Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Sri Lanka tertarik sistem pentadbiran awam negara ini
- Kelab Kilat TNB candat sotong di Kuala Besut
- Pertemuan nostalgia pesara IPK Kelantan
Sri Lanka tertarik sistem pentadbiran awam negara ini Posted: Sri Lanka tertarik sistem pentadbiran awam negara iniIZANI (kiri) dan Pesuruhjaya Tinggi Sri Langka ke Malaysia, Ibrahim Sahib Ahsan (dua dari kiri) bersama wakil SLIDA dari Sri Langka sempena lawatan di UKM, Bangi, Selangor kelmarin. KONGSI ILMU. Seramai 36 pegawai kanan kerajaan dari Institut Pembangunan Pentadbiran Sri Lanka (SLIDA) mengadakan lawatan kerja dan mengikuti modul pentadbiran awam Sekolah Pengajian Siswazah Perniagaan (GSB) Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor kelmarin. Dekan GSB, Prof. Dr. Izani Ibrahim berkata, lawatan dari SLIDA merupakan kali ketiga diadakan dalam tempoh tiga tahun menunjukkan kesungguhan kerajaan Sri Langka dalam menambah baik sistem pentadbiran awam di negara tersebut. "Sistem pentadbiran yang teratur dan transformasi dalam sektor awam di Malaysia menarik minat Sri Langka menghantar pegawai-pegawai kanannya ke sini bagi berkongsi pengetahuan seterusnya dapat menaik taraf pentadbiran awam negara itu," katanya. | |
Kelab Kilat TNB candat sotong di Kuala Besut Posted: Kelab Kilat TNB candat sotong di Kuala Besut
ERAT. Seramai 30 peserta Kelab Kilat Tenaga Nasional Berhad (TNB) Tanah Merah Kelantan menyertai program mencandat sotong yang diadakan di perairan laut Kuala Besut, Terengganu baru-baru ini. Pengerusi Kelab Kilat TNB Tanah Merah, Arman Che Othman berkata, program itu diadakan selama sehari satu malam di lautan dengan menaiki bot sewa. "Riadah seperti ini dapat menghilangkan tekanan di tempat kerja dan merehatkan minda dengan melakukan aktiviti mencandat sotong. "Ia sekali gus dapat mengeratkan silaturrahim antara staf TNB yang menyertai kelab ini," katanya. | |
Pertemuan nostalgia pesara IPK Kelantan Posted: Pertemuan nostalgia pesara IPK KelantanNORAINI (barisan depan, lima dari kiri) bergambar bersama rakan pesara IPK Kelantan di rumahnya di Kubang Kerian, Kelantan baru-baru ini. PERTEMUAN. Kira-kira 30 pesara kakitangan Bahagian Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan mengadakan pertemuan kenangan nostalgia di Kubang Kerian, Kelantan baru-baru ini Wakilnya, Noraini Mohd. Nawi memberitahu, pertemuan itu mengeratkan hubungan persahabatan sejak berpisah 10 hingga 20 tahun dengan rakan sekerja. "Masing-masing berkongsi pengalaman selepas bersara dan merindui saat-saat ketika bertugas dahulu. "Kami juga bercadang akan meneruskan pertemuan seperti ini pada masa akan datang seperti pada waktu hari raya agar keakraban terus terjalin sampai bila-bila," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |