Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- 40 jurulatih sertai kursus pemantapan
- JHEV ATM hulur bantuan kepada veteran tentera
- Mention UKM anjur forum perfileman
40 jurulatih sertai kursus pemantapan Posted: 40 jurulatih sertai kursus pemantapan
MANTAP. Seramai 40 jurulatih pusat kurikulum dari negeri Pahang menyertai Kursus Pemantapan Jurulatih Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah (PKSHAS) di Kampung Mat Daling, Jerantut, Pahang baru-baru ini. Kursus empat hari itu dijalankan serentak dengan Perkhemahan Pendidikan Luar 1Malaysia peringkat negeri bagi kawasan Ulu Tembeling di kampung berkenaan. Ketua Unit PKSHAS, Jabatan Pendidikan Pahang, Muhamad Sapiee Meon berkata, kursus tersebut bertujuan meningkatkan kemahiran dan menambah ilmu baharu dalam kalangan jurulatih. | |
JHEV ATM hulur bantuan kepada veteran tentera Posted: JHEV ATM hulur bantuan kepada veteran tenteraMOHD. NOOR (kiri) menyampaikan Cek bantuan Skim Bencana Alam bernilai RM5,000 kepada Hasan di Baling, Kedah baru-baru ini. PRIHATIN. Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), menghulurkan bantuan kepada seorang veteran tentera, Hasan Ahmad, 65, yang terlibat dalam kebakaran rumah di Kampung Kuala Nau, Baling, Kedah pada Mac lalu. Akibat kejadian itu, Hasan mengalami kerugian kira-kira RM90,000. Cek bantuan Skim Bencana Alam bernilai RM5,000 itu diserahkan oleh Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Mohd. Noor Daud kepada Hasan baru-baru ini. Mohd. Noor berkata, sumbangan berkenaan diharap dapat meringankan beban bekas anggota tentera yang berpangkat Lans Koperal itu. | |
Mention UKM anjur forum perfileman Posted: Mention UKM anjur forum perfilemanMEGAT (duduk dua dari kiri) dan Marina (berdiri dua dari kiri) hadir pada Forum Hala Tuju Industri Kreatif Filem di Malaysia di UKM, Bangi, Selangor baru-baru ini. FORUM. Seramai 150 pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor hadir pada Forum Hala Tuju Industri Kreatif Filem di Malaysia yang diadakan di kampus universiti itu baru-baru ini. Program tersebut anjuran pelajar Tahun Satu Sarjana Pengurusan Komunikasi dari Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (Mention) UKM dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Penolong Pengarah Projek, Mejar Marina Harun berkata, forum berkenaan membincangkan cabaran serta perlunya hala tuju baharu industri kreatif agar berdaya saing dan terus menghasilkan filem tempatan yang bermutu. Antara ahli panel forum berkenaan ialah Timbalan Ketua Pengarah Produksi dan Teknikal Finas, Dr. Megat Al Imran Yasin; pengarah bebas, Rewan Ishak dan blogger filem tempatan, Fadhli Al Akiti. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |