah melatah dengan pertelingkahan dingin tersebut, Awin berkata, walaupun dia merupakan isteri kepada aktor yang mula meningkat naik menerusi drama berjudul Gemilang itu, namun tanggungjawab yang dipikul sebagai seorang pengurus menjadi keutamaan bagi dirinya. Pengurus "Saya menguruskan kerjaya Izzue sebelum kami mendirikan rumah tangga lagi. Seperti semua sedia maklum, apa sahaja yang berkaitan dengan kerjayanya perlu melalui saya terlebih dahulu. "Jika terdapat babak yang intim mahupun terlebih romantis, sudah pasti saya akan tahu. Jadi, mustahil pula saya berasa cemburu," ujar Nurinafilah atau lebih mesra disapa Awin.
Pada masa yang sama, Awin memberi- tahu, menemani Izzue di lokasi penggamba- ran merupakan salah satu tanggungjawab yang wajib baginya saban hari. "Saya memang mengikutinya ke setiap lokasi penggambaran. Tugas saya masih sama seperti dahulu. Apa yang berbeza ialah saya kini bergelar isteri kepada Izzue Islam," ujarnya lagi. Sejak isu tersebut timbul, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2 Jun tahun lalu itu lebih selesa mengambil langkah untuk berdiam diri. Kata Awin, ianya perlu bagi menjaga hubungan baik sesama mereka pada masa akan datang. "Kami memang gemar mengamalkan sikap sebegitu. Apa yang salah, kami perbaiki bersama dan apa yang benar, kami terima dengan lapang dada. Hubungan jangka masa panjang itu lebih penting," ujar Awin. Tambah Awin, apa yang berlaku setakat ini memberikan banyak pengajaran kepadanya dan Izzue dalam melewati hari-hari yang mendatang sebagai pasangan suami isteri. "Secara jujur, perkara seperti ini banyak memberikan kesedaran kepada kami supaya menjadi lebih matang dalam menyelesaikan masalah," ulasnya. Kawan baik Melanjutkan perbualan pada petang itu, Izzue yang pernah menjulang trofi bagi anugerah Pelakon Harapan Terbaik bagi Festival Filem Malaysia ke-25 tahun lalu dilihat tidak putus-putus membutirkan kata-kata pujian untuk isterinya. Anak jati Kota Bharu, Kelantan itu menyifatkan hubungannya dengan Awin bukan sekadar sebagai sepasang suami isteri, malah lebih kepada dua sahabat baik yang sangat memahami perjalanan karier masing-masing. "Kami sudah mengenali antara satu sama lain sejak enam tahun lalu. Ketika itu, dia yang banyak memberi perangsang kepada saya untuk cuba sehabis baik dalam bidang lakonan. "Di samping mengubah penampilan serta imej saya, dia juga banyak mengajar saya tentang selok-belok dunia hiburan, terutamanya cara yang betul untuk bertutur dalam bahasa Melayu. "Mana mungkin untuk berlakon jika pelat Kelantan saya masih pekat," ujarnya yang mengakui sukar untuk meninggalkan dialek negeri kelahirannya itu walaupun telah lama berhijrah ke Kuala Lumpur. Tambah Izzue, walaupun tugas hakiki Awin adalah sebagai seorang isteri tetapi selaku pengurus, dia juga banyak menjalankan tugas sebagai pembantu peribadi ketika dia sedang sibuk bekerja di lokasi penggambaran "Di lokasi penggambaran, wataknya akan berubah. Daripada seorang isteri dia akan menjalankan tugasnya sebagai pengurus. Urusan skrip drama atau filem sehinggalah soal pakaian, semuanya dijaga dan dijalankan oleh isteri saya," ujar Izzue sambil tersenyum.
Anugerah Berbicara mengenai dunia lakonan, nama Izzue mungkin sudah sedia terkenal sebagai seorang pelakon yang berbakat. Menerusi drama-drama seperti Jangan Ambil Padang Kami, Duri, Sebenarnya, Saya Isteri Dia dan terbaharu Aku Isterinya, aksi pelakon itu di layar kaca begitu menggamit hati para peminatnya. Justeru, tidak hairanlah jika dia berani mengambil risiko untuk beraksi di pentas teater di Lambang Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur menerusi teater Maduku Kalut pada tahun lalu. Menariknya, percubaan pertamanya itu bukan sahaja mendapat perhatian umum, malah dia juga turut tercalon dalam 11th Boh Cameronian Arts Awards menerusi kategori Pelakon Utama Teater Terbaik baru-baru ini. Ujar Izzue, walaupun pulang dengan tangan kosong, penglibatan serta pengalaman yang diraih di atas pentas teater lebih bermakna dalam membentuk dirinya sebagai seorang pelakon. "Saya begitu terkejut apabila menerima berita tentang pencalonan saya dalam anugerah itu. Sejujurnya, saya berlakon dalam teater Maduku Kalut hanya kerana mahu memperbaiki diri sebagai seorang pelakon, tidak lebih daripada itu. "Apatah lagi apabila pesaing-pesaing yang turut tercalon merupakan nama-nama besar dalam industri," ujar Izzue sambil menambah, kekalahannya dalam anugerah itu bukanlah penghalang untuk terus berusaha pada masa akan datang. Izzue juga turut berkata, apa yang penting adalah pengalaman yang dikutip sepanjang penglibatannya dalam pementasan teater tersebut. "Banyak yang saya belajar sepanjang berlakon di atas pentas teater. Dari segi lontaran vokal sehingga kerjasama yang melibatkan antara pelakon-pelakon. "Ia bukan sahaja mencabar, malah memberikan saya ruang untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti dalam tempoh masa yang singkat secara langsung," ujarnya lagi. Mengakui mempunyai rasa 'ketagih' untuk kembali beraksi di atas pentas teater, Izzue turut memberitahu, dia dan ahli kumpulan Forteen yang lain bakal beraksi di Panggung Sari, Istana Budaya pada Jun depan bagi pementasan teater Projek Kahwin. "Ia bakal menjadi sebuah pementasan istimewa kerana saya dan ahli kumpulan Forteen bakal beraksi bersama-sama dalam teater yang diterbitkan oleh Mask Team itu," ujarnya. Anak Sementara itu, bercakap tentang perancangan keluarga, Izzue dan Awin memberitahu, mereka tidak menolak jika dikurniakan cahaya mata dalam masa yang terdekat ini. "Saya dan Izzue tidak merancang tentang anak. Kami menerima apa sahaja rezeki yang telah Allah SWT tentukan. "Selain itu, kami juga sudah bersedia jika diberikan rezeki dalam masa yang terdekat ini. Sama-sama kita berdoa," ungkap Awin sambil tersenyum. | ||
Putus cinta, Azwan tagih penjelasan Nad Posted: Putus cinta, Azwan tagih penjelasan Nad
TANPA ada ribut atau taufan melanda hubungan cinta pelakon genit, Nad Zainal dan Azwan Kombos, menerusi sebuah rancangan televisyen baru-baru ini, pasangan itu mengakui kini sudah putus dan tiada sebarang ikatan lagi. Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 24, membuat pengakuan bahawa hubungannya dengan Azwan yang terjalin selama tiga tahun sudah bertemu pengakhirannya. Katanya menerusi temu bual dalam rancangan televisyen itu: "Saya rasa tiada benda lagi nak cakap. Everything is over! Hanya kami tahu kenapa, masyarakat tak perlu masuk campur. Ada sebab masing-masing dan tak dapat nak teruskan hubungan." Bulan Mac lalu, pasangan itu telah menghadiri kursus perkahwinan bersama-sama, namun menjelaskan, tiada sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat. Kosmo! menghubungi pelakon filem Belukar, Azwan Kombos untuk mendapatkan komen lanjut berhubung situasi tersebut. Ikuti temu bual terbabit. Kosmo!: Difahamkan hubungan Azwan dan Nad Zainal kini telah putus. Benarkah? AZWAN: Ya, memang itu yang terjadi. Pada mulanya saya langsung tidak tahu bahawa kami telah putus sehinggalah dimaklumkan melalui media sosial seperti Instagram dan Twitter. Saya terkejut sebenarnya kerana saya yang sepatutnya menjadi orang pertama yang tahu kalau kami sudah putus. Bagaimanakah sebenarnya situasi sebelum Nad mendedahkan kepada sebuah rancangan TV hujung minggu lalu bahawa kalian berdua telah putus? Hari Rabu minggu lepas kami keluar bersama-sama. Tiada apa yang mencurigakan dan hubungan kami baik-baik saja, normal seperti sediakala. Namun, kemudiannya dia mulai dingin dengan saya sehingga keluar cerita ini (putus cinta). Adakah dia jelaskan sebab putuskan cinta dengan anda? Saya tidak berpeluang lagi untuk bersemuka dengannya tetapi saya ada menghubunginya selepas keluar cerita itu. Dia memberitahu saya bahawa semuanya telah berakhir. Dia tidak mahu ada sebarang hubungan lagi dengan saya selepas ini. Apakah tindakan lanjut yang anda mungkin anda lakukan untuk memperbaiki hubungan ini? Saya ingin bersemuka dengannya dan mendapatkan penjelasan lanjut mengenai keputusan nekad yang dia pilih. Saya mahu duduk dan berbincang sekiranya ada masalah antara kami yang masih belum selesai. Apa pun, saya hormati keputusannya. Mungkin keputusannya didorong oleh kemunculan orang ketiga atau kisah lama bahawa dia menaja anda menjadi barah dalam hubungan cinta kalian? Saya tidak tahu. Kalau setakat bergaduh manja itu biasalah hubungan bercinta, semua orang akan alami perkara yang sama. Pasal orang ketiga pun saya tidak tahu, mungkin juga benar, mungkin juga tidak. Cerita dia menaja saya itu sudah lama dan sudah dijelaskan dan saya tidak menuding jari kepada sesiapa, cuma saya mahukan penjelasan daripadanya. Selepas menghadiri kursus perkahwinan, sudah pasti hubungan kalian adalah hubungan yang serius. Mungkin ini sekadar dugaan pasangan bercinta dan ada kemungkinan untuk kalian berbaik semula? Jauh di sudut hati saya mahukan yang terbaik untuk kami berdua. Doa-doakanlah. – KHAIRUL AMRI HASSAN | ||
Posted: Azri lupakan kontroversi BaliOleh KHAIRUL AMRI HASSAN
SEBUT nama Azri Abdullah, pasti tertumpu pada kisah kontroversi aksi panas bersama rakan peserta Akademi Fantasia 9, Lena, di Pulau Bali, Indonesia sekitar tiga tahun lalu. Benarlah bagai dikata bahawa kontroversi boleh memperkenalkan seseorang individu kepada masyarakat. Semakin buruk kisah dijaja, semakin mencanak nilai popularitinya. Enggan membuka kembali kisah silam yang dilihat mengarut bagi Azri, kata penyanyi kelahiran Klang, Selangor itu, dia mahu terus melangkah ke depan. "Kisah kontroversi itu sudah lama padam, biarpun orang akan kenal saya kalau ungkit balik cerita itu. Saya lebih selesa untuk tidak mengulas panjang kerana segalanya sudah diselesaikan tiga tahun lalu. "Lagipun, cerita itu tidak benar dan Lena pun sudah mempunyai kehidupan peribadi yang baharu bersama keluarganya. Tidak manis kata orang tua-tua," katanya yang ditemui ketika sesi fotografi di Studio Utusan, Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini. Azri, 27, dan Lena, 24, pernah didakwa melakukan perkara sumbang di pulau peranginan tersebut ketika menjalani penggambaran untuk sebuah program televisyen selepas tamat rancangan Akademi Fantasia 9. Bagaimanapun, kedua-duanya sudah menjawab situasi salah faham itu dan kontroversi tersebut lenyap daripada terus diperkatakan. Persis Faizal Tahir Azri kini membuka lembaran baharu dalam karier nyanyiannya. Selain baru melancarkan single ketiganya, Mahadewi baru-baru ini, dia turut membuka sebuah syarikat pengurusan artis, Eyecon Entertainment yang berpangkalan di Klang, Selangor. "Saya tidak putus harapan untuk terus mencari lagu yang sesuai dengan vokal saya dan konsep yang kena dengan diri saya supaya puas hati. "Kalau single terdahulu seperti Niskala dan Amarah lebih kepada lagu dengan jiwa yang memberontak, kali ini saya perlahankan sedikit rentaknya dan lebih bercerita mengenai cinta," ujarnya mengenai lagu ciptaan Adah Kahir itu. Sering disamakan dengan penampilan dan vokal Faizal Tahir sejak konsert mingguan Akademi Fantasia 9 lagi, Azri akui yang dia cuba lari daripada terus disamakan dengan penyanyi tersebut. "Dia (Faizal Tahir) antara penyanyi yang saya kagumi karyanya dan meminati genre yang dibawa. Orang kata saya tiru dia, rasanya suara saya bercakap dan menyanyi sama saja. "Apa yang membezakan kami adalah emosi dan cara kami membawa diri di pentas. Dia ada karisma tersendiri," ujarnya yang turut berjinak-jinak dalam dunia lakonan beberapa tahun lalu. Tiga pengurusan Yakin dengan pengalaman yang ditimba selepas tiga tahun bergelar artis, penubuhan syarikat baharunya, Eyecon Entertaiment awal tahun ini adalah bukti dia serius dalam kariernya. "Lebih selesa sebenarnya menguruskan diri sendiri dan penubuhan syarikat ini lebih kepada memfokuskan kerjaya diri sendiri. Apabila sudah stabil, saya mungkin akan menguruskan artis lain pula. "Syarikat ini ditubuhkan atas usaha saya sendiri. Saya kumpul sedikit demi sedikit duit persembahan nyanyian untuk membuka syarikat ini dan Alhamdulillah setakat ini berjalan lancar," jelas anggota kumpulan Breakfast Band itu. Selepas tamat kontrak bersama Astro, Azri bernaung di bawah syarikat pengurusan Beaming Starz selama setahun sebelum singgah ke Runaway Production tahun lalu. Bersama Beaming Starz single keduanya, Amarah dilancarkan manakala Runaway Production menerbitkan single ketiganya, Goodbye Goodbye yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Sementara itu, Azri kini sedang dalam proses mendapatkan sosok tubuh yang ideal sebagai salah satu strategi pemasaran kerjayanya. "Lebih setahun saya berulang-alik ke gimnasium untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan. Sebagai selebriti, rasanya ini langkah pemasaran paling proaktif. Ini diri saya yang baharu," simpulnya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |