Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- JKKN lawat operasi akhbar
- 50 peserta sertai Pertandingan Boling 2014
- Kunjungan hormat sempena Sukma di Perlis
Posted: JKKN lawat operasi akhbar Kosmo!
LAWATAN. Seramai 19 Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dari setiap negeri melakukan lawatan ke pejabat Kosmo! di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini. Kunjungan yang diketuai Khairul Anuar Samsudin disambut oleh Penolong Pengarang Berita Kosmo!, Zamri Rambli. Menurut Khairul Anuar, tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pegawai perhubungan awam tentang tugas serta kehendak media dan menimba ilmu dari sudut penerbitan akhbar. "Kehadiran kami ini dapat berkenalan dan melihat penerbitan Kosmo!," katanya. | |
50 peserta sertai Pertandingan Boling 2014 Posted: 50 peserta sertai Pertandingan Boling 2014SEBAHAGIAN pemenang menerima hamper masing-masing pada Pertandingan Boling 2014 di Sejati Bowling Park Avenue, Taman Sejati Indah, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini. ERAT HUBUNGAN. Seramai 50 peserta yang terdiri daripada staf jabatan kerajaan dan pengamal media di Kedah menyertai Pertandingan Boling 2014 yang berlangsung di Sejati Boling Park Avenue Taman Sejati Indah, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini. Pegawai Penerangan Daerah Kuala Muda, Idris Ahmad memberitahu, pertandingan itu diadakan bagi mengeratkan hubungan antara kakitangan jabatan kerajaan dan pengamal media di daerah itu. Pertandingan anjuran Jabatan Penerangan Daerah Kuala Muda dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Merbok dijuarai oleh Pasukan Pejabat Daerah Kuala Muda. | |
Kunjungan hormat sempena Sukma di Perlis Posted: Kunjungan hormat sempena Sukma di PerlisADENAN (tiga dari kanan) menerima maskot Singa Utara daripada Azlan (tiga dari kiri) sempena jemputan Sukma ke-17 di Perlis di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, Sarawak baru-baru ini. JEMPUTAN. Menteri Besar Perlis, Azlan Man mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem di Wisma Bapa Malaysia di Kuching, Sarawak baru-baru ini. Kunjungan itu bertujuan mengundang secara rasmi kontinjen Sarawak untuk mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 di Perlis bermula 24 Mei sehingga 4 Jun ini. Azlan Man berkata, kunjungan itu merupakan tradisi bagi mana-mana tuan rumah Sukma untuk menjemput setiap kontinjen pada temasya tersebut termasuk Sarawak. "Kami di Perlis sudah bersedia untuk menerima kunjungan semua 15 kontinjen negeri yang mengambil bahagian pada temasya kali ini," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |